ORANG MELAYU KURANG MEMBACA
Semalam
aku pergi melawat Tan Sri Omar bin Mohd Hashim di rumahnya. Kini beliau masih
‘berpaut’ kepada Persatuan Sejarah Malaysia sebagai Pengerusinya. Walaupun
sudah agak lanjut usia namun mengikut Puan Sri Aishah, Persatuan Sejarah dan
Lembaga Peperiksaan adalah merupakan ‘darah daging’nya.
Aku
setuju. Beliau bukan sahaja bekas boss, tetapi beliau juga aku anggap sebagai
mentor. Bukan sahaja dalam lapangan pekerjaan tetapi sebagai tokoh yang banyak
memandu kehidupan ku. Kata-kata yang diucapkannya pada tahun 1980an dulu masih
tengiang-ngiang di telinga aku, apatah lagi segala nasihat yang disampaikan
secara langsung dan tak langsung masih terpahat di hati dan sanubari ku
sehingga kini.
Sebagai
‘buah tangan’ aku bawa bersama sebuah buku berjodol,’ THE MUQADDIMAH’ An
introduction to history – the classic Islamic History of the world yang ditulis
oleh IBN KHALDUN’ terbitan Princeton University Press. Terpancar keriangan di
wajahnya apbial menerima pemberian ku itu. Aku tahu baginya itulah hadiah yang
paling berharga. Dan aku tahu juga bahawa aku perlu bersedia sebelum pergi
melawatnya. Maksudnya aku perlu membaca sekurang-kurangnya dua buah buku baru
di pasaran sebelum aku bawa berbincang dengannya. Jikalaulah ada anugerah tokoh
membaca di negara ini, maka aku cadangkan beliaulah salah seorang penerimanya’.
Dengan
suaranya yang agak lembut beliau membuka mulut, ‘ kebanyakan orang Melayu
kurang membaca…..”. Aku hanya terdiam. Aku menunggu dia terus meluahkan buah
fikirannya. “ Jangankan yang duduk di kampung…yang lulusan university pun sudah
berhenti membaca. Mungkin mereka merasakan bahawa setelah mendapat ijazah,
mereka perlu berehat dari membaca. Tak boleh begitu…..” Beliau terus berbicara.
Dan aku terus mendengar dengan penuh minat. Sepatah demi sepatah kata-kata yang
bernilai itu masuk ke telinga aku.
Semacam
aku tak mahu meninggalkan rumah Tan Sri. Rasanya tak puas pertemuan yang
sekejap itu. Dulu ada SN Usman Awang yang juga merupakan teman berbicara aku.
Amat seronok dan bahagia sekali apabila mereka berbicara. Dan sememangnya
kedua-dua tokoh ini merupakan rakan karib ketika sama-sama menetap di Singapura
suatu ketika dulu. Ketika Tan Sri menuntut di University Malaya di Singapura.
‘Orang
Melayu kurang membaca’ kata Tan Sri.
‘Bagaimana
pula dengan pemimpin Melayu yang langsung tak membaca?’ tanya benak aku.
abuhassanadam
2 September 2016
No comments:
Post a Comment