KENYATAAN PEMIMPIN UMNO MENGENAI PERTEMUAN
MAHATHIR-ANWAR MENGECEWAKAN.
Kenyataan
yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin UMNO yang bertaraf Menteri dan
Timbalan Menteri amat mengecewakan rakyat dan dengan sendirinya menampakkan
kejahilan mereka dari segi politik dan kepimpinan. Pemimpin-pemimpin ini masih
merasakan bahawa cara berfikir majoriti rakyat Malaysia itu sama dengan cara
berfikir ahli UMNO yang sering mereka perbodohkan. Dan mereka lupa bahawa
kenyataan mereka itu dibaca dan diteliti oleh golongan bijak pandai khususnya
golongan remaja yang pencapaian pendidikan mereka jauh lebih hebat dari apa
yang mereka perolehi.
Pemimpin
UMNO yang bertaraf Menteri dan Timbalan Menteri itu lupa bahawa kedua orang
tokoh in ( Tun Mahathir dan Saudara Anwar) adalah merupakan tokoh besar yang
pernah memimpin negara. Dan mereka bukan sahaja menjadi pemimpin di negara ini
malah dihormati dan disegani oleh sebahagian masyarakat dunia. Dan tentulah
amat tidak sesuai sekiranya pertemuan ini diperlekehkan oleh ‘pemimpin’
(kononnya!) UMNO itu.
Tidak
mudah bagi kedua orang pemimpin besar ini untuk berjabat tangan dan seolah-olah
dapat melupakan apa sahaja perbalahan yang ada. Tidak mudah bagi Tun Mahathir
bagi ‘mencemar duli’ untuk ‘turun’ dan bertemu dan langsung berjabat tangan
dengan ‘musuh’ lama. Tidak mudah.
Tentulah
ada sesuatu yang boleh mendorongkan tokoh seperti Tun Mahathir untuk bertindak
sedemikian. Tentulah ada isu yang amat besar ‘menimpa’ negara yang boleh mendesak Tun Mahathir untuk bertemu Saudara Anwar
Ibrahim. Jikalau dirujuk kembali sejarah Kesultanan Melaka, tentulah amukan
Hang Jebat yang mendorongkan Sultan Melaka sanggup memaafkan Hang Tuah (yang
difitnah). Keadaan huru hara dalam negeri Melaka yang menyebabkan Sultan Melaka
‘tenggelam punca’ dan merasakan bahawa hanya Hang Tuah sahaja yang boleh
menyelamatkan keadaan itu.
Apakah
lebih kurang begitu juga suasana negara kini yang menyebabkan Tun Mahathir
semacam meminta pertolongan dan bantuan kepada Saudara Anwar Ibrahim. Mungkin
Tun Mahathir sependapat dengan majoriti rakyat Malaysia bahawa hanyalah Saudara
Anwar Ibrahim yang dapat menyatukan seluruh rakyat di negara ini.
Rakyat
Malaysia mengalami ujian yang amat getir
apabila dua tokoh besar negara ‘lenyap’ dengan tiba-tiba. Meninggalnya Tuan
Guru Nik Abdul Aziz betul-betul menyedihkan rakyat Malaysia dari semua bangsa.
Dan begitu juga apabila Saudara Anwar Ibrahim ‘ditiadakan’ di arena politik
tanah air.
Biasanya,
‘yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti’. Namun rupa-rupanya
tidak ada tokoh yang boleh menggantikan kehilangan tokoh-tokoh ini, apatah lagi
dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
abuhassanadam
9 September 2016
Pak Abu, puak2 ini yg membuat kenyataan2 aneh itu udah ketinggalan zaman. Padahal mereka sedang memperbodohkan diri sediri mereka!!! ������
ReplyDelete