SAMPAI BILA ORANG MELAYU DIPERALATKAN
Pada
zaman pemerintahan kerajaan Melayu lama, orang Melayu sentiasa diperalatkan
untuk memenuhi kepentingan anak raja sebagaimana yang dapat dilihat dalam
filem-filem Melayu lama. Pada zaman penjajahan British pula orang Melayu
diperalatkan oleh British untuk kepentingan penjajah British. Sampailah kepada
zaman penjajahan Jepun, orang Melayu dipergunakan oleh Jepun pula untuk
menindas anak bangsa sendiri.
Kita
mengharapkan apabila selepas kekalahan Jepun, dan setelah orang Melayu
mengalami banyak pengalaman di bawah pemerintahan Inggeris dan Jepun tidaklah
orang Melayu boleh diperalatkan lagi. Rupanya sangkaan itu meleset. Orang
Melayu terus diperlat dan dipergunakan.
Ramai
yang mengharapkan setelah mencapai kemerdekaan, maka dapatlah hendaknya orang Melayu
menggunakan akal fikirannya supaya tidak diperalat dan dipergunakan dengan
sewenang-wenangnya. Rupanya meleset juga sangkaan itu. orang Melayu amat senang
diguna dan diperalatakan. Nampak semacam murah benar nilai orang Melayu,
sehinggakan boleh ‘dibeli’ denga bayaran yang begitu murah.
Ramai
yang menanti dan mengharapkan agar orang Melayu, samada yang tinggal di bandar
atau di luar bandar akan berubah cara berfikir dan dapat memikirkan sesuatu ke
arah yang positif setelah mereka mendapat pendidikan. Harapan sedemikian
meleset juga. Kelihatan ramai pemuda Melayu masih tidak dapat memikir dan
membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Seolah-olah
ramai anak muda kita kini ( yang berpelajaran dan yang tidak berpelajaran)
semacam begitu mudah terpengaruh dengan kata-kata manis atau propaganda dan
lebih parah lagi ramai orang Melayu yang terus tidak mahu befikir sekiranya
‘dedak’ diletakkan di hadapan mata.
Dengan
‘dedak’ seolah-olah segelintir orang Melayu lupa akan tanggungjawab mereka
mempertahankan negara. Mereka akan terpengaruh dan akan senang disuruh-sarah
untuk melakukan sesuatu walaupun dengan tindakan mereka itu merosakkan bangsa
dan negara. Seolah-olah bagi mereka, ‘dedak’ adalah paling utama. Mereka lupa
bahawa sebenarnya dalam keadaan-keadaan tertentu merek atelah diperalatakn demi
untuk menjaga kepentingan sesuatu golongan. Dan mereka amat jahil tentang
hakikat sedemikian.
Seolah-olah
sebelingan kecil orang Melayu sedemikian lupa yang sebenarnya mereka telah
diperalat dan diperbodohkan. Bilakah agaknya kesedaran menjelma di hati
golongan yang sebegini.
Kita
hanya mampu berdoa…
abuhassanadam
20 September 2016
No comments:
Post a Comment