UMNO TERTUBUH DI JOHOR DAN MUNGKIN
TERKUBUR DI JOHOR JUGA…
Siapalah
yang tidak tertarik dengan berita yang dipaparkan oleh ‘Malaysiakini’ mengenai
perkembangan terbaru dalam UMNO yang dikejutkan oleh ‘bangsa Johore’. Para
pemimpin UMNO akan tersentak dan mungkin akan ‘tumbang’ membaca berita yang
berkemungkinannya akan ada tali-temalinya selepas ini.
Berita
itu mengatakan, “Dua veteran Umno Johor yakni
Pengerusi Tetap Umno Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani dan Timbalan Ketua
Umno bahagian Kulai, Datuk Tosrin Jarvanti keluar dari parti Melayu itu, hari
ini’ Dan mengikut apa yang disampaikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak
yakin akan perjuangan UMNO yang bukan lagi membela orang Melayu. Pemimpin UMNO
itu yang kata.
Tentulah
terkenang pula aku tentang penubuhan UMNO yang bermula dan bercambah di Johor.
Tentulah tidak lupa juga para pemimpin UMNO terhadap Dato’ Onn Jaafar yang
sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar semata-mata untuk menyelamatkan orang
Melayu dari ditindas terus oleh British melalui gagsan Malayan Unionnya.
“Pada 1 - 4 Mac 1946,
41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres
Melayu pertama yang diadakan untuk menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai
ancaman terhadap hak
istimewa orang Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil
daripada mesyuarat ini, sebuah badan yang mewakili orang Melayu telah
ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor Bahru pada 1 Mei 1946.”
Amat jelas bahawa UMNO ditubuhkan semata-mata untuk
membela orang Melayu. Dan kini sudah ramai orang Melayu (kecuali yang masih
tengin, bangang, bodoh) merasakan bahawa UMNO hanya membela segelintir orang
Melayu (terutama yang memakan dedak) sedangkan orang Melayu lain masih ramai
dalam keadaan papa kedana.
Dan mungkinkah keadaan yang berlaku di Johor ini akan
merebak ke seluruh negara tidak berapalama lagi. Kesan pertemuan Tun Mahathir
dan Saudara Anwar nampaknya sudah mula menampakkan hasil yang cukup positif bagi rakyat
Malaysia.
Entahlah…
abuhassanadam
10 September 2016
No comments:
Post a Comment