Friday, September 16, 2016

DS SALLEH SAID KERUAK - JIKALAU KAIL PANJANG SEJENGKAL….

            Orang tua-tua pernah berkata, ‘jikalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga’. Peribahasa ini amat sesuai dirujuk kepada Menteri Komunikasi yang sentiasa ‘melalak’ dan ‘melolong’ seolah-olah beliau seorang saja yang pandai dalam semua perkara tanpa memikirkan tentang ‘kailnya yang panjang sejengkal…’

            Sikapnya menuduh Wall Street Jornal amat tidak sesuai dan membayangkan sikap pemimpin Melayu yang memiliki ‘kail panjang sejengkal’. Aku petik kenyataannya yang disiarkan oleh Sinar pada 13 September 2016. “Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, rakyat Malaysia tidak harus terpengaruh dengan laporan Wall Street Journal (WSJ) kerana tindakannya secara berterusan menyerang urusan politik Malaysia, jelas tidak berlandaskan prinsip kewartawanan’

            Apakah beliau betul-betul sedar bahawa yang dilemparkan tuduhan itu terhadap sebuah akhbar yang telah wujud semenjak tahun 1889 dan kini merupakan sebuah akhbar terbesar di Amerika Syarikat yang pengedarannya berjumlah 2.4 million naskah sehari. Apakah wajar Menteri Komunikasi  mempersoalkan tentang ‘..tidak berlandaskan prinsip kewartawanan’ WSJ ini”. Beliau harus merenung dan mencerminkan dirinya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian.

            Sikap ‘kail panjang sejengkal…’ ini diamalkan oleh ramai pemimpin di Malaysia. Mereka hanya merupakan ‘jaguh kampung’ yang hanya berani berkokok tetapi ekor sentiasa bergelumang tahi. Untuk melihat ‘kehebatan’ para pemimpin UMNO ini, jenguk dan lihatlah prestasi mereka ketika di persidangan agung UMNO yang diadakan pada setiap tahun itu. Di majlis sedemikianlah mereka menunjukkan ‘kehebatan’ mereka tetapi apabila menghadiri persidangan antarabangsa (yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahsa perantaraan) mereka ‘mengecut’ dan meletakkan kedua belah tangan mereka dicelah kangkang.

            Mereka hanya mampu berkomunikasi dengan orang kampung dan Mak Cik FELDA yang hanya tahu mengangguk dan mengiakan saja apa yang diperkatakan oleh mereka. Dan golongan ini walaupun pada ‘cakap-cakap’ mereka mahukan orang Melayu maju, namun dari segi realitinya mereka mahukan orang Melayu dalam keadaan sedia ada. Tengin, tolol, bingung. Aku tak maksudkan semuanya begitu.

            Dsebabkan keadaan orang Melayu yang sedemikianlah yang menyebabkan para pemimpin kita merasakan bahawa mereka berpuas hati dengan ‘kail yang panjang sejengkal…’ Mereka tidak memerlukan ‘kail yang panjang…’ kerana yang diduga mereka bukannya lautan yang luas tetapi hanya parit dan alor kecil di tengah sawah.

            Maknanya orang Melayu yang tengin dan tolol itu juga yang patut dipersalahkan kerana mereka jugalah yang tolong melahirkan pemimpin yang tengin dan tolol itu. Mungkin….

abuhassanadam
16 September 2016








No comments:

Post a Comment