ORANG MELAYU SUDAH CUKUP MALU!...SUDAHLAH….
Ini
kisah benar tetapi nama watak yang dipaparkan adalah rekaan. Kisah kawan aku
yang sememangnya nakal sehinggakan emak dan bapaknya cukup ‘pening’ dengan
perangainya.
Ismai
(bukan nama sebenar) namanya. Kami panggi Mail saja. Memang terkenal dengan
kenakalan dan jahatnya. Bukan kepalang. Semua perkara yang memalukan keluarga
dilakukan oleh Mail. Bukan tidak dilarang atau dinasihatkan oleh ibu bapa atau
keluarganya tetapi Mail tidak peduli. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.
Pak Haji Sulaiman ( guru agama di kampung aku ) kerapkali menasihati Mail.
Malah seringkali Mail didenda oleh Pak Haji dengan cara merotan punggungnya,
namun tidak dipedulikan oleh Mail. Mail tak peduli. Dia sungguh memalukan
keluarganya tapi dia tak peduli. Seluruh kampung mengutuk Mail. Di tak peduli.
Mail
memang sukan bergaduh. Dia ingat dia kuat dalam kampung pada ketika itu. Sebenarnya
Mail bukan lah sekuat mana pun. Cuma ramai antara kami yang tidak mahu bergaduh
dengannya. Tidak ada faedahnya bergaduh dengan Mail.
Di
negara Malaysia kini semacam sudah wujud beberapa orang watak seperti yang
‘dipegang’ oleh Mail. Boleh juga dibaratkan seperti watak ‘A.Rahim’ dalam filem
Melayu lama. Ataupun watak ‘Salleh kamil’ ataupun watak ‘Sharif Dol’. Memang
hebat pelakon-pelakon lama ini menggambarkan watak jahat sedemikian sehinggakan
ada antara penonton yang ‘marah-marah’ apabila bertemu muka dengan A.Rahim atau
Salleh Kamil atau Sharif Dol yang sebenar. Realitinya mereka orang baik dan
tidak langsung seperti yang digambarkan dalam filem yang dilakonkan oleh
mereka.
Masyarakat
Malaysia dan khususnya masyarakat Melayu mengharapkan agar tidak ada lagi
watak-watak jahat sepertimana yang digambarkan oleh Mail atau pelakon filem
Melayu lama itu. Realitinya kita tidak mahu ada orang Melayu yang bersifat
demikian apatah lagi kita berada dalam masyarakat majmuk yang terdiri dari
berbagai kaum di negara ini.
Hendaknya
janganlah orang Melayu dipersendakan sebagai bangsa yang bodoh-sombong ekoran
daripada beberapa tindakan kita yang mirip menepati erti simpulan bahasa ‘Bodoh
sombong’ itu. Hendaknya juga kita mempamerkan kepada masyarakat antarabangsa
bahawa orang Melayu juga sedang bergerak maju sepertimana bangsa lain di dunia.
Untuk
membuktikan bahawa orang Melayu juga bergerak maju, segala tindak-tanduk kita
seharusnya menggambarkan bahawa kita juga tergolong dalam masyarakat yang
bertamadun dan bukan sebaliknya….
abuhassanadam
15 September 2016
No comments:
Post a Comment