ORANG MELAYU MESTI MAHIR BERBAHASA
INGGERIS
Aku
terpaksa menyentuh isu sangat sensitif ini kepada orang Melayu. Bukan semua.
Tetapi ramai yang akan melimparkan ‘kutukan’ kepada aku dengan mengatakan yang
aku tidak nasionalis. Tidak patriotik. Tidak sayangkan bangsa Melayu seperti
pemimpin UMNO (kononnya!!).
Aku
tak peduli cemuhan dan kutukan sedemikian. Orang putih kata, ‘ I am entitled to
my opinion’. Biarlah apa orang lain kata asalkan dapat aku menyampaikan hasrat
hati aku yang sudah agak lama terpendam. Sekiranya arwah bapa masih ada
tentulah dia paling gembira kerana melihat aku ‘berani’ memperkatakan sesuatu
yang bukan ‘milik’ ramai orang Melayu.
Ketika
ramai orang Melayu masih ‘tidur’ dalam zaman penjajahan dan ketika tuan-tuan
guru agama sibuk ‘melarang’ anak Melayu agar tidak belajar disekolah Inggeris (
takut masuk Kristian), arwah bapa sering ‘berteriak’ mengatakan bahawa ‘bahasa
Inggeris adalah bahasa ilmu. Seluruh dunia menggunakan bahasa Inggeris’. Malah
beliau sanggup mengatakan, kalau nak hidup sempurna kenalah belajar Bahasa
Inggeris. Kena belajar di sekolah orang putih…’
Kini
baru aku sedar dan amat sedar tentang kata-kata arwah bapa aku setelah aku
melihat sendiri tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam kehidupan zaman
global ini. Aku pernah melihat sendiri pegawai-pegawai Melayu yang bertugas di
luar negara ‘terkial-kial’ menyampaikan idea mereka menggunakan bahasa Inggeris
yang tidak secara langsung merendahkan taraf pegawai Malaysia disebabkan
penggunaan bahasa Inggeris yang ‘tonggang terbalik’.
Dan
cuba bayangkan keadaan di Persidangan Bangsa Bersatu apabila ada Menteri kita
yang berada di sana dan kononnya
mempengerusikan satu perbincangan meja bulat atau bundar. Bolehkan agaknya
mereka menyampaikan apa yang ingin mereka sampaikan apabila penggunaan bahasa
Inggeris mereka ‘tonggang-terbalik’. Cuba bayangkan.
Dan
cuba bayangkan keadaan Menteri Pelajaran kita ketika berada di persidangan
UNESCO. Bolehkan agaknya mereka menyampaikan sebarang idea yang bernas
sekiranya penguasaan bahasa Inggeris mereka bertaraf ‘penjual sayur’ di
gerai-gerai pasar malam. Jauh ‘panggang dari api’ untuk menyamakan kehebatan
Saudara Anwar Ibrahim ( yang mahir berbahasa Inggeris) yang pernah menyandang
jawatan Presiden UNESCO pada tahun 1992-1993.
Terlalu
banyak isu yang hendak aku sampaikan. Cukup sekadar dulu aku menyatakan bahawa
orang Melayu jangan harus berdolak dalik lagi tentang penggunaan bahasa
Inggeris. Jangan dipersoalkan lagi tentang penting tidaknya orang Melayu
menguasai Bahasa Inggeris. Jawabnya PENTING!
Dan
jangan pula menuduh aku sebagai manusia Melayu yang tak sedar diri yang
melupakan bahasa sendiri. Aku tahu dari mana asal usul. Aku tahu berperibahasa
Melayu. Aku mahir dalam berpantun Melayu. Dan Bahasa Melayu aku bukan setakat
lulus dengan kepujian peringkat Peperiksaan Senior Cambridge tetapi boleh
bercakap loghat Perak dengan berkesan.
Lantas
tidak timbul yang aku tidak sayangkan bahasa dan bangsa aku. Kerana sayangkan
bangsa Melayulah aku memberanikan diri menyeru agar orang Melayu mahir
menggunakan Bahasa Inggeris.
Terpulanglah…
abuhassanadam
8 September 2016
Betul sekali Pak Abu, pengalaman saya satu ketika waktu saya berada di Immigrasi Kuwait utk memohon visa kerja. Kalaulah pegawai immigrasi Arab itu bertutur dlm bahasa Arab, pasti saya tdk akn faham dan sebaliknya kalau saya menjawap dgn Bahasa M'sia/Bahasa Melayu, pasti beliau jg tdk akn faham. Inilah sa'atnya Bahasa Inggeris/Bahasa International di pergunakan supaya kedua2 pihak (beliau & saya) blh faham. Kalau tdk, sampai kiahmat urusan visa itu......?????
ReplyDelete