PEMIMPIN YANG BERMUKA TEBAL
Samada
pemimpin yang tebal muka atau pemimpin yang bermuka tebal sebenarnya sama
sahaja. Kedua-dua tidak merasa malu. Kedua-duanya memiliki sifat jelek, hodoh.
Dan dalam masyarakat Melayu lama misalnya, menjaga ‘air muka’ merupakan sesuatu
yang sangat-sangat dipelihara dan amat tidak molek sekiranya seseorang itu
bersifat ‘muka tebal’.
Nampaknya
dalam masyarakat kini, masyarakat Melayu khususnya sudah tidak begitu
dipelihara hal yang sebegini. Kebanyakan pemimpin di Malaysia bersifat ‘muka
tebal’. Mereka tak peduli apa orang lain kata.
Mereka tidak malu sekiranya mereka
dikatakan pemimpin yang rasuah. Mereka tak malu langsung. Tebal muka.
Mereka tebal muka sekiranya mereka
dikatakan mereka jenis makan ‘dedak’. Mereka tak peduli. Mereka buat ‘dek’
sahaja.
Mereka tak malu dan bersifat tebal muka
sekiranya mereka dikutuk kerana mengeluarkan kenyataan yang dianggap bodoh dan
tolol. Malah mereka cuba mempertahankan kenyataan yang dibuat. Kesannya semakin
ketara kebodohan yang ditunjukkan. Mereka tak malu. Mereka bermuka tebal.
Mereka tebal muka apabila mereka tidak
tahu bahawa masyarakat kini bukannya bodoh seperti pemimpin mereka. Lantas
mereka menganggap masyarakat itu bodoh dan tongong seperti mereka. Mereka
bermuka tebal.
Mereka tak malu menyampaikan ucapan
yang ‘berapi-api’ sedangkan apa yang diperkatakan oleh mereka itu adalah
seperti ‘cakap tak serupa bikin’. Mereka tak malu kerana mereka ‘tebal muka’.
Aku percaya bahawa ibu bapa mereka amat
mementingkan nilai ‘air muka’ atau ‘tebal muka’ ini. Namun anak-anak mereka
yang bergelar pemimpin buat nohin tentang ‘pegangan’ dan prinsip yang dipegang
oleh orang tua mereka.
Mereka bermuak tebal.
abuhassanadam
1 September 2016
No comments:
Post a Comment