RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK CADANGAN NOH OMAR
Tan Sri Noh Omar mencadangkan untuk memberikan
lesen pemberi pinjaman wang kepada pemaju perumahan. Dengan cadangan sedemikian
telah melayakkan Menteri berkenaan menteri yang paling tidak layak ke jawatan
berkenaan dan harus meletakkan jawatan serta merta. Ataupun sekiranya DS Mohd
najib masih ada lagi ‘cinta’nya kepada rakyat negara ini seharusnya
menasihatkan menteri lantikannya itu meletakkan jawatan ataupun dipaksa untuk
meletakkan jawatan.
Ahli
Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan cadangan Menteri Kesejahteraan
Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merupakan keputusan paling gila
mengenai perumahan dan kewangan negara.
"Mana-mana
peminjam yang mengambil pembiayaan rumah pada kadar ini ( faedah 12 hingga 18
peratus) samalah seperti menjadi hamba kepada pemberi pinjaman sehingga ke
akhir hayat kerana jumlah bayar balik adalah di antara empat hingga enam kali
ganda dari jumlah yang dipinjam.
Cadangan Noh Omar yang ‘gila’ ini telah
mendapat kritikan banyak pihak sehinggakan telah mendapat perhatian Menteri
Kewangan II Datuk Johari Abdul Ghani yang menekankan cabaran yang
dihadapai sekiranya pemaju perumahan diberikan lesen untuk memberi pinjaman
kepada pembeli hartanah."Beritahu saya, yang pemaju di Malaysia mampu
membina rumah dan menjualnya selepas selesai? Tidak, semua pemaju perlu menjual
rumah berdasarkan kemajuan, kerana mereka tidak mempunyai wang….Ia kelihatan
seperti model perniagaan yang sangat tidak mapan untuk pemaju untuk meminjam
wang untuk menyiapkan projek itu dan pada masa yang sama memberi pinjaman
kepada pembeli rumah," katanya. (Malaysiakini)
Rakyat Malaysia akan terus
mempersoalkan kredibiliti para menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri
Malaysia. Apakah ini taraf berfikir seorang Menteri yang mahu melaksanakan
sesuatu dasar nasional yang langsung tidak memikirkan tentang kesejahteraan dan
pemikiran rakyat. Cadangan yang sedemikian langsung tidak mencerminkan
kebijaksanaan seorang menteri dalam menentukan hala tuju kementeriannya, apatah
lagi apabila melihatkan tindakannya yang langsung tidak memikirkan derita
rakyat untuk membiayai perumahan.
Beliau seharusnya mencari jalan
bagaimana untuk menyediakan perumahan untuk semua rakyat terutama golongan
miskin. Menteri ini harus pergi melawat negara jiran, Singapura dan mengkaji
bagaimana pemerintah negara itu menyediakan rumah kediaman hampir kepada semua
rakyat negaranya. Tindakan yang sedemikianlah yang sebenarnya merupakan
kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat dan bukannya kerajaan yang sentiasa
memikirkan bagaimana ‘merompak’ wang rakyat.
Aku amat yakin seluruh rakyat
Malaysia menentang cadangan yang amat gila ini.
abuhassanadam
11
September 2016
No comments:
Post a Comment