TIDAK MUDAH DR MAHATHIR MEMUJUK ANWAR MENYERTAI
PERJUANGAN UMNO SUATU KETIKA DULU
Aku
masih teringat tentang bagaimana sukarnya Dr. Mahathir memujuk Saudara Anwar
Ibrahim untuk menyertai perjuangan UMNO suatu ketika tahun 1981 dahulu.
Berbagai helah dan cara telah digunakan untuk ‘menjemput’ tokoh muda in (pada
ketika itu) untuk bersama berjuang memperkasa negara dan bangsa Malaysia.
Aku
masih teringat juga tentang hasrat rakyat Malaysia pada ketika itu yang
sentiasa mengimpikan sebuah bangsa Malaysia yang bermaruah sehinggakan
seolah-olah seluruh bangsa Malaysia bergerak untuk mencapai hasrat berkenaan.
Seolah-olah semangat rakyat Malaysia membara mahukan agar bangsa Malaysia
setanding dengan bangsa lain di dunia. Dan hasrat sedemikian didorongkan oleh
dua orang pemimpin utama pada ketika itu, ia itu Dr. Mahathir dan Saudara Anwar
Ibrahim.
Dengan
sebab itulah rakyat Malaysia seolah-olah amat kecewa kini disebabkan hasrat
untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju seperti Singapura atau Jepun itu
hancur berkecai disebabkan kepimpinan negara yang tidak menentu hala tujunya.
Dan mungkin juga hasrat Wawasan 2020 juga tidak akan tercapai dan hanya tinggal
sebagai angan-angan Mat Jenin sahaja.
Dan ‘bertaut’nya
dua pemimpin besar negara itu seolah-olah mengembalikan semula keyakinan rakyat
Malaysia agar kedua-dua pemimpin ini dapat menerajui semula negara ini ke arah
sesuatu matlamat yang dapat dibanggakan oleh cucu cicit kelak. Jikalau pun
tidak memimpin sekuarng-kurangnya memandu tokoh-tokoh muda lain untuk memajukan
negara. Jangan dipersoalkan tentang usia mereka.. Mungkin sudah agak lanjut,
namun sekiranya begitu yang dikehendaki oleh Tuhan maka rakyat harus menyambutnya
dengan hati penuh terbuka.
Rakyat
yang ‘celik’ semacam sudah amat tidak yakin dengan kepimpinan yang ada
sekarang, apatah lagi jika dibandingkan keadaan negara Malaysia kini dengan
keadaan negara-negara jiran. Dengan jelas menunjukkan negara kita amat
ketinggalan dalam apa segi sekalipun. Dan amat jauh bezanya dengan keadaan
negara dibawah kepimpinan Dr. Mahathir dan Saudara Anwar pada suatu ketika
dulu.
Rakyat
Malaysia amat takut negara Malaysia yang kaya raya ini menjadi ‘padang jarak
padang tekukur’. Keadaan sedemikianlah yang hendak dijauhi.
abuhassanadam
7 September 2016
No comments:
Post a Comment