SEMACAM TIDAK ADA TINDAKAN DARI FAMA
ATAU KEMENTERIAN PERTANIAN
Dua
minggu lepas, aku balik kampung. Musim buah-buahan. Memang kampung-kampung di
daerah Kuala Kangsar berpesta buah-buahan, terutamanya rambutan. Keluar sahaja
Tol Kuala Kangsar sudah kelihatan rambutan masak merah ‘merembung’ (loghat
Perak) di kampung Talang, Kuala Dal, Padang Assam, Batu 17, Paya Panjang,
Sungai Ati….Boleh dikatakan sepanjang jalan kelihatan pohon rambutan berbuah
dengan lebatnya.
‘Macam
di Wenatchee’ kata anak aku, yang menemani aku balik kampung. Yang dimaksudkan
dengan Wenatchee itu adalah sebuah tempat di Washington, California yang
terkenal dengan ladang-ladang buah-buahan apples, limau, pear, plums. Dan kami
pernah berada di sana dan berpengalaman juga memetik buah-buahan di sana. Sememangnya
besar perbezaan antara ladang buah-buahan di Wenatchee dengan ladang
buah-buahan di persekitaran Padang Rengas.
Namun
begitu, sekiranya ada usaha yang bersungguh dari pihak kerajaan, khususnya
Kementerian Pertanian Malaysia pastinya dapat dijayakan. Sepanjang yang aku
perhatikan, semenjak zaman kemerdekaan sehingga kini tidak ada tindakan tegas
dari pihak kerajaan untuk memajukan lapangan pertanian, khususnya di kawasan
Padang Rengas. Mungkin ada tetapi aku tidak nampak kesannya.
Yang
menyedihkan aku ialah kegagalan FAMA untuk membantu orang kampung mengawal
harga buah-buahan. Misalnya harga rambutan di Kuala Lumpur ialah RM 7.00
sedangkan harga rambutan yang dibeli oleh pemborong di Padang Rengas ialah
disekitar RM 1.20 sen sekilo. Dengan keadaan demikian tidak ada usaha yang
dilakukan untuk mengait dan memetik rambutan. Dan terbiarlah rambutan di
kampung aku tanpa dipetik buahnya.
Berbeza
dengan di Wenatchee sebagaimana yang aku ceritakan tadi.
Sampai
bila agaknya keadaan pertanian kita berada pada takuk lama dan mungkin jauh panggang
dari api untuk kita menyamai keadaan di Wenatchee, California itu.
Aku
hanya mampu mengurut dada. Amat kecewa….
abuhassanadam
2 September 2016
Wenatchee apples
No comments:
Post a Comment