PERTEMUAN MAHATHIR-ANWAR – BIDUK LALU
KIAMBANG BERTAUT
Pertemuan
kedua orang tokoh ini amat bermakna bagi banyak orang terutama bagi mereka yang
sentiasa mengimpikan sebuah bangsa Malaysia yang maju sebagaimana yang pernah
diimpikan tiga puluh tahun yang lampau. Seolah-olah ‘mimpi’ itu terbantut
selepas tahu 1998 apabila Saudara Anwar ‘diketepikan’.
Kini semacam satu pengembalian semula
‘mimpi’ yang terbantut ini untuk diteruskan.
Bagaimana
harapan dan mimpi itu akan direalisasikan, terserahlah kepada kekuasaan Allah,
Tuhan yang maha berkuasa. Pertemuan yang sedang berlaku kini juga adalah
perencanaan Allah juga. Tidak ada siapa yang boleh menahan perancangan Tuhan
itu.
Tepat
peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa, ‘biduk lalu kiambang bertaut’. Dan mungkin
sejarah Kesultanan Melaka akan juga berulang apabila Sultan Melaka ‘tenggelam
punca’ disebabkan Hang Jebat mengamuk. Lantas teringatkan, sekiranya Hang Tuah
masih ada…’. Dan secara kebetulan Hang Tuah tidak meninggal tetapi sebaliknya
disembuntyikan di Hulu Melaka.
Pertemuan
Mahathir-Anwar amat besar ertinya. Mungkin akan diperkecil danperlekehkan oleh
ahli UMNO yang buta sejarah atau yang tidak dapat mengenali erti politik yang
sebenar. Kesannya amat penting dan boleh mengubah senario politik tanah air
dalam sekelip mata. Tun Mahathir tahu hal ini. Dan begitu juga Saudara Anwar
nampak kesannya.
Kesan
yang paling besar ialah pemulihan semangat pejuang-pejuang bangsa yang selama ini ‘bertapa’ setelah Anwar
Ibrahim diainaya. Kini setelah kelihatan cahaya yang samar-samar, para pejuang
yang pernah bersama Anwar akan tampil semula di medan perjuangan. Senjata perang akan diasah semula demi untuk berjuang di
medan perjuangan dalam bentuk baru.
Semangat
golongan ini masih membara hanya menunggu masa untuk digerakkan.
Matlamatnya
tidak lain untuk menegakkan bangsa Malaysia yang bermaruah dipersada
antarabangsa.
abuhassanadam
5 September 2016
No comments:
Post a Comment