YANG BERJUANG MENYELAMATKAN ‘ORANG
SUSAH’ ADALAH ‘ORANG SENANG’…
Dulu
aku beli sayur pucuk ubi atau pucuk betik atau pucuk paku atau apa saja bentuk
sayur di pasar tidak diiringi dengan keluhan. Maknanya ditinjau dari segi harga
tidaklah begitu menyusahkan. Lagi pun
sayuran pucuk ubi, pucuk betik, pucuk paku adalah makan orang kampung. Makanan
orang miskin seperti aku. Jadi tidak hairanlah kalau harga jenis sayuran (yang
dimakan oleh orang kaya-kaya) melambung hargannya, kerana yang membeli sayuran
berkenaan terdiri dari orang banyak duit seperti pemimpin UMNO (semua
peringkat) yang sentiasa berduit.
Apabila
harga sayuran yang kebiasaannya dimakan oleh orang miskin seperti aku melambung
harganya, maka sayur jenis apa lagi yang hendak ‘dikunyah’ oleh orang miskin.
Jikalau pendapatan hanya mampu untuk membeli sayuran sedemikian, maka sayuran
jenis apa lagi yang hendak dibeli.
Keadaan
dalam negara kini sebenarnya dalam keadaan yang amat susah terutama apabila
kenaikan harga barang naik mendadak. Semacam tidak ada siapa yang peduli dengan
‘jeritan’ golongan miskin di kampung atau di bandar. Dan sudah mula kedengaran
syarikat-syarikat membuang pekerja. Yang jelasnya dulu MAS telah membung
pekerjanya dan menderitalah pekerja yang dibuang. Kini kononnya PETRONAS pula
yang akan membuang pekerjanya disebabkan keuntungan PETRONAS yang merosot. Dan
lepas ini kononnya banyak lagi syarikat yang akan melakukan pembuangan pekerja dan
salah satu sebabbnya disebabkan oleh pengenalan GST.
Para
pemimpin negara seolah-olah tidak terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh
rakyat kini. Bagaimanalah mereka nak merasakan keperitan hidup rakyat jikalau
mereka sentiasa dibekalkan dengan ‘dedak’ hasil titik peluh rakyat. Para
pemimpin negara bersenang lenang juga dengan berbagai kemewahan yang diperolehi
oleh mereka.Mereka ‘melancong’ juga keluar negara menggunakan alasan ‘urusan
rasmi’ kerajaan.
Keadaan
negara kini amat meruncing. Tetapi yang peliknya golongan yang sedar akan
penderitaan rakyat dan yang sentiasa berjuang untuk kesejahteraan negara adalah
golongan yang dikira senang kehidupan mereka, sedangkan golongan rakyat yang
dikira derita dan yang diperjuangkan oleh golongan yang senang merasakan bahawa
mereka tidak perlu diperjuangkan kerana mereka merasa ‘gembira’ ditipu dan
diperbodohkan. Mereka seolah-olah merasa ‘berpuas hati’ dengan tindakan para
pemimpin negara yang sentiasa memberikan ‘gula-gula’ kepada mereka. Lantas golongan
yang menderita ini pula yang mengutuk perjuangan golongan yang memperjuangkan
kesejahteraan negara – yang mahu menyelamatkan negara.
Sepatutnya
tokoh-tokoh seperti Tun Mahathir, Saudara Lim Kit Siang dan beberapa tokoh lain
yang sentiasa memperjuangkan rakayat sepatutnya disanjung tentang apa yang
mereka lakukan disebabkan kerelaan mereka ‘mengabdikan’ diri untuk rakyat. Apa
perlu lagi Tun Mahathir bersusah payah memperjuangkan rakyat. Apa perlunya
Saudara Lim Kit Siang berhempas pulas berjuang menyelamatkan negara. Dengan
kesenangan yang dimiliki sepatutnya mereka boleh hidup bersenang lenang seperti
yang dinikmati oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi misalnya. Tetapi mereka tidak
mahu bersikap demikian. Mereka masih mahu terus berjuang membela rakyat.
Tun
Mahathir hampir setiap malam dikutuk oleh media arus perdana. Dan yang
menghairankan juga bahawa ada juga yang termakan dengan dakyah sedemikian. Yang
mengiakan kenyataan media berkenaan adalah kebanyakannya orang yang susah
kehidupannya kehidupan mereka.
Sampai
bilalah agaknya orang Melayu sedar tentang keadaan yang menimpa mereka.
abuhassanadam
22 September 2016
Tkasih pak abu..Post yang amat menarik dan membuka minda pembaca seperti saya.
ReplyDeleteSusan hati kelihatan Negara kita ni diketawakan kerap oleh dunia...
ReplyDeletekenapa tiada post lagi post yang baru pak abu
ReplyDeleteSalam pak Abu.. sunyi tanpa artikel baru dari pak abu
ReplyDeleteRindu post Pak Abu...
ReplyDeleteSemoga Pak Abu sihat selalu
Pak Abu, harap sihat selalu dan minta teruskan tulisan Pak Abu..
ReplyDelete