SPR - MALAYSIA TIRU ZIMBABWE
ATAU ZIMBABWE TIRU MALAYSIA?
Persepsi
aku terhadap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ( SPR) sebelum ini memang tinggi.
Maklumlah kedua-dua pengerusinya sebelum TS Abdul Aziz Yusuf aku kenal rapat.
Sebelum TS Abdul Aziz ialah TS Abdul Rashid bin Abdul Rahaman. Seorang yang betul-betul
tegas dalam menjalankan tugasnya. Apatah lagi antara beliau dengan SPR adalah
‘sama’. Seingat aku, beliau begitu lama sekali menjadi Setiuasaha SPR. Aku
kenal dan agak rapat dengannya ketika beliau bertugas di Kementerian
Pendidikan. Walaupun tegas dan ‘ditakuti’ namun aku sangat-sangat menghormati
beliau sampai kini.
Sebelum
TS Abdul Rashid menjadi pengerusi SPR, jawatan itu dipegang oleh TS Omar bin Mohd Hashim. Aku mengenali dan rapat
dengannya semenjak beliau bertugas sebagai Pengarah Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia bermula pada tahun 1978. Beliau merupakan bekas ‘boss’ dan
juga ‘mentor’ yang amat aku hormati sehingga kini. Seingat aku tidak pernah
berlaku sebarang kekecohan besar ketika beliau menjadi Pengarah Peperiksaan dan
sepanjang kerjayanya di Kementerian Pendidikan. Dan apabila beliau menjadi
Pengerusi SPR pun tidak terdapat keadaan seperti yang berlaku sekarang. Kacau
bilau……( PERSEPSI AKU LER )
Tugas
TS Abdul Aziz sebagai Pengerusi SPR agak
berat kerana beliau mengambil alih daripada tokoh-tokoh pentadbir yang hebat,
tegas dan adil dalam menjalankan tugas sebagai pengurus SPR. Kita tak tahu apa
sebabnya SPR jadi kelam kabut. Kita tidak pula menuduh bahawa kekelam-kabutan
itu berpunca daripada kelemahan TS Abdul
Aziz menguruskan badan itu. Kita tahu TS Abdul Aziz juga adalah bekas pegawai
tinggi kerajaan yang banyak memberikan sumbangan kepada negara. Ataupun mungkin
keadaan tak tentu arah SPR itu berpunca daripada arahan yang tidak menentu dari
kepimpinan politik. Mungkin…..
Persepsi
rakyat kini adalah SPR berada dalam keadaan yang cukup lemah. Jikalau
ditafsirkan dalam bentuk peribahasa Melayu, SPR itu adalah dalam keadaan ‘bodoh
sombong’. Banyak sungutan rakyat tidak diselesaikan dengan aman. Bersih
mengemukakan beberapa perkara yang perlu ‘dibersihkan’ oleh SPR.
Ada yang diambl tindakan tetapi banyak yang tidak dipedulikan.
Keadaan
begini menyebabkan rakyat cukup marah. Dan disamping itu pula pihak SPR cuba
‘menegakkan benang basahnya’ dengan jawapan-jawapan dan alasan yang tidak
munasabah. Rakyat lagi marah. Kemarahan rakyat itu berpunca daripada keadaan dimana
SPR seolah-olah menganggap rakyat masih bodoh dan tongong. Sebahagian besar
rakyat sudah celik dan bijak. Malah jauh lebih bijak daripada para pegawai yang
ada di SPR itu sendiri. Kelulusan sebahagian besar rakyat yang berada diluar
adalah jauh lebih tinggi daripada kelulusan dan pengalaman yang ada pada
setengah pegawai di SPR itu sendiri.Pegawai SPR seharusnya faham tentang hal
ini.
Secara
kebetulan aku membuat sedikit kajian mengenai keadaan Election Commisson di
Zimbabwe. Mengapa perbandingan yang aku buat itu dengan negara Zimbabwe?
Mengapa tidak dengan negara-negara maju di Eropah seperti Amerika Syarikat atau
Switzerland. Aku buat begitu kerana bagi aku kedudukan negara kita sudah hampir
benar dengan negara Zimbabwe. Lagipun Presiden Zimbabwe adalah kawan amat rapat
Tun Dr. Mahahthir Muhammad, bekas Perdana Menteri Malaysia.
Human
Rights Watch World Report 2008: Events of 2007 ada menyatakan,
“The
case of Malaysia illustrates why government seek control of the electoral
machinery. Its government-dominated Election Commission rejected opposition
efforts to remove alleged phantom voters from the electoral rolls, eliminate the
widespread use of absentee ballots by government workers, and permit access state-controllled
media by all political parites”
Itu
pandangan badan hak asasi manusia peringkat antarabangsa. Nama negara Malaysia
sudah tercalar. Tak banyak sikit tetap tercalar. Orang luar sudah tahu apa yang
berlaku dan apa yang sedang dibuat oleh pemerintah kita. Jangan fikir orang
luar itu bodoh. Bahagian risikan mereka jauh lebih canggih daripada apa yang
boleh kita lakukan. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan hasil
daripadaa tindakan negara luar, maka jangan diletakkan kesalahan itu kepada
rakyat atau pihak pembangkang. Renung diri sendiri.
Negara
Malaysia agak boleh dipuji kerana tidak mengambil langkah seperti setengah
negara-negara di dunia yang melakukan halangan-halangan kepada calon-calon
untuk mengambil bahagian dalam PRU. Antara langkah yang digunakan untuk
menggagalkan calon lawan ialah dengan tidak membenarkan mereka menjadi calon.
Pernah berlaku di Iran pada tahun 204,
di Cuba,, Tunisia dan di Thailand juga. Di Malaysia keadaan sedemikian tidak
berlaku. Syukur…
Namun
begitu aku cuba tinjau keadaan yang berlaku di Zimbabwe berkaitan dengan
tindakan pihak berwajib dalam menangani kempen pembangkang.
Martin
Meredith dalam bukunya. “Mugabe: Power, Plunder and the Struggle for Zimbabwe”
ada menulis,
“ In
Zimbabwe, armed riot police violenly disrupted political rallies in February
2007, firing tear gas at opposition supporters and arresting more than 70 of
them in the cities of Harrare and Bulawayo before imposing a three- month ban
on all political rallies and demonstrations in Harrare, the capital…”
Macam
lebih kurang sama pula keadaan yang wujud di Zimbabwe dengan keadaan yang
berlaku di Malaysia. Aku tak kata serupa. Aku kata lebih kurang sama. Maknanya
kita dah nak dekat sama lah tu dengan Zimbabwe. Namun begitu untuk ‘memujuk’
hati kita untuk meyakinkan bahawa keadaan di negara kita belum lagi sampai ke
tahap di Zimbabwe, aku perturunkan satu lagi petikan yang boleh menjelaskan
keadaan itu.
“ In
Zimbabwe…..( 2008) the government has let loose youth militia and ‘ war
veterans” to beat, torture and rape opposition figures, and the police have
used excessive force, sometimes lethal, to break up opposition demonstrations.”
berdasarkan buku Martin Meredith in “Mugabe: Power, Plunder and the Struggle
for Zimbabwe”
Kesimpulannya,
berdasarkan keadaan-keadaan yang berlaku di Zimbabwe dan dibandingkan dengan
keadaan yang berlaku di negara kita itu semacam lebih kurang sama. Jadi timbul
pertanyaan di kepala aku, siapa ikut siapa.
Malaysia
tiru Zimbabwe ke atau Zimbabwe yang tiru Malaysia.
Abuhassanadam
30
April 2013