Friday, May 31, 2013

APA SALAH NURUL?

APA SALAH NURUL?

Lama juga aku termenung memikirkannya. Aku bertanya diri aku. Apa salah ‘budak’ ini yang menyebabkan dia tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah. ‘Budak’ yang aku maksudkan itu ialah YB Nurul Izzah ler. Anak DS Anwar Ibrahim. Selaku orang tua, aku merasa ‘panas’ juga melihatkan ‘anak-anak’ dibuat begitu. Berbagai persoalan timbul tentunya. Antara soalan tiba-tiba menjelma dibenak aku ialah, apa salah dia?

Majority rakyat Malaysia tentunya berkecil hati dengan tindakan kerjaan Sabah yang melarang YB Nurul Izzah memasuki Sabah dan menghantarnya pulang dengan menaiki kapalterbang yang sama pulang ke Malaysia. Hanya manusia yang ‘tidak perhati perut’ sahaja yang tidak terusik dengan peristiwa ini. Dan ramai pastinya akan marah. Apa tidaknya. Rakyat Malaysia dari semua keturunan akan merasa hairan mengapa begitu tindakan kerajaan Sabah.

·      Apakah keadatangan YB Nurul ke sabah itu akan menggugat keadaan politik di Sabah?. Ini bukannya musim pilihan raya. PRU 13 sudah selesai. Dan kedatangannya ke Sabah adalah atas jemputan untuk menghadhiri pesta Keaamatan di Panampang. Apakah salah baginya untuk menghadhiri pesta serupa itu. Apakah pihak berwajib di Sabah sudah ‘hilang akal’ sehingga sanggup melarang beliau untuk datang ke pesta berkenaan?
·      YB Nurul Izzah bukannya pendatang haram. Beliau hadhir di Sabah lengkap dengan dokumen perjalanannnya. Oleh itu tidak ada sebab mengapa pihak imigresen terpaksa menahan dan menyuruh beliau pulang ke kuala Lumpur dengan penerbangan yang sama. Bagi aku amat tidak beradab tindakan yang sedemikian.
·      Perlu dingat bahawa YB Nurul Izzah bukan orang sebarangan. Seorang ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai. Orang putih kata, ‘Lawmaker’ ataupun ‘ legislator’. Pembuat undang-undang’. Dan jangan lupa juga bahawa beliau wakil pengundi Lembah pantai. Rakyat mengundi beliau. Beliau menang dalam PRU. Majority rakyat Lembah Pantai mengundi dia. Sukakan dia. Pendek kata apa yang berlaku ke atas YB Nurul terasa juga sakitnya ke atas pengundi di Lembah Pantai. Justeru pihak berkuasa Sabah seharusnya menghormati jawatan yang disandangnya dan menghormati pengundi di kawasan Lembah Pantai.
·      Apakah pihak berkuasa di sabah sudah tidak pandai membezakan  antara pendatang haram dengan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat? Apakah pihak berkuasa di sabah sudah hilang hormat mereka kepada ahli parlimen. Maknanya mereka sudah tidak menghormati parlimen……

Aku tahu masyarakat Sabah umumnya amat menghormati tetamu. Mereka tahu adab dan sopan ketika menyambut tetamu. Dan aku tidak kata yang semua pemimpin di Sabah berperangai sepertimana yang berlaku ke atas YB Nurul Izzah. Lihat sahaja sebagaimana yang ditunjukkan oleh YB Bung Mokhtar yang aku fikir amat bertimbang rasa dan simpati dengan keadaan sebegini dan menyifatkan keadaan ini sebagai satu malapetaka.

Aku yakin yang peristiwa ini akan mencetuskan satu malapetaka sebagaimana yang difikirkan oleh YB Bung Mukhtar itu. Sekurang-kurangnya rakyat Sabah khususnya kawasan Penampang pastinya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak imigresen yang kononnya berindak atas arahan Ketua Menteri Sabah. Sekiranya betul begitu keadaannya, aku rasa rakyat Sabah akan meminta pihak yang bertanggungjawab supaya meminta maaf kepada YB Nurul Izzah.

Betul ada undang-undang yang membolehkan pihak berwajib bertindak sedemikian rupa. Ada peruntukannya dalam perlembagaan. Namun begitu apakah segala tindak tanduk kita hanya dikawal oleh perlembagaan dan peruntukan. Apakah sudah hilang adab dan sopan kita terhadap tetamu. Rakyat Malaysia pulak tu. YB lagi….

Masyarakat Malaysia, khususnya orang Melayu amat menghormati tetamu. Semenjak dari kecil kita diajar bagaimana menghormati tetamu. Apatah lagi apabila agama Islam juga amat menitikberatkan tentang adab menghormati tetamu. Sejarah telah menunjukkan bahawa disebabkan masyarakat Melayu amat menghormati tetamulah, maka kedatangan golongan imigran terutamanya saudagar Cina, India, Arab bermula daripada Kurun ke 11 dahulu ( sebelum kedatangan British ) tidak pernah dihalau dari kawasan perairan Selat Melaka. Malah saudagar Melayu amat senang hati berdagang dengan saudagar-saudagar dari negara lain. Menunjukkan kita amat menghormati tetamu.

Dan satu perkara yang perlu juga diketahui oleh pihak berwajib yang ‘menghalau’ YB Nurul Izzah dari Sabah ialah bahawa orang Melayu (tradisional) amat tidak ‘sampai hati’ menghalau tetamu yang datang ke rumah. Menghormati tetamu, namanya. Bukan sahaja tidak ‘sampai hati’ menghalau tetamu, malah diberinya makanan untuk dinikmati oleh tetamu. Itulah sifat sebenar orang Melayu. Dan aku rasa pada umumnya orang Sabah adalah dari rumpun Melayu. Mungkin yang berperangai ‘menghalau’ YB Nurul Izzah itu adalah bukan dari keturunan rumpun Melayu. Mungkin…..

Peristiwa yang berlaku kepada YB Nurul Izzah ini sudah menjadi bahan perbualan di mana-mana sahaja ada majlis keramaian. Di mana-mana saja orang memperkatakannya dan diikuti dengan perasaan marah walaupun kadang-kadang diikuti dengan deraian gelak ketawa mempersendakan tindakan kerajaan negeri Sabah itu.

·      Ramai yang mengatakan bahawa pihak imigresen di Sabah amat ‘cekap dan efisyen’ menjalankan tugas terutama terhadap orang yang tidak bersalah. Namun mereka membiarkan pendatang-pendatang haram datang secara berleluasa masuk ke negeri mereka.Pengganas  dari  Sulu pulak boleh tinggal beberapa ketika di Lahad Datu dan membunuh beberapa orang askar kita.  
·      Bagi pihak berkuasa di sabah, YB Nurul Izzah adalah seorang pesalah yang amat berat kesalahannya sehingga tidak dibenarkan langsung menjejakkan kaki di bumi Sabah.

Pelik juga. Ini yang dikatakan Malaysia Boleh agaknya…….

Abuhassanadam
31 Mei 2013


Thursday, May 30, 2013

SAFUAN ANANG DAN ADAM ADLI - MELAKAR PERJUANGAN

SAFUAN ANANG DAN ADAM ADLI – MELAKAR PERJUANGAN

Safuan Anang dan Adam Adli merasakan apa yang mereka lakukan itu betul belaka walaupun pihak pemerintah merasakan  apa yang mereka lakukan itu tidak betul, bertentangan dengan undang-undang yang ada dan lantas mereka dikenakan tuduhan bersama beberpa orang yang lain. Safuan rela dipenjarakan dan tidak rela didijamin.

Bagi aku tindakan Safuan itu suatu tindakan anak muda yang hebat. Aku tidak mengatakan bahawa apa yang dilakukannya itu betul belaka dan apa yang dilakukan oleh pihak kerajaan itu salah. Bukan. Aku tak kata begitu. Bagi aku kedua-dua pihak itu betul belaka.
·      Safuan dan Adam merasakan bahawa mereka terpaksa melalui ‘penderitaan’ ini disebabkan oleh keyakinan mereka bahawa apa yang diperjuangkan oleh mereka itu betul belaka. Mereka yakin benar sehinggakan Safuan rela masuk penjara kerana tidak mahu dijamin. Bagi aku disinilah terletaknya kehebatan beliau.
·      Mereka merasakan dan mereka yakin bahawa pihak Suruhanjaya Pilhan Raya telah melakukan berbagai penipuan dalam PRU 13 baru-baru ini. Mereka yakin benar tentang perkara itu. Dan mereka ‘menyeru’ orang ramai supaya sama-sama menentangnya. Mereka yakin bahawa menyeru orang ramai supaya menentang sesuatu yang tidak betul itu bukan merupakan suatu kesalahan. Itu merupakan kebebasan bersuara yang merupakan salah satu syarat untuk memenuhi konsep demokrasi. Itu pandangan mereka. Lantas mereka perjuangkan.
·      Pihak kerajaan pula merasakan bahawa apa yang dilakukan oleh kedua-dua anak muda ini (disamping beberapa orang pejuang lain) adalah bertentangan dengan undang-undang dan peraturan yang ada dalam negara ini. Lantas mereka dihadapkan ke mahkamah diatas kesalahan yang mereka lakukan. Dikatakan mereka juga dituduh dibawah Akta Hasutan – menghasut orang ramai supaya berhimpun.

Jadi pada aku kedua-dua pihak menjalankan tindakan yang bagi mereka suatu tindakan yang betul. Aku tidak dapat mempastikan perasaan pegawai-pegawai polis yang menangkap kedua-dua anak muda itu. Maksud aku mengenai ‘conscience’ mereka – menangkap anak muda terpelajar yang kesalahannya bukanlah mencuri atau mengedar dadah, bukan membunuh tetapi hanya sekadar menyatakan sesuatu perkara yang pada pandangan mereka tidak betul. Pasti ada perasaan bersalah juga di hati pegawai polis yang menjalankan tugas itu. Mungkin….

Bagi kedua anak muda, Adam dan Safuan aku rasa ‘’conscience’ mereka amat jelas. Tidak ada keraguan langsung tentang tindakan mereka itu. Aku pasti tidak akan ada langsung perasaan kesal di hati mereka di atas tindakan mereka yang dianggap ‘bodoh’ oleh setengah pihak. Keyakinan mereka terus memuncak apabila mendapat sokongan rakyat mejority dan yang paling bermakna apabila mendapat kata-kata perangsang daripada orang-orang yang tersayang.

Adam dan Safuan masih muda dan masih belajar tentang selok belok kehidupan. Apa yang merka lalui ini merupakan pengalaman yang amat berharga yang tidak ramai anak muda melaluinya dan tidak berani dan sanggup melaluinya. Hanya anak muda yang mempunyai semangat perjuangan yang kental saja yang rela melaluinya.

Anda berdua mungkin terpengaruh dengan liku-liku kehidupan yang telah dilalui oleh Saudara Anwar Ibrahim. Anda berdua mungkin tidak bersamanya, mengahrungi liku-liku hidup sedemikian tetapi anda berdua mendengar kisah perjuangan ‘anak muda’ itu, yang bermula dari sekolah mennegah sehinggalah ke peringkat univeristy dan sampai kini masih terus berjuang dan berjuang. Beliau terus menerus berjuang kerana untuk mengisi keyakinannnya bahawa ada sesuatu yang tidak kena dan perlu diperbetulkan. Beliau tidak seinci pun berundur disebabkan keyakinannya.

Mahatma Gandhi sanggup menghadapi berbagai dugaan dalam kehidupannya disebabkan keyakinan beliau bahawa apa yang diperjuangkannya betul. Beliau merupakan pembela rakyat India. Dan tidak hairanlah mengapa rakyat India sehingga kini masih memuji dan memujanya. Sememangnya perit melakar satu perjuangan. Sekiranya tidak melalui halangan dan rintangan untuk menegakkan sesuatu bukanlah perjuangan namanya. Ini harus difahami betul-betul oleh anak muda yang sedang bertatih melakar perjuangan.

Memperkatakan tentang perjuangan tentulah tidak lengkap sekiranya tidak dinyatakan tentang perjuangan Nelson Mandela dari Afrika Selatan yang sebahgian daripada usianya dihabiskannya dalam penjara memperjuangkan sesuatu yang dianggapnya benar. Kerana rakyat Afrika Selatan beliau merelakan dirinya merengkok dalam penjara selama 27 tahun. Aku teringat sebuah dialog dalam mahkamah antara hakim kulit putih  dengan Nelson Mandela. Lebih kurang begini bunyinya,

Hakim: Nelson, don’t play with fire………
Nelson Mandela: Playing with fire is my game…..

Itu jawapan anak muda kulit hitam yang bernama Nelson Mandela.

Jose Rizal dari Filipina adalah seorang anak muda yang berjuang untuk menegakkan kebenaran yang akhirnya gugur dihadapan ‘firing squad’ Sepanyol.  Beliau gugur dalam usia yang begitu muda. Ada penulis yang menggelarkan Jose Rizal sebagai seorang ‘genius’ dimana kebijaksanaannya adalah luar biasa. Filipina akhirnya kehilangan seorang pejuang. Namun selepas itu muncul pula beberapa pejuang lain. Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘patah tumbuh hilang berganti’

Sejarah telah menunjukkan bahawa pejuang-pejuang  dunia adalah teridiri dari mereka yang betul-betul yakin tentang apa yang mereka perjuangkan. Mereka bukan pembunuh, bukan perogol, bukan perasuah, bukan pencuri duit rakyat, bukan penipu. Namun yang anihnya ‘manusia-manusia’ yang berperangai sedemikian tidak dipenjarakan. Sebaliknya manusia yang memperjuangkan kebenaran itu yang dihina dan dianiaya.

Betul rupanya…….menempa kejayaan itu melalui perjuangan dan pengorbanan.

Abuhassanadam
30 Mei 2013


Wednesday, May 29, 2013

KEBEBASAN BERSUARA ala MALAYSIA

KEBEBASAN BERSUARA ala MALAYSIA

Semalam aku dengar berita mengatakan beberapa orang rakyat Malaysia ditangkap kerana menghasut. Dan ada juga yang ditangkap kerana menganjurkan perhimpunan haram. Dan katanya ramai lagi yang akan ditangkap kerana ‘kesalahan-kesalahan’ yang sama ia itu samada menghasut ataupun menganjurkan perhimpunan haram.

Apa nak buat…..jikalau begitu undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di negara ini.  Nak buat macam mana lagi. Terima sajalah….Namun begitu aku nampak dan aku lihat tidak semua negara-negara di dunia yang mengamalkan apa yang diamalkan di negara kita. Ada juga negara-negara di dunia yang mengamalkan apa yang kita amalkan sekarang. Ada. Aku dengar khabar, negara Zimbabwe pun macam di Malaysia juga. Aku dengar khabar begitu lah.

Secara kebetulan pulak aku terbaca sebuah buku yang ditulis oleh Ivan Hare, James Weinstein berjodol,“ Extreme Speech and Democracy’. Mengikut beuku itu,

“There is no democracy without public disourse and no public discourse without freedom of speech, freedom of the media and freedom of information. And only if it contains both the active and pasive side – freedom to express one’s own opinion and freedom to learn about the opinion of others – does the right constitute a comprehensive freedom of communication”

Lebih kurang kata Ivan Hare ialah,

·      Tidak wujudlah demokrasi dalam sesebuah negara itu sekiranya tidak ada debat umum dan tidak wujudlah perdebatan umum sekiranya tidak wujud kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan untuk mencapai maklumat.
·      Kebebasan bersuara adalah merupakan hak seseorang untuk menyatakan sesuatu, kata Ivan Hare. Jadi sekiranya hak bersuara dan menyatakan sesuatu pendapat secara tidak terkongkong tidak diamalkan, dimanakah letaknya kebebasan seseorang itu.

Aku baca sebuah buku lagi. Keith Werhan pulak menulis berjodol,” Freedom of Speech: A Reference Guide to the United states Constitution”

“ The linkage among the ideas of democracy, popular sovereignity, and freedom of speech is as old as those ideas themselves, and they are very old indeed.. Freedom of speech was a constitutent element of the world’s first democracy, that which prevailed in Athens during the Classical Era ( 508BC-323 BC). Classical Athenians believed that authentic public debate was a prerequisite for the creation and refinement of public policy in a democracy.They nurtured a political culture that encouraged common citizens not only to participate fully in political institutions, but also to speak forthrightly on issues of public concern”.
Lebih kurang kata Keith Werhan begini,

·      Pertalian atau perhubungan  antara konsep demokrasi, kedaulatan rakyat dan kebebasan bersuara sudah wujud begitu lama. Malah konsep kebebasan bersuara itu adalah merupakan initisari atau pra-syarat kewujudkan konsep demokrasi itu sendiri yang bermula di Athens dalam zaman era kelasikal ( 508 BC-323BC).
·      Masyarakat Athens pada ketika itu berpendapat bahawa perdebatan umum adalah sebagai syarat untuk membentuk dasar-dasar awam dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Dengan demikian akan membolehkan rakyat menyuarakan pendapat mereka secara bebas tanpa rasa takut dan gentar. Maknanya kebebasan bersuara.

Buku ini mengatakan  juga bahawa, masyarakat Athens mengamalkan dua jenis konsep kebebasan bersuara ia  itu ‘Isegoria’ dan ‘parrahesia’.

·      Isegoria bermaksud memberikan peluang dan kebebasan kepada setiap wakil yang dipilih ke parlimen menyuarakan pendapat dan pandangan mereka yang berkaitan dengan dasar-dasar yang membabitkan setiap warga Athens. Memberikan peluang kepada setiap wakil samada kaya atau miskin untuk menyuarakan pendapat mewakili penduduk Athens. Macam yang diamalkan oleh ahli parlimen Malaysia ler. Ini kita juga amalkan di negara kita.
·      Parrahesia pula bermakna memberikan peluang setiap rakyat Athens, tua, muda, miskin, kaya untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apa juga perkara yang mereka ingin bangkitkan walaupun kadang-kadang isu yang dibangkitkan menyentuh perasaan dan peribadi seseorang.
·      Ini bermakna juga bahawa tidak terhad kepada ahli parlimen semata-mata. Rakyat umum, siapa sahaja boleh menyuarakan pendapat dan pandangan. Kalau mengikut loghat negeri Perak berbunyi begini, “ lantaklah..tampil lah… ikut suka kamu ler nak kata apa pun…kamu nak puji kerajaan ke…kamu nak menghentam kerajaan ke..lantaklah…..”

Konsep “Parrahesia’ ini tidak diamalkan di Malaysia secara sepenuhnya. Ada juga yang memburuk-buruk dan mengutuk kerajaan kita. Melalui internet. Tetapi secara terang-terang macam masyarakat Athens atau  macam yang berlaku di bawah Obama di Amerika Syarikat masih tidak dibenarkan. Jikalau dilakukan juga maka akan menerima nasib seperti yang dialami oleh beberapa orang yang ditangkap itu. Maknanya persepsi aku mengatakan bahawa belum cukup matang lagi demokrasi yang kita amalkan di Malaysia kini. Mungkin untuk menjaga keselamatan  negara agaknya….

Di Amerika Syarikat pernah juga memperkenalkan Akta Hasutan pada tahun 1798. Sedition Act of 1798.  Apabila  telah diputuskan bahawa kebebasan bersuara harus dipertahankan berasaskan bahawa rakyat semestinya dibenarkan bersuara dan menyatakan pendapat dan pandangan masing-masing dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi sepertimana yang diasaskan di Athens, maka rakyat Amerika akur.

Aku berharap dan aku mendoakan agar terbukalah hendaknya hati dan persaan pihak-pihak tertentu di Malaysia supaya bersikap seperti manusia yang memiliki peradaban seperti mana manusia di Athens, dua ribu tahun yang lampau.

Abuhassanadam
29 Mei 2013


Tuesday, May 28, 2013

'PARLIMEN TERGANTUNG' DI MALAYSIA

‘PARLIMEN TERGANTUNG’  DI MALAYSIA

Jikalau nak diterjemahkan secara ‘literal’nya ialah ‘Hung parliament’. Orang Perak kata ‘ parlimen terkonting-terkonting’. Tafsiran Wikipedia mengenai  ‘Hung Parliament’ ialah,

            “ In a two-party parliamentary system of government, a hung parliament occurs when neither major political party ( or bloc of allied parties) has an absolute majority of seats in the parliament………Most genearl elections in a two-party system will result in one party having an absolute majority and thus quickly forming  a new government:  a’hung parliament’ is an exception to this pattern, and may be considered anomalous or undesirable. One or both main parties may seek to form a coalition government with smaller third parties, or a minority government relying on confidence and supply support from third parties or independents. If these effort fail, a dissolution of parliament and a fresh election may be the last resort”

Ini yang berlaku di negara kita sekarang ekoran daripada PRU 13 yang baru kita adakan. ‘Hung Parliament”. Maksudnya,

·      Parti BN-UMNO  memperolehi 133 kerusi sahaja daripada 222 kerusi parilmen Malaysia yang dipertandingkan. Tak dapat majority. Sepatutnya BN-UMNO mesti memperolehi sekurang-kurangnya 148 kerusi. Baru dikatakan majority 2/3. Baru boleh memerintah dengan berkesa. Parti Pakatan Rakyat memperolehi 83 kerusi.
·      Keadaan ini dianggap janggal dan tidak diingini. Sebabnya apabila sebuah kerajaan itu tidak memperolehi majority 2/3 di parlimen, banyak perkara tidak dapat dilakukan. Misalnya untuk meminda perlembagaan memerlukan kelulusan 2/3 ahli parlimen. Kadang-kadang ada juga masanya perlembagaan perlu kepada pindaan. Dalam bahasa yang mudahnya ialah ‘ banyak kerja tak menjadi sekiranya tak dapat 2/3’
·      Dalam keadaan sebeginilah memerlukan parti politik yang bertanding bergabung antara satu sama lain supaya pemerintahan dapat dijalankan dengan berkesan
·      Sekiranya usaha penggabungan parti-parti politik itu gagal maka langkah akhir yang patut dilakukan ialah pembubaran parlimen. Di Britai pernah berlaku keadaan sebegini. Pada tahun 1974.

Tambah ‘merunsingkan’ kerajaan BN-UMNO kini ialah masalah undi popular. Parti UMNO-BN hanya mendapat 5, 237, 699 ( 47.38%) sedangkan Pakatan Rakyat memperolehi 5,623,984 undi ( 50.87%). Maknanya,

·      Walaupun parti UMNO-BN memerintah negara Malaysia kini, majority rakyat Malaysia kini memilih parti Pakatan Rakyat (PAS,DAP, PKR)  berbanding dengan UMNO-BN.
·      50.87% rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan hanya 47.38% mengundi BN-UMNO

Sebenarnya apa yang berlaku di Malaysia kini yang berkaitan dengan PRU 13 telah pun berlaku di United Kingdom. Hampir sama keadaanya. Dalam PRU pada 6 Mei 2010 itu, party Conservative tidak mendapat majority 2/3. Hanya mendapat ‘simple majority’. Party Conservative mendapat kemenangan simple majority. Mereka mendapat 306 kerusi parliament. Sedangkan untuk mendapatkan 2/3 majority Conservative memerlukan  326 kerusi.

Keadaannya sama seperti di Malaysia kini. ‘Hung Parliament’. Maknanya untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang boleh mentadbirkan negara yang berkesan, kerajaan campuran adalah amat perlu. Lantas parti Conservative telah bersetuju untuk menubuhkan kerajaan bersama-sama dengan parti Liberal Democrats. Kali pertama dalam masa selepas 70 tahun, Britain bergerak ke arah itu – kerajaan campuran. David Cameron dipilih dilantik menjadi Perdana Menteri Britain dan wakil rakyat dari Parti Liberal Demokrat mendapat juga jawatan-jawatan sebagai menteri kabinet. Nick Clegg telah diserahkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apakah tindakan menubuhkan kerajaan campuran sepertimana yang dilakukan oleh Britain itu boleh dilaksanakan di Malaysia?

Pemimpin negara Britain sanggup melakukan perkara itu disebabkan memikirkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat Britain sendiri. Amat susah bagi sebuah kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat untuk meneruskan dasar dan pentadbiran yang berkesan. Ini yang telah dapat dilihat oleh David Cmeron, ketua Party Conservative. Walaupun dia sedar keadaan yang dihadapinya itu adalah seperti, ‘ditelan mati memak diluah mati bapak’ maka keputusan yang diambilnya itu adalah merupakan satu tindakan yang berani. Untuk kepentingan rakyat Britain. Namun begitu tidak dapat dipastikan juga untuk berapa lama boleh bertahan.

‘Hung Parliament’ telah pun berlaku di Britain pada Februari 1974 apabila keputusan PRU menunjukkan yang Parti Buruh mendapat 301 kerusi, Conservative mendapat 297 kerusi dan Liberals mendapat 14 kerusi. Edward Heath dari Parti Conservative cuba mendapatkan sokongan daripada parti Liberal. Beberapa rundingan dijalankan namun tidak mendatangkan hasil. Akhirnya Heath mengalah dan Harold Wilson dari parti  Buruh menubuhkan kerajaan yang mendapat simple mojority.

Kerajaan Wilson hanya boleh ‘bernafas’ di Britain hanya selama tujuh bulan sahaja. Berbagai perkara buruk berlaku yang menyebabkan wilson tidak boleh mengawal keadaan, terutama yang berkaitan dengan keadaan ekonomi Britain yang terus menerus merudum. Pada bulan Oktober 1974, Britain sekali lagi mengadakan pilihanraya. Keputusan pada kali ini juga tidak menampakkan sesuatu yang memberangsangkan. Dan Great Britain terus menerus dalam keadaan yang tidak stabil sehinggalah munculnya Margaret Thatcher pada tahun 1983 yang menjadi Perdana Britain dari parti Conservative.

Apakah negara Malaysia juga akan menempuh nasib yang sama sepertimana yang dialami oleh Great Britain pada tahun-tahun 1970an apabila kerajaan BN-UMNO yang memerintah kini tidak mendapat sokongan majority rakyat.

Jangan tanya aku. Aku pun tak tahu nak menjawabnya. Tanyalah pemimpin-pemimpin kita yang bijak pandai itu……

Abuhassanadam

28 Mei 2013