PRU 13…..SUDAHLAH…..
Sudah
selesai. Maksud aku PRU 13 sudah selesai. Keputusannya sudah kita perolehi. Ada
yang menang dan ada yang kalah. Rakyat telah membuat keputusan. Dan mari kita
sama-sama bergerak ke hadapan membina negara yang kita sayangi ini. Banyak
perkara yang perlu kita lakukan. Kita sudah agak ketinggalan berbanding dengan
negara-negara lain di Asia. Dulu negara kita Malaysia berada di barisian
hadapan dalam banyak segi. Kita digelar atara ‘tigers of Asia’. Kini semacam
sudah tidak lagi. Hanya kita yang ‘mengangkat bakul’. Orang lain tak kata pun
begitu. Jadi dengan mandat yang
diberikan oleh rakyat ini, BN-UMNO sepatutnya tidak mensia-siakannya. Kita
sama-sama berharap DS Naib akan berusaha ke arah itu.
Cara
mana BN-UMNO boleh menang dalam PRU13 itu merupakan satu ‘bab’ lain. Mengapa
orang Cina menampakkan benar-benar yang mereka tidak mahu kepada BN-UMNO juga
merupakan ‘bab’ lain. Mengapa Kedah boleh terlepas ke tangan BN-UMNO juga ‘bab’
lain. Dan PRU13 memberikan banyak isu kepada aku untuk diperbincang dan diperbahaskan.
Yang penting BN-UMNO kena dengar sungutan yang dibangkitkan oleh rakyat. Kena
peka dan kena ambil perhatian. UMNO-BN bukan untuk ahli UMNO-BN semata-mata.
Kini UMNO-BN adalah untuk kepentingan rakyat seluruhnya.
Apa
yang dikatakan oleh DS Anwar Ibrahim mengenai proses PRU 13 yang dikatakan nya
semacam tidak adil seharusnya diambil secara positif. Aku rasa DS Najib akan
menerimanya dengan hati terbuka selepas ini. DS Anwar mengatakan cara SPR
mengendalikan PRU 13 semacam banyak yang tidak kenanya. SPR kena terimalah
kritikan sedemikian sebab beliau mengatakan demikian bukan saja seronok-seronok
nak kritik tetapi disertakan dengan buktinya. Begitu juga dengan kebebasan
bersuara yang tidak langsung diberikan kebebasan oleh kerajaan kepada pihak
pembangkang. Harus juga diteliti oleh kerajaan dan diperbaiki supaya rakyat
berpuas hati dengan perjalanan pentadbiran negara selepas ini. DS Najib mampu
melaksanakannya.
Banyak
lagi isu-isu yang tak berapa kena yang dilakukan oleh BN_UMNO pra PRU 13.
Jikalau hendak dinyatakan satu persatu akan menimbulkan prasangkan yang boleh membawa
makna, ‘ rumah siap pahat berbunyi’ pula.
Namun
begitu kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Shahrizat ( selepas sidang media
kemenangan BN-UMNO ) yang mengatakan bahawa pihak Pakatan Rakyat yang membesarkan
isu perkauman adalah amat tidak bertanggungjawab bagi aku. Tak ikhlas. Masih
bermain politik dendam kesumat. Pada pemerhatian aku, Pakatan Rakyatlah yang
benar-benar berjuang ke arah menghapuskan pemikiran yang berasaskan kaum.
Pemimpin Pakatan Rakyatlah yang selalu mencananagkan bahawa mereka akan membela
‘ orang Melayu, Cina, India, Kadazan Dayak, Iban…….’ dalam mana-mana ceramah
yang mereka adakan. Bila pula mereka yang sentiasa memainkan isu perkauman.
Bila…….
Pada hakikatnya
dapat dilihat dengan jelas bahawa kaum Cina sememangnya tidak mahu pemerintahan
BN-UMNO. Tetapi bagi aku mereka bukan menentang Melayu. Mereka sudah muak dan
meluat melihatkan setengah pemimpin UMNO-BN yang bersifat angkuh, sombong.
Orang Melayu sendiri pun merasa demikian apabila melihat gelagat setengah
pemimpin UMNO-BN.
PRU
13 memperlihatkan UMNO-BN masih popular dikalangan orang Melayu yang tinggal di
kampung-kampung. Hasrat dan cita-cita sebagaimana yang digambarkan oleh Pakatan
Rakyat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju mengikut acuan PR
tidak dapat diterima oleh orang Melayu kampung walaupun Melayu bandar dapat
menerimanya dengan baik sepertimana juga penerimaan kaum Cina.
BN-UMNO
dapat menawan Kedah semula. Aapakah ini disebabkan pentadbiran negeri Kedah
yang dipimpin oleh PAS tidak berkesan ataupun
disebabkan dasar BN-UMNO yang
masih popular dikalangan penduduk di Kedah terutama di kawasan luar bandar.
Jika diukur dari segi pemimpin yang menawarkan diri bertanding di negeri
berkenaan, tentulah tidak ada cacat celanya. Malah lebih hebat berbanding
dengan pemimpin yang dikemukakan di kawasan lain. Saudara Saifuddin Nasution,
Surenderan, Mat Sabu adalah antara pemimpin yang kalah di negeri Kedah. Apakah
mereka tidak hebat?
Satu
hal yang membolehkan orang tua menarik nafas lega ekoran daripada PRU 13 ini
ialah munculnya pemimpin-pemimpin muda yang berkaliber seperti Nurul Izzah,
Rafizi, Shamsul Iskandar, Khairi jamaluddin dan beberapa orang lain. Namun yang
menyedihkan ialah tertewasnya Saudara Saifuddin Abdullah dan Saudara Fuad
Zarkasi. Poltiik Malaysia era Kurun ke 21 adalah milik golongan muda ini. Baton
pastinya akan diserahkan kepada mereka. Kehebatan Rafizi dan Nurul Izzah tidak boleh dipertikaikan.
Jikalau Shamsul Iskandar disifatkan sebagai Giant Killer, Nurul Izzah telah
berjaya ‘membunuh’ dua ‘gergasi’ yang bertaraf menteri. Tahun 2008 telah ‘
membunuh’ DS Shahrizat Abdul Jalil ( Ketua Wanita UMNO dan Menteri) dan pada
tahun 2013 telah ‘membunuh’ seorang menteri juga ketika masih berumur awal
30an. Hebat Nurul…….
PRU
13 seharusnya menelurkan satu suasana baru di Malaysia. DS Najib dan kepimpinan
kerajaan mesti memulakan era baru di Malaysia. Pihak kerajaan seharusnya
bekerja rapat dengan pihak pembangkang dalam merangka satu pelan baru bagi
Malaysia Pasca PRU 13. Negara ini kita
punya. Perundingan dan perdebatan untuk mencari sesuatu penyelesaian perlu
diadakan selalu. Jangan diperkecilkan mana-mana wakil parlimen yang dipilih
oleh rakyat. Mereka berhak untuk bersuara di parlimen sebab mereka juga dipilih
oleh rakyat Malaysia. Suara mereka berhak didengar.
Dan
rakyat Malaysia perlu sedar dan tahu menghormati ahli Parlimen samada pihak
Kerajaan atau pun pembangkang. Bukan disebabkan oleh gelaran YB mereka tetapi
mereka adalah wakil rakyat. Pihak Eksekutif
(perkhidmatan awam, tentera, polis
dll) seharusnya tahu menghormati dan memberikan pengiktirafan kepada
wakil-wakil rakyat ini yang merupakan pembuat undang-undang di Parlimen.
Aku
menunggu untuk melihat terbitnya fajar pasca PRU 13 di Malaysia.
Abuhassanadam
6 Mei
2013
I asked a friend, "Mengapa orang Melayu masih nak support these crooks who has been robbing the country and will continue robbing the country sampai bankrupt?
ReplyDeleteHis classic answer:
"Penjajah pun deme boleh terima sampai 400 tahun...BN apa ada hal?"
So be it!
Assalamualaikum Tuan,,,
ReplyDeletesaya generasi yg zaman remaja saya DSAI di'sembah' dan belianya saya DSAI di'punah'..sy pernah dimarah senior kerana terlalu rapat dgn kakak berbangsa Cina, digelak2 kerana katil sebelah dorm mate Cina dan best friend sy pernah dituduh lesbian dgn senior India hanya kerana berambut pendek dan selalu stay up belajar bersama. Sekarang saya guru berumur 35 tahun dan masih menerima mesej2 racism. Saya tak tau kenapa generasi muda India dan Cina yg lahir, belajar, bekerja, berkeluarga di Malaysia dihalau 'balik ke negara kau'...sedangkan negara mereka adalah Malaysia. Saya hilang separuh keprcayaan kepada sistem Pendidikan negara yang sepatutmya menjadikan kita rakyat Malaysia.