Thursday, May 23, 2013

ADAM ADLI - MENGUKUHKAN PERPADUAN RAKYAT

ADAM ADLI –MENGUKUHKAN  PERPADUAN RAKYAT 

Kes Adam Adli sudah menjadi perbincangan umum. Pergilah ke mana saja. Orang sedang memperkatakan kisah ‘budak’ ini. Berita mengenainya tersebar  luas melalui sosial media. ‘Viral’ kata masyarakat internet. Rakyat kini ‘bersembang’ melalui sosial media. Mereka dah tak tengok TV. Mereka tengok TV untuk lihat Premier League sahaja. Dan aku tak tahulah golongan mana lagi agaknya yang masih menoonton TV3 atau RTM, sebab kebanyakan kawan-kawan yang aku jumpa mengatakan bahawa mereka telah ‘ membuang jauh-jauh’ RTM dan TV 3.

Dari segi undang-undang di Malaysia mungkin Adam Adli boleh disabitkan kesalahannya. Mungkin. Itu rakyat tak peduli. Rakyat faham bahawa sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan akan dihadapkan ke mahkamah. Itu jelas. Tetapi banyak persoalan-persoalan lain yang tergantung yang menyebabkan rakyat ‘terpinga-terpinga’.

·      Dari segi layanann terhadap Adam Adli ketika di dalam lokup polis. Dilaporkan layanan yang diterimanya dalah tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Itupun belum dijatuhkan hukuman. Aku dengar orang kata.
·      Rakyat memerlukan keadilan. Maknanya banyak lagi kes-kes sedemikian yang serupa atau hampir-hampir serupa dengan kes Adam Adli. Mengapa Adam Adli di dakwa dan mengapa kes-kes lain tidak disegerakan sebagaimana kes yang melibatkan Adam Adli. Majority rakyat  Malaysia tertanya-tanya.

Dengan sebab itulah agaknya orang muda dari semua bangsa sanggup berarak menunjukkan sokongan terhadap Adam Adli. Mereka merasakan bahawa apa yang dideritai oleh Adam Adli mungkin suatu hari menimpa mereka atau keluarga mereka juga. Dengan sebab itulah mereka menunjukkan rasa simpati mereka kepada Adam Adli supaya pihak yang bertanggungjawab bersimpati dan bersedia untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.

Kes Adam Adli dapat dilihat dan ditinjau dari berbagai-bagai sudut. Secara positifnya, peristiwa penahanan Adam Adli telah merapatkan lagi hubungan rakyat Malaysia dari berbagai kaum. Orang Muda. Jikalau Perhimpunan ‘Black 505’ berjaya mewujudkan perpaduan erat dikalangan rakyat Malaysia,Kes Adam Adli telah mengukuhkan lagi perpaduan rakyat ini. Apa tidaknya. Bukan sahaja orang Melayu yang berjuang mempertahankan Adam Adli, tetapi kaum-kaum lain juga – Cina dan India. Ini yang aku katakan bahawa kes ini sememangnya mengeratkan lagi hubunga rakyat Malaysia. Orang putih ada mengatakan, ‘ a friend in need is a friend indeed’.

Kesediaan orang muda yang terdiri dari berbagai keturunan itu hadir menunjukkan simpati terhadap Adam Adli merupakan sesuatu yang agak luar biasa juga di negara ini. Luar biasa kerana perpaduan kaum yang ditunjukkan oleh mereka. Perkara sebegini tidak berlaku pada zaman sebelum ini. Jikalau adapun berlaku, dapat dikatakan ‘amat jarang-jarang’.
Bagi aku Perhimpunan ‘Black 505’ lah yang menelurkan keadaan ini. Jikalau sebelum ini setiap perhimpunan yang diadakan hanya dihadiri oleh kaum-kaum yang menganjurkanya sahaja. Kaum-kaum lain hanya sebagai pemerhati sahaja. Jikalaupun mereka hadir adalah atas paksaaan atau arahan dari pihak kerajaan. Bukan datang dengan secara sukarela sepertimana mereka hadir di Perhimpunan ‘Blck 505’ atau menghadirkan diri dalam kes Adam Adli.

Pihak kerajaan seharusnya mengkaji dengan sedalam-dalamnya keadaan ini. Semua pihak septutnya memerhati dan cuba mendapat pengajaran daripada peristwa demikian. Boleh dilihat dari berbagai sudut.

·      Majority rakyat tahu dan faham baahwa PDRM menjalankan tugasnya dengan betul dan berkesan. Majority rakyat Malaysia  juga tahu bahawa PDRM berkuasa dalam banyak perkara hal keselamatan kerana mereka menjaga keselamatan negara. Mereka diarahkan oleh pihak atasan yang mahukan keamanan terjamin. PDRM juga mempunyai kekuatan, memiliki senjata untuk mengawal keadaan. Tetapi PDRM juga memiliki hati dan perasaan yang diberikan oleh Tuhan. Sekiranya PDRM boleh menjalankan arahan-arahan yang diterimanya dengan berkesan, apakah PDRM tidak boleh menggunakan akal,  fikiran dan perasaannya ketika menjalankan tugas yang diarahkan. Apakah PDRM tidak perlu menggunakan akal fikiran apabila menerima arahan daripada pihak atasan. Apakah PDRM terpaksa akur kepada sebarang arahan walaupun kadang-kadang arahan itu tidak sesuai dilaksanakan. Apabila apabila melakukan kekerasan terhadap rakyat, pihak PDRM tidak ada rasa belas kasihan kepada ‘mangsa’nya yang tidak berdaya. Yang pentingnya PDRM terpaksa memiliki perasaan ‘Empathy’. Bertimbang rasa. Dan sentiasa meletakkan diri sendiri dalam keadaan yang dialami oleh ‘mangsa’
·      Majority rakyat Malaysia melihat dan memerhati akan tindakan segelintir rakyat di negara ini yang bersifat seperti masyarakat Jahiliah dalam zaman sebelum masyarakat Arab memeluk agama Islam. Majority rakyat Malaysia seolah-oleh melihat perangai segelintir manusia yang berperangai seperti kupulan  ‘Barbarian’ apabila ada segelintir rakyat menunjukkan sikap sedemikian, menganggu perhimpunan aman berkaitan dengan penahanan Adam Adli ini. Apakah hak yang ada pada  kumpulan  yang menyerupai perangai orang Gasar ini untuk menganggu kumpulan yang mengadakan perhimpunan aman itu. Kumpulan aman itu tidak mengganggu orang ramai. Mereka sekadar menyalakan lilin dan mendengar ucapan-ucapan. mereka bersikap seperti orang yang berperadaban, mengikut lunas-lunan demokrasi. Mengapa mereka diganggu oleh ‘kumpulan jahiliah’ berkenaan. Dan apakah pihak PDRM tidak sedar yang hal ini berlaku?

Kes Adam Adli merupakan kes yang terlalu kecil untuk diperbesarkan. Namun kes Adam Adli boleh menjadi besar sekiranya tidak ditangani dengan bijak. Pihak kerajaan perlu berhati-hati mengani kes Adam Adli ini, apatah lagi ia banyak melibatkan orang muda. Dan yang paling besar kesannya ialah apabila rakyat menyedari bahawa kerajaan yang memerintah kini adalah sebuah kerajaan minority yang mendapat mandat melalaui kelebihan simple majority. Kerajaan perlu berhati-hati dalam hal sebegini.

Abuhassanadam
23 Mei 2013


2 comments:

  1. Saudara AbuHassan, saya suka sekali dengan cara huraian saudara. Sungguh matang, adil dan berbudi bahasa. Artikel sebeginilah yang perlu dibaca dan diamati oleh masyarakat kita, bukan yang mencecah keji tanpa membuat analisasi. Keep up the great writings.

    ReplyDelete