Wednesday, May 1, 2013

PELAJAR KINI MENCARI SESUATU YANG HILANG


PELAJAR KINI MENCARI SESUATU YANG HILANG

Pemimpin kerajaan semenjak zaman berzaman ‘berkhutbah’ mengatakan bahawa univeristI adalah tempat belajar untuk mendapatkan ilmu. ‘Oleh itu’ kata mereka ‘ para pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepadaa usaha untuk mencari ilmu. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan kecewakan harapan emak bapak dan pihak kerajaan yang membiayai pelajaran kamu di universiti…” Akhir sekali mereka akan ‘menasihatkan’ pelajar, “ jangan terlibat dalam politik…..cari ilmu dulu dan kemudiannya apabila dah lulus baru berpolitik…”

Orang Melayu terutamanya yang miskin datang dari kampung mendengar ‘nasihat’ ini dengan penuh ‘khusyuk’. Ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka pula supaya ‘mematuhi’ nasihat para pemimpin kerajaan. Anak-anak pula patuh kepada nasihat ibu bapa dan juga nasihat kerajaan. Terpaksa ikut kata pemimpin kerajaan. Maklumlah kerajaan yang ‘bagi’ duit. Apakan daya. Sekiranya kerajaan tak bantu maka akan ketinggalanlah…….

Sudah 50 tahun ‘nasihat’ sedemikian diulang dan dipantakkan ke telinga anak-anak muda kita yang belajar di pusat-pusat pengajian tinggi, yang amat dahagakan ilmu pengetahuan. Mereka patuh sepatuh-patuhnyanya.

·      Sekiranya tidak mendapat bantuan kewangan dari kerajaan pastinya anak-anak muda yang datang dari kampung tidak dapat meneruskan pelajaran mereka ke pusat pengajian tinggi. Harapkan ibu bapa untuk membiayainya tentunya tidak kesampaian. Mustahil..
·      Anak-anak muda dari kampung patuh kepada ‘nasihat’ dan ‘arahan’ sedemikian kerana dengan mendapatkan segulung ijazah itulah nanti mereka akan dapat membaiki taraf hiudp mereka dan keluarga mereka yang serba kekurangan. Terbukti benar andaian ini. Jelas bahawa pendidikan sebagai alat yang maha penting ke arah ‘social mobility’

Yang menyedihkan aku dan persoalan yang sentiasa bermain di kepala aku kini ialah mengapa anak muda ini ‘disiksa’ sedemikian rupa. Bukankah universiti itu sebagai tempat untuk segala-galanya – tempat belajar, tempat menimba ilmu dan pengalaman, tempat bersosial, tempat berinteraksi antara para mahsiswa, dll. Pendek kata kehidupan di universiti selama beberapa tahun itu sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya. Bukan setakat belajar dan belajar sebagaimana yang ‘dinasihatkan’ oleh para pemimpin kita (yang kebanyakannya tidak pun pernah menjejakkan kaki di universit) tetapi perlu melibatkan diri dengan pelbagai kegiatan yang berguna yang boleh menjadi ‘bekalan’ apabila berada di dalam dunia pekerjaan nanti.

Tahun 60an dan awal 70an tidak ramai anak Melayu yang berpeluang untuk menjejakkan kaki masuk ke universiti. Boleh dibilang dengan jari. Tidak seperti hari ini. Kita harus bersyukur kepada kerajaan yang menyediakan peluang seluas-luasnya kepada anak muda untuk melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi di dalam atau di luar negara. Kerajaan bukan sahaja membina banyak university awam tetapi menyediakan peruntukan kewangan yang banyak untuk membantu pelajar meneruskan pelajaran ke universiti. Walaupun melalui pinjaman…..

Awal tahun 60an dan awal 70an hanya terdapat beberapa buah universiti sahaja di Malaysia. Namun begitu pelajar-pelajar ketika itu merasa cukup bertuah kerana dapat menikmati suasana belajar di universiti menepati erti kata yang sebenar-benarnya. Para pelajar pada ketika itu bukan melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah yang lebih tinggi tetapi ‘melanjutkan pelajaran ke universiti’. Pada ketika itu tidak ada Akta University yang mengongkong para pelajar.  Jadi para pelajar bebas untuk membuat apa sahaja yang berfaedah demi untuk menyediakan masa hadapan mereka.

Pada ketika di universitilah ramai pelajar yang terlibat dalam berbagai persatuan dan organisasi. Dan ramai juga yang terlibat dalam kegiatan politik kepartian. Tidak ada halangan untuk bergiat ke arah itu. Para pentadbir univeristi tidak pula ‘menyebuk’ untuk campurtangan dalam hal ehwal kegiatan persatuan para pelajar. Para pelajar dapat menentukan haluan masing-masing. Boleh berfikir dengan rasional. Boleh mengadakan ceramah dan forum di bilik-bilik kuliah. Boleh menjemput penceramah-penceramah luar, tidak kira pihak kerajaan atau pihak pembangkang. Satu perkara yang perlu diketahui oleh anak-anak muda sekarang ialah tidak ramai pemimpin kerajaan yang ‘berani’ datang untuk berceramah di univeristi Malaya pada ketika itu. Aku tak tahu apa sebabnya…..

Kini larangan kepada pelajar supaya tidak berpolitik dalam kampus masih berjalan. Tetapi yang aku hairan ialah, sekiranya ikhlaslah hasrat pihak tertentu untuk tidak membenarkan pelajar berpolitik dan supaya mereka menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran, mengapa pula ‘kakitangan’ UMNO-BN sebebas-bebasnya keluar masuk ke kampus dan menjalankan kegiatan politik mereka di kalangan pelajar. Yang ini aku tak faham. Ini yang aku persoalkan tentang keikhlasan mereka. Dari satu sudut mereka nasihat kan jangan berpolitik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran, tetapi mereka pula yang menggunakan pelajar untuk berpolitik. Untuk UMNO-BN. Aku menjadi bingung. Pening…..

Pada anggapan aku para pemimpin yang sentiasa ‘berkhutbah’ dan ‘menasihatkan’ pelajar universiti supaya hanya menumpukan pelajaran sahaja di universiti dan mengenepikan perkara-perkara lain telah melakukan satu ‘dosa’ yang amat besar kepada para pelajar. Ini bermakna bahawa entah berapa ratus ribu pelajar yang telah dinafikan hak mereka untuk bergiat dalam poliitk ketika mereka masih menuntut di pusat-pusat pengajian tinggi. Dan pada waktu itu lah saat yang paling baik bagi mereka untuk melatih diri mereka bergiat dalam berbagai persatuan sebagai persediaan mereka untuk menempuh hari-hari yang muka yang penuh dengan cabaran.

Tidak dinafikan bahawa para mahasiswa yang lulus dari universiti kini telah menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Telah memegang berbagai jawatan yang penting awam dan swasta. Namun dalam diri mereka pasti mereka merasakan ada sesuatu yang kehilang dalam diri mereka, terutama apabila mereka berbual dan berbincang dengan ‘abang-abang dan kaka-kakak’ mereka yang pernah belajar di univeristi pada tahun-tahun 60an dan awal 1970an.

Para pelajar yang dilahirkan oleh University Malaya, University Kebangsaan Malaysia, University Sains Malaysia pada awal tahun 1970an mungkin tidak sepandai pelajar kini ( yang menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran) namun pelajar-pelajar tahun 60an dan 70an sarat dengan pengalaman pahit dan manis yang merupakan bekalan mereka menempuh hari muka – hari ini.

Abuhassanadam
1 Mei 2013

1 comment:

  1. Assalamualaikum to Muslim readers

    Good day Malaysia !!!

    ayuh bangun buat homework jgn percaya bulat2 apa kata PR mahupun Be eNd kemudian pilih yg terbaik.

    Penyelesaian masalah dakwat ni paling baik adalah ...
    satu jari didakwatkan oleh wakil Be eNd &
    satu jari lagi didakwatkan oleh PR
    so pasti PR cari yg "the best"
    begitu juga Be eNd
    Pasal apa kena buat mcm ni pasal Agong pun tak masuk campur bila keadaan memerlukan apabila SPR sering jadi balaci Be eNd.
    Inikalilah Ubah.
    Periuk yg dipakai dah lebih 55 tahun so KERAK dah tebal...kini
    Kena guna " periuk baru yg berteknologi tinggi "
    buat yg taksub Be eNd buat kajian ilmiah ...the you will know why PR always says SAVE MALAYSIA..

    ReplyDelete