KABINET MALAYSIA BUKAN JKK (
Jawatankuasa kemajuan kampung)
Hari
ini genap seminggu kerajaan baru di Malaysia. Kerajaan pimpinan UMNO-BN. Namun
masih terdapat disana-sini tercetus perasaan tidak puas hati rakyat yang
mengatakan PRU 13 dijalankan dengan cara tipu. Sastrwan Negara Pak A. Samad Said telah mengatakan bahawa PRU
13 adalah ‘ Ibu segala Tipu ‘ melalui sajaknya yang dibacakan pada perhimpunan
‘ Suara Rakyat Suara Keramat’ di Stadium Kelana Jaya pada hari Rabu 8 Mei yang
lalu. Semalam ( 11 Mei 2013) ada lagi perhimpunan raksaksa yang diadakan di
Pulau Pinang dengan tujuan yang sama. Melahirkan perasaan tidak puas hati
terhadap perlaksanaan PRU 13 yang dikatakan dijalankan secara tipu.
Jikalau
berdasarkan kes ‘calit kuku’, SPR sah
menipu aku. Ada bukti jelas. 5 Mei ( pukul 9.30 pagi ) pegawai PRU 13 calit
kuku telunjuk aku. Pada kekesukannya, dakwat dah hilang. SPR kata tahan
seminggu. Pegawai SPR tak bercakap betul. Hal-hal penipuan lain aku tak berani
cakap. Gambar-gambar banyak aku lihat melalui Youtube, facebook dll. Berlambak.
Hal sedemikian aku serahkan kepada pihak yang
lebih arif menentukannya. Aku tak pandai nak komen.
Cuma
yang aku hairan sehingga hari ini belum lagi tertubuh kabinet baru Malaysia.
Yang ada masih lagi dijaga oleh kerajaan sementara. Banyak bezanya antara
kerajaan sementara dengan kerajaan sebenar. Persoalannya ialah mengapa DS Najib
tidak menubuhkan kabinetnya sedangkan mandat telah pun diberikan oleh rakyat
melalui PRU 13. Soal tipu atau tak tipu
itu soal lain. SPR dah umumkan yang BN-UMNO memenangi PRU 13 dengan simple
majority. Pokoknya UMNO-BN menang dan boleh menubuhkan kerajaan.
Persoalannya
kini ialah, mengapa tidak ditubuhkan lagi kabinet baru?
Keadaan
yang wujud sekarang lebih kurang sama dengan keadaan pada tahun 1969 apabila
parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC)
kehilangan majoriti 2/3 di parliament dan kebanyakan calon bukan Melayu
tewas dalam pilihan raya berkenaan. Dan untuk menambah rumit lagi keadaan pada
ketika itu telah berlaku peristiwa 13
Mei 1969. Ramai yang mengatakan bahawa
peristiwa berkenaan sebagai peristiwa hitam, malang dalam sejarah Malaysia.
Namun pada pandangan aku ia merupakan ‘wake-up call’ kepada seluruh rakyat
Malaysia yang menyeru supaya rakyat Malaysia bersatu. Melayu, Cina, India mesti
bersatu padu. Tidak ada formula lain.
Orang
Melayu tidak boleh mengatakan bahawa negara ini orang Melayu sahaja yang punya
sedangkan orang Cina atau India sebagai menumpang. Tak boleh kata begitu.
Raja-Raja Melayu telah bersetuju memberikan kerakyatan kepada orang Cina dan
India dalam perlembagaan Malaysia. Dan orang Cina dan India pulak telah
bersetuju mengiktiraf kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan mengiktiraf kedudukan istemewa orang
Melayu.
Olehkerana
sebahagian besar rakyat tidak menghormati persetujuan yang dicapai dalam
rundingan dengan Raja-Raja Melayu itulah, maka tercetusnya Peristiwa 13 Mei
1969. Namun mujurlah negara ini memiliki seorang pemimpin agung yang sedar akan
nasib bangsa sekiranya keadaan yang tidak stabil itu berterusan. Tun Abdul
Razak telah mengambil satu langkah yang amat innovatif dan kreatif yang aku
rasa tidak terfikir oleh kebanyakan rakyat Malaysia, ia itu merangkakan
penubuhan Barisan Nasional.
Bukan
senang untuk mengorak langkah sedemikian. Tidak mudah untuk memujuk PAS
menyertai gabungan baru yang dicadangkan. Begitu juga bukan mudah GERAKAN
mengorbankan prinsip perjuangan mereka semata-mata untuk menyertai gabungan
yang dicadangkan oleh Tun Abdul Razak itu. Namun mungkin disebabkan semangat
cintakan bangsa dan tanah air yang berkobar-kobar dan demi menyelamatkan bangsa
dan negara yang tercinta ini, maka lahirlah dengan rasminya Barisan Nasional
pada tahun 1974 yang terdiri dari UMNO,MCA.MIC, PAS DAN GERAKAN.
Aku
terfikir lagi.
Apakah
DS Najib juga akan mengambil langkah sepertimana yang dilakukan oleh ayahnada
beliau. Tak mungkin…..Tapi apa salahnya sekiranya DS Najib mengambil langkah
sedemikian rupa. Cuba kita perhatikan pengorbanan yang telah dilakukan oleh
Parti PAS dan GERAKAN apabila mereka sanggup ‘mencemar duli’ menyertai Barisan Nasional. PAS dan GERAKAN
adalah parti pembangkang sebelumnya. ‘Musuh’ parti Periktan. Tetapi disebabkan
memikirkan kesejahteraan bangsa dan negara, sanggup bersama-sama dengan Tun
Abdul Razak menyertai Barisan Nasional. Rakyat Malaysia harus memberi tabik
hormat kepada pemimpin yang sebegitu.
Cadangan
YB Karpal Singh agar BN-UMNO menyertai Pakatan Rakyat tidak harus dipandang
ringan. Bagi setengah orang yang tidak mahu berfikir secara lojik dan kreatif
akan terus menempelak pandangan sedemikian. Namun jikalau dikaji dan
diperhalusi keputusan PRU 13, rakyat Malaysia pada umumnya memihak kepada
Pakatan Rakyat. Maknanya Pakatan Rakyat adalah pilihan mereka walaupun jika
dikaji dari segi bilangan kerusi parilemen memihak kepada UMNO-BN.
Walau
apa pun keputusan yang dibuat oleh DS Najib, rakyat Malaysia mengharapkan agar
Kabinet yang akan dibentuk nanti semestinya sebuah kabinet yang mantap terdiri
dari mereka yang berkemampuan untuk memikul tugas besar. Bukan sahaja untuk
mentadbirkan negara Malaysia tetapi mesti sanggup juga ‘bersepak-terajang’ di
arena antarabangsa.
Cuma
rakyat Malaysia mengharapkan agar Kabinet Baru DS Najib bukan seperti JKK (
Jawatakuasa Kemajuan Kampung ).
Abuhassanadam
12
Mei 2013
No comments:
Post a Comment