ORANG MUDA – DULU LAIN, SEKARANG LAIN
Aku
bertanyakan mengenai konsep ‘SAMUEL UNDUNG’
kepada anak muda berbangsa Korea ketika aku berada di Seoul tidak berapa
lama dulu. Alangkah terkejutnya aku apabila pemuda itu terpinga-pinga mendengar
perkataan itu. Semacam tak faham apa yang aku katakan. Aku ulangi perkataan
SAMUEL UNDUNG. Masih terpinga-pinga. Selepas itu baru mendapat ‘response’
darinya apabila beliau berkata dalam bahasa Inggeris, ‘…that’s my father’s or grandfather’s
philosophy….maybe….”
Jelas
menampakkan bahawa beliau tidak
menunjukkan rasa bangga terhadap konsep gotong royong atau kerjasama yang
pernah diagung-agungkan oleh orang Korea pada suatu ketika dahulu. Generasi
bapa beliau berkenaan. Malah konsep ‘Samuel Undung’ menjadi sebutan masyarakat
Malaysia pada tahun-tahun 1980an. Kononnya konsep inilah yang telah membawa
kemajuan dan menjadikan Korea sebuah negara maju yang dipopularkan oleh
Presiden Park Chung Hee. Dan yang menyebabkan masyarakat Malaysia diarah untuk
‘Memandang ke Timur’ oleh Perdana Menteri ketika itu, DS Dr. Mahathir Muhammad.
Aku
ketengahkan kisah ‘SAMUEL UNDUNG’ dan pemuda Korea ini semata-mata untuk
menunjukkan bahawa sesuatu yang hebat dan agung pada mata masyarakat tiga puluh
atau empat puluh tahun dahulu masih tidak lagi dipandang hebat oleh masyarakat
sekarang. Ini bukan sahaja berlaku di Korea tetapi berlaku kepada masyarakat di
seluruh dunia.
Di
suatu majlis khenduri kawan aku di
sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, berlaku satu peristiwa yang juga
‘mengejutkan’ aku dan beberapa orang lain yang segenerasi dengan aku – Generasi
60an dan 70an. Penyanyi jemputan yang menghiburkan majlis pada malam itu ialah
Dato’ Shake. Tentulah terhibur para hadirin yang seangkatan dengan aku.
‘Anti-climax’nya ialah apabila salah seorang anak kami bertanya, “ siapa dia
penyanyi ni Papa…?”
Kedua-dua
peristiwa yang aku paparkan ini memberikan kesedaran kepada aku bahawa apa yang
aku dan generasi aku sanjungi dan yang dipuja tidak semestinya disanjungi dan
dihargai oleh masyarakat muda kini. Jangan salahkan mereka sekiranya mereka
tidak sama-sama menyanjungi dan menghargainya. Zaman telah berubah. Berbalik
kepada peribahasa, ‘ sekali air bah sekali pasir berubah’.
Sehubungan
dengan ini, aku terpanggil untuk sama-sama membincangkan kenyataan Bekas Hakim
Mohd Noor Abdullah yang mengatakan bahawa, “For the Malays, the pantang larang(taboo) is to be
betrayed, because when they are betrayed, they will react and when they react,
their dendam kesumat tidak
tersudah-sudah ( wrathwill be endless)” petikan daripada Malaysiakini bertarikh 12 Mei 2013.
Kenyataan
di atas mungkin betul pada orang Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
atau pun sezaman dengan Dato Bahaman di Pahang atau zaman Dato’ Maharajalela di
Perak. Tetapi aku agak sangsi samada anak muda atau orang Melayu Kurun ke21
berfikiran sedemikian. Tidak dapat dinafikan masih ada yang bersikap begitu. Ada.
Tetapi penghayatannya mungkin sudah tidak seperti zaman - zaman yang aku
jelaskan tadi. Yang peliknya pada zaman penjajahan, walaupun orang Melayu
‘berdendam’ dan perasaan ‘menuntut bela’ berkobar-kobar namun disebabkan
berbagai kelemahan dan kekangan tidak dapat juga orang Melayu menghalau
penjajah dengan kekerasan melainkan dengan menggunakan akal dan fikiran (pendidikan)
juga yang dapat memerdekakan negara yang tercinta ini.
Kenyataan
Bekas Hakim Mohd Noor Abdullah yang mengatakan bahawa, “For the Malays, the pantang larang(taboo) is to be
betrayed, because when they are betrayed, they will react and when they react,
their dendam kesumat tidak
tersudah-sudah ( wrathwill be endless)” amat berbeza dengan suara hati
Aminuddin Baki yang meratapi agar nasib orang Melayu tidak seperti ‘itik yang
kehausan di air tenang dan seperti ayam yang mati di kepuk padi’.
Aminuddin
Baki menyeru supaya orang Melayu bergerak maju dan berjaya dalam negara yang
kaya raya. Tidak pula dia menyinggung perasaan kaum lain di tanah air yang
tercinta. Begitu juga pendita Zaba dan Dato Onn Jaafar sentiasa menyeru agar
orang Melayu bergerak maju. ‘ Bangunlah dari tidur mu’ . Lebih kurang begitulah
kata Zaba menyeru supaya orang Melayu maju dan tidak juga beliau ‘mengecilkan
hati’ kaum lain. Malah kehebatan Dato Onn amat terserlah apabila dia
mencadangkan pembukaan ahli UMNO kepada kaum bukan Melayu.
Aku
rasa zaman ugut-mengugut dan zaman ancam-mengancam sudah jauh ditinggalkan.
Zaman kini adalah zaman kerjasama antara satu kaum dengan kaum yang lain. Zaman
bebaik-baik. Bertanding dan bersaing bukan lagi beradu senjata, keris dan
parang tetapi bersaing dari segi akal dan fikiran.
Aku
perhatikan anak muda bangsa Malaysia kini telah tidak secara langsung
memberikan tunjuk ajar kepada golongan tua yang masih belum sedar bahawa zaman
telah berubah. Jikalau ada lagi golongan lama yang cuba menakut-nakutkan mereka
dengan ‘Persitiwa 13 Mei’ tetapi golongan muda ingin merayakan pula ‘ Peristiwa
13 Mei’. Bukankah ini merupakan satu tamparan hebat ke muka golongan lama yang
masih berpaut kepada fahaman lama yang kolot itu.
Anak
muda dari seluruh Malasyia, dari semua kaum telah mengiktiraf YB Nurul Izzah dan YB Rafizi Ramli sebagai
ikon mereka. Pergilah dan jelajah lah ke mana saja di pelusuk tanah air kini
maka nama dua orang ikon ini sedang bermain-main dibibir anak muda. Mereka
bukan tidak menghormati pemimpin lama. Mereka menghormati Tun Mahathir, DS
Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, DS Najib, YB Lim Kit Siang, DS Hadi Awang
dll. Mereka sanjung akan sumbangan tokoh-tokoh ini.
Namun
mereka sudah mempunyai tokoh mereka sendiri yang mereka sanjungi. Mereka
mempunyai ikon tersendiri. Mereka mempunyai cara mereka yang tersendiri. Yang
mereka cipta sendiri. Dan tentunya yang bersesuaian dengan cara mereka.
Agaknya
anak muda Malaysia juga sama seperti anak muda di Korea juga yang sudah tidak
mempedulikan konsep “SAMUEL UNDUNG’ yang merupakan konsep sanjungan generasi
lama.
Agaknya
begitulah…..
Abuhassanadam
14
Mei 2013,
Syabas, dan terima kasih. Maju lah Malaysia utk semua, tak kira agama, tak kira bangsa. Kitia semua anak bangsa Malaysia
ReplyDeleteIm delighted and moved by every word of your's that glitters like some priceless precious stones. Your intergrity, maturity and positive vision gives me a really astounding feeling. As an indian born in 1951, i take you as my esteemed elder brother. Pse continue your good work that our society rightfully deserves. THANK YOU.
ReplyDelete