Sunday, May 5, 2013

RTM, TV3 - 'OVERKILL'


 RTM , TV3  – ‘OVERKILL’

Sekiranya kalahlah BN-UMNO dalam PRU 13 nanti, maka pihak tertentu akan menyalahkan pihak RTM, TV3 dan akhbar-akhbar milik pemerintah. OVERKILL. Orang Melayu kata berlebihan, keterlaluan. Maknanya kalau ikut peribahasa Melayu, ‘ lebih sudu daripada senduk’. Lebih kurang begitu ler. Kalau ikut cakap orang kampung aku akan kata ‘’melampau sangat………”

Hanya rakyat yang tidak berkesempatan menggunakan internet sahaja yang masih menonton TV yang memihak kepada kerajaan. Sehinggkan Mak Ngah aku dikampung pun sudah tidak menonton TV berkenaan. Ini bukan bermakna mereka tidak menyokong kerajaan BN-UMNO. Tetapi mereka amat meluat meliaht gelagat penyampaian maklumat TV berkenaan. ‘Macamlah kami ni bodoh benar…..” Itu merupakan kata-kata yang pernah diucapkan selalu oleh mereka.

Sebagai contoh. Hampir setiap malam, TV berkenaan menceritakan tentang keadaan negeri Selangor. Tentang keburukan dan keaibannya. Terutamanya berkaitan dengan  bekalan air. Yang dipersalahkan ialah kerajaan dan pentadbiran negeri Selangor. Aku tinggal di Selangor dan aku tahu apa yang telah dilakukan oleh TS  Khalid Ibrahim bagi menolong rakyat Selangor. Dan rakyat pada keseluruhannya juga tahu apa yang sedang dilakukan dan apakah halangan-halangan yang sedang dihadapi oleh TS Khalid. Rakyat simpati dengan dia berdepan dengan kerenah-kerenah individu tertentu yang bertindak semata-mata untuk mencari kepentingan diri. Rakyat tahu dan rakyat faham.

Ini satu contoh yang amat jelas bagaimana TV dan akhbar yang berkenaan memainkan peranannya memutarbelitkkan berita. Rakyat cukup ‘bengang’ ( marah betul ). Rakyat marah kerana seolah-olah TV dan akhbar berkenaan cuba memperbodoh-bodohkan orang kampung di Selangor. Orang Selangor atau orang yang tinggal di Selangor. Dan perlu diingat  orang yang tinggal di Selangor adalah terdiri dari orang yang boleh berfikir dengan rasional. Maknanya cerdik ler. Bukannya bodoh, tengin, tongong…….

Rakyat betul-betul marah apabila TV dan akhbar berkenaan sentiasa menyiarkan berita (buruk) berkaitan dengan personaliti pembangkang. Berita mengenai DS Anwar Ibrahim hampir setiap-malam dipaparkan, terutamanya yang berkaitan dengan keburukan beliau. Begitu juga dengan berita DS Hadi Awang, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa orang tokoh lain. Dan yang terakhir menerima ‘tamparan’ dari TV dan akhbar berkenaan ialah mengenai tuduhan terhadap Dato Mustafa Ali. Jikalau boleh aku tak mahu sebut langsung mengenai kisah ‘ Saiful dan ayah’nya. Amat meluat. Rakyat amat meluat. Tanyalah  siapa pun. Mungkin  yang tidak meluat ialah golongan yang sudah hilang pertimbangan akalnya.

Persoalan yang sentiasa menendang benak kepala aku ialah,
·      Apakah pihak berkenaan yang mengendalikan TV dan akhbar ini tidak dapat merasakan bahawa rakyat sudah betul-betul meluat dengan paparan berita yang dihidangkan kepada penonton. Apakah mereka tidak terasa?
·      Atau apakah mereka merasakan bahawa mereka berjaya menawan hati rakyat dengan menyiarkan berita-berita berkenaan.
·      Atau apakah mereka terpaksa menyiarkan berita-berita berkenaan kerana mereka ‘diarahkan’ berbuat demikian oleh pihak atasan khususnya penguasa politik?
·      Dan sekiranya betul mereka diarahkan oleh pihak atasan poltik, apakah pihak TV dan akhbar ini terpaksa mematuhi segala arahan demikian secara membabi buta tanpa mengambil kira faktor-faktor lain.
·      Sekiranya mereka menerima arahan dari pihak atasan, apakah ‘pihak atasan’ itu bodoh benar sehingga tidak dapat merasai ‘mood’ rakyat yang menonton.

Banyak lagi soalan yang perlu dipersoalkan. Rakyat tahu bukan semua penyampai di TV dan akhbar itu yang bersetuju dengan apa yang diarahkan kepada mereka. Mereka melakukan demikian kerana ‘ cari makan’. Namun begtiu ada juga penyampai-penyampai berita yang ‘mengada-ngada’ seolah-olah merekalah yang lebih tahu dan lebih pandai dari kebanyakan rakyat. Mereka mungkin lupa bahawa sekiranya berlaku pertukaran kerajaan dalam PRU 13 nanti kemanalah agaknya mereka ‘hendak menyembunyikan’ muka mereka.

Berilah aku sedikit peluang membandingkan cara dan tindakan pihak dalam media massa menguruskan berita mereka dalam negara maju seperti ABC, BBC, CNN dll. Nampak professionalnya. Bukan mereka seratus peratus berkecuali dalam menyibarkan berita. Ada juga ‘condong’nya. Namun begitu mereka cuba sedaya upaya supaya bersikap ‘berkecuali’

Hanya TV dan akhbar –akhbar dunia ketiga sahaja yang bersikap sepertimana yang diamalkan oleh TV dan akhbar-akhbar di Malaysia.

Dengar khabar, TV di Singapura pun begitu……….

Abuhassanadam
5 Mei 2013


2 comments:

  1. entah! memang menyampah pun. pagi ni. buka tv. ada liputan kat ABC tentang Election in Malaysia. Takder orang lain ke yg nak diinterview? Menyampah haku tengok muka si KJ tu. Nak dengor penjelasan dia? hmmm...tak payah ler!

    http://www.abc.net.au/news/2013-05-04/malaysias-young-voters-to-play-key-role-in-election/4669864

    ReplyDelete
  2. dgn iklas dan jujur, sya benar2 meluat dgn rtm tv123suku dan seangkatan dgnnya.

    ReplyDelete