ANWAR
MEMBINA HARAPAN – RAKYAT MENGERATKAN PERPADUAN
Ikhlas
aku katakan yang aku tidak pernah lagi lihat perpaduan yang sebegini dikalangan
rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan jikalau di Sabah dan Sarawak pula
tentulah ditambah dengan Iban, Kadazan, Bidayuh dll. Pendek kata ternampak
sesuatu yang cukup meyakinkan kita bahawa sebenarnya Bangsa Malaysia telah
wujud. Bukanlah hanya cakap-cakap kosong yang selalu kita dengar mengatakan
eratnya perpaduan antara kaum-kaum di negara ini.
Aku
tertarik dengan kenyataan daripada J. Steen dari Blog Anilneeto.com bertarikh 17 Mei 2013 . Aku sertakan
petikannya,
“ I
was at the JB rally. The atmosphere was simply incredible. This rally witnessed
the true spirit of one Malaysia in
action. I have never seen a more rousing rendition of our national anthem than
the one sung at the end of this rally. People of all races, young and old,
drenched, some perched on rooftops and trees singing loudly in unison. The
incessant blare of the vuvuzelas is still ringing in my ears. Blackout tee
shirts were being sold like hot cakes from the 25 plus stalls. BN, you have
been duly put on notice. The Rakyat is
not taking the election results blindly”
Maknanya
suasana yang wujud di Perhimpunan ‘Black 505’ sungguh hebat dari banyak segi.
Telah wujud semangat satu Malaysia dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Bukan
hanya slogan dan ‘rhetoric’. J.Steen begitu kagum dengan gelagat hadirin pada
malam itu apabila melihatkan mereka menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negara ku’.
Yang menyebabkan beliau kagum ialah apabila melihatkan hadirin dari berbagai
kaum, yang basah kuyup dan yang bukan sahaja berada di jalan-jalan raya tetapi
yang berada di atas atap rumah, yang berada di atas pokok ( disebabkan kawasan
terlalu padat sehingga ramai yang terpaksa berada di atas pokok untuk
bersama-sama di majlis berkenaan) beramai-ramai menyanyikan lagu Negara ku.
Menyanyikan dengan kuat dan penuh semangat.
Menyanyikan
lagu ‘Negara-ku” dengan cara sedemikian betul-betul menunjukkan penghormatan
yang tinggi dan ketaatan yang bukan kepalang terhadap negara ini. Pernah kita
melihat rakyat Malaysia menyanyikan Negara-ku di majlis-majlis rasmi. Namun apa
yang kita perhataikan ialah mereka yang menyanyikan lagu kebangsaan semacam ‘
hendak tak hendak’ sahaja menyanyikannya. Seolah-olah ‘terpaksa’. Berbanding
dengan majlis perhimpunan ‘Black 505’ ini samada di Kelana Jaya atau di Batu
Kawan atau di Pahang, ternampak jelas semangat satu Malaysia di hati hadrin.
Aku rasa ini satu pencapaian Pakatan Rakyat yang cukup membanggakan. Tercipta
Bangsa Malaysia sebenar-benarnya.
Aku
tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menyatukan kaum-kaum
di Malaysia. Aku tahu sejarah bermulanya kegiatan perpaduan ini dikalangan
rakyat Malaysia. Ia bermula dengan slogan ‘Muhibbah’. “Muhibbah’ sana,
‘Muhibbah’ sini. Kerajaan mula sedar tentang hakikat bahawa belum wujud
perpaduan sebenar dikalangan rakyat Malaysia ia lah apabila berlaku Peristiwa
13 Mei 1969. Kerajaan baru sedar bahawa sebenarnya perpaduan kaum di Malaysia
sebenarnya belum wujud. Walaupun tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu tentang betapa pentinganya perpaduan itu, namun pada
dasarnya tidak dipraktikkan.
Kepimpinan
negara sehingga kini masih menekankan tentang perpaduan. Konsep 1 Malaysia yang
dipopularkan oleh DS Najib itu menunjukkan ‘serious’nya DS Najib mahukan
perpaduan rakyat betul-betul dihayati. Namun disamping itu wujud pula PERKASA,
HINDRAF, persatuan-persatuan dan organisasi-organisasi yang hanya
memperjuangkan pendidikan kaum masing-masing. Kenyataan-kenyataan yang
dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini, kadang-kadang menampakkan yang
mereka seolah-olah tidak peka dengan hasrat dan aspirasi DS Najib dan kerajaan
Malaysia yang mahu mewujdukan perpaduan yang mantap dikalangan rakyat Malasyai.
Bukan
itu saja. Kenyataan-kenyataan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan BN-UMNO
kadang-kadang menyinggung perasaan dan mengguris hati kaum-kaum yang
mendengarnya. Dapat dilihat bahawa setengah pemimpin itu seolah-olah tidak peka
dan memandang ringan aspek perpaduan yang dicanangkan oleh DS Najib dalam 1
Malaysianya. Disinilah menampakkan percanggahan yang cukup jelas antara hasrat
DS Najib dengan ‘pengikut-pengikut’nya. Diharapkan hal sebegini tidak akan
berlaku pada era Pasca Pru 13. Harapnya begitulah.
Berbanding
dengan Pakatan Rakyat yang sentiasa menitikberatkan tentang perpaduan di
sepanjang kempen yang mereka adakan. Pepraduan adalah initisari kempen Pakatan
Rakyat samada dari PKR atau PAS mahupu DAP. Walaupun agak sukar pemimpin
ketiga-tiga parti ini untuk menaja sesuatu yang amat sukar itu, naum disebabkan
perasaan keikhlasan tulin yang mahu melihat perpaduan bangsa Malasyia agaknya,
maka telah menghasilkan sesuatu yang konkrit.
Perkara-perkara
yang selalu ditekankan oleh DS Anwar Ibrahim dalam ucapannya adalah seperti,
·
Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak
Iban adalah anak saya……..anak rakyat Malaysia…..
·
PR bukan sahaja akan memberikan pertolongan
kepada orang Melayu tetapi juga kepada orang Cina, orang India, orang Iban…..tidak
kira bangsa dan kaum…..Kita akan bantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan…..
·
Soal Bahasa Kebangsaan tidak boleh
dipertikaikan. Apa saja yang tercatat dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia
tidak harus dipertikaikan.
Nampaknya
rakyat Malaysia boleh terima. Menerimanya dengan sepenuh hati. Buktinya ialah
PRU 13 dan sambutan-sambutan yang diberikan oleh rakyat apabila diadakan kempen
PR dan juga apabila diadakan Perhimpunan ‘BLCK 505’ yang diadakan di
merata-rata tempat di seluruh Malaysia.
Walaupun
Barisan Nasional dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU 13, namun Pakatan Rakyat
juga boleh dikatakan memenangi PRU 13 ini.
·
Majoriti rakyat Malayisa memihak kepada
Pakatan Rakyat berdasarkan undi popular.
·
Pakatan Rakyat telah berjaya menyatukan dan
mewujudkan Bangsa Malaysia dalam ertikata yang sebenar-benarnya.
Samada
dipersetujui atau tidak terpulanglah……..Ini pandangan aikhlas aku…….
Abuhassanadam
18
Mei 2013
Well said saudara...keep it up with your inspiring and enlightening write up...
ReplyDeletesy sgt setuju dgn pandangan saudara,PR pada ketika ini sgt berjaya menyatukan pelbagai kaum di negara kita yg tercinta ini,kita boleh lihat menerusi siri2 ceramah n perhimpunan PR yg diadakan di seluruh negara, sebaliknya ds najib yg melaung-laungkan 1 malaysia masih lagi memainkan isu perkauman seperti menyebut keputusan pru13 yg lalu sebagai tsunami cina, jelas umno n bn adalah parti yg rasis..
ReplyDelete