APA SALAH NURUL?
Lama
juga aku termenung memikirkannya. Aku bertanya diri aku. Apa salah ‘budak’ ini
yang menyebabkan dia tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah. ‘Budak’ yang aku
maksudkan itu ialah YB Nurul Izzah ler. Anak DS Anwar Ibrahim. Selaku orang tua,
aku merasa ‘panas’ juga melihatkan ‘anak-anak’ dibuat begitu. Berbagai
persoalan timbul tentunya. Antara soalan tiba-tiba menjelma dibenak aku ialah,
apa salah dia?
Majority
rakyat Malaysia tentunya berkecil hati dengan tindakan kerjaan Sabah yang melarang
YB Nurul Izzah memasuki Sabah dan menghantarnya pulang dengan menaiki
kapalterbang yang sama pulang ke Malaysia. Hanya manusia yang ‘tidak perhati
perut’ sahaja yang tidak terusik dengan peristiwa ini. Dan ramai pastinya akan
marah. Apa tidaknya. Rakyat Malaysia dari semua keturunan akan merasa hairan
mengapa begitu tindakan kerajaan Sabah.
·
Apakah keadatangan YB Nurul ke sabah itu
akan menggugat keadaan politik di Sabah?. Ini bukannya musim pilihan raya. PRU
13 sudah selesai. Dan kedatangannya ke Sabah adalah atas jemputan untuk
menghadhiri pesta Keaamatan di Panampang. Apakah salah baginya untuk
menghadhiri pesta serupa itu. Apakah pihak berwajib di Sabah sudah ‘hilang
akal’ sehingga sanggup melarang beliau untuk datang ke pesta berkenaan?
·
YB Nurul Izzah bukannya pendatang haram.
Beliau hadhir di Sabah lengkap dengan dokumen perjalanannnya. Oleh itu tidak
ada sebab mengapa pihak imigresen terpaksa menahan dan menyuruh beliau pulang
ke kuala Lumpur dengan penerbangan yang sama. Bagi aku amat tidak beradab
tindakan yang sedemikian.
·
Perlu dingat bahawa YB Nurul Izzah bukan
orang sebarangan. Seorang ahli Parlimen kawasan Lembah Pantai. Orang putih
kata, ‘Lawmaker’ ataupun ‘ legislator’. Pembuat undang-undang’. Dan jangan lupa
juga bahawa beliau wakil pengundi Lembah pantai. Rakyat mengundi beliau. Beliau
menang dalam PRU. Majority rakyat Lembah Pantai mengundi dia. Sukakan dia. Pendek
kata apa yang berlaku ke atas YB Nurul terasa juga sakitnya ke atas pengundi di
Lembah Pantai. Justeru pihak berkuasa Sabah seharusnya menghormati jawatan yang
disandangnya dan menghormati pengundi di kawasan Lembah Pantai.
·
Apakah pihak berkuasa di sabah sudah tidak
pandai membezakan antara pendatang haram
dengan ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat? Apakah pihak berkuasa di sabah
sudah hilang hormat mereka kepada ahli parlimen. Maknanya mereka sudah tidak
menghormati parlimen……
Aku
tahu masyarakat Sabah umumnya amat menghormati tetamu. Mereka tahu adab dan
sopan ketika menyambut tetamu. Dan aku tidak kata yang semua pemimpin di Sabah
berperangai sepertimana yang berlaku ke atas YB Nurul Izzah. Lihat sahaja
sebagaimana yang ditunjukkan oleh YB Bung Mokhtar yang aku fikir amat
bertimbang rasa dan simpati dengan keadaan sebegini dan menyifatkan keadaan ini
sebagai satu malapetaka.
Aku
yakin yang peristiwa ini akan mencetuskan satu malapetaka sebagaimana yang
difikirkan oleh YB Bung Mukhtar itu. Sekurang-kurangnya rakyat Sabah khususnya
kawasan Penampang pastinya tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan
oleh pihak imigresen yang kononnya berindak atas arahan Ketua Menteri Sabah.
Sekiranya betul begitu keadaannya, aku rasa rakyat Sabah akan meminta pihak
yang bertanggungjawab supaya meminta maaf kepada YB Nurul Izzah.
Betul
ada undang-undang yang membolehkan pihak berwajib bertindak sedemikian rupa.
Ada peruntukannya dalam perlembagaan. Namun begitu apakah segala tindak tanduk
kita hanya dikawal oleh perlembagaan dan peruntukan. Apakah sudah hilang adab
dan sopan kita terhadap tetamu. Rakyat Malaysia pulak tu. YB lagi….
Masyarakat
Malaysia, khususnya orang Melayu amat menghormati tetamu. Semenjak dari kecil
kita diajar bagaimana menghormati tetamu. Apatah lagi apabila agama Islam juga
amat menitikberatkan tentang adab menghormati tetamu. Sejarah telah menunjukkan
bahawa disebabkan masyarakat Melayu amat menghormati tetamulah, maka kedatangan
golongan imigran terutamanya saudagar Cina, India, Arab bermula daripada Kurun
ke 11 dahulu ( sebelum kedatangan British ) tidak pernah dihalau dari kawasan
perairan Selat Melaka. Malah saudagar Melayu amat senang hati berdagang dengan
saudagar-saudagar dari negara lain. Menunjukkan kita amat menghormati tetamu.
Dan
satu perkara yang perlu juga diketahui oleh pihak berwajib yang ‘menghalau’ YB
Nurul Izzah dari Sabah ialah bahawa orang Melayu (tradisional) amat tidak
‘sampai hati’ menghalau tetamu yang datang ke rumah. Menghormati tetamu,
namanya. Bukan sahaja tidak ‘sampai hati’ menghalau tetamu, malah diberinya
makanan untuk dinikmati oleh tetamu. Itulah sifat sebenar orang Melayu. Dan aku
rasa pada umumnya orang Sabah adalah dari rumpun Melayu. Mungkin yang
berperangai ‘menghalau’ YB Nurul Izzah itu adalah bukan dari keturunan rumpun
Melayu. Mungkin…..
Peristiwa
yang berlaku kepada YB Nurul Izzah ini sudah menjadi bahan perbualan di
mana-mana sahaja ada majlis keramaian. Di mana-mana saja orang memperkatakannya
dan diikuti dengan perasaan marah walaupun kadang-kadang diikuti dengan deraian
gelak ketawa mempersendakan tindakan kerajaan negeri Sabah itu.
·
Ramai yang mengatakan bahawa pihak imigresen
di Sabah amat ‘cekap dan efisyen’ menjalankan tugas terutama terhadap orang
yang tidak bersalah. Namun mereka membiarkan pendatang-pendatang haram datang
secara berleluasa masuk ke negeri mereka.Pengganas dari Sulu pulak boleh tinggal beberapa ketika di
Lahad Datu dan membunuh beberapa orang askar kita.
·
Bagi pihak berkuasa di sabah, YB Nurul Izzah
adalah seorang pesalah yang amat berat kesalahannya sehingga tidak dibenarkan
langsung menjejakkan kaki di bumi Sabah.
Pelik
juga. Ini yang dikatakan Malaysia Boleh agaknya…….
Abuhassanadam
31
Mei 2013
No comments:
Post a Comment