KE MANA NEGARA HENDAK DIBAWA……
Mungkin
aku tak sedar. Tetapi sehingga kini aku tak nampak lagi apa juga
‘Blueprint’ yang agak konkrit yang
dikemukakan oleh kerajaan untuk rakyat. Maksud aku sesuatu rancangan yang
mantap yang menampakkan sesuatu usaha ke arah memaju dan memakmurkan negara dan
berusaha meletakkan negara dan bangsa Malasyai ke atas landasan menuju untuk
memncapai matlamat sebagai sebuah negara maju.
Sudah
dua minggu PRU 13 diadakan. Dan sudah tertubuh pun kabinet baru DS Najib. Dan
kononnya yang terpilih untuk menganggotai kabinet baru adalah terdiri dari gabungan
lama dan baru. Orang lama dan orang muda. Kononnya hebat-hebat belaka. Ada
professional. Ada teknokrat. Maknanya kabinet yang akan membawa negara ini ke
suatu tahap pembangunan yang amat hebat. Katanya begitu ler….
Aku
terpaksa mengimbau kenangan pada ketika DS Dr. Mahathir Mohammed mula dilantik
sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Tun Hussein Onn. Terasa semacam
sesuatu ‘gegaran’ berlaku di negara ini. Semacam suatu perubahan yang drastik
berlaku. Rakyat menunggu dengan penuh debaran tentang apakah
pembaharuan-pembaharuan yang cuba diketengahkan oleh Dr. Mahathir. Rakyat
menunggu dan rakyat menanti. Persepsi rakyat terhadap DR.M begitu tinggi.
‘Inilah orangnya’ yang akan membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Begitulah
anggapan banyak orang pada ketika itu.
Kejutan
awal yang dilaungkan oleh Dr.M ialah mengenai konsep ‘ Bersih, Cekap dan
Amanah’. Beliau mahu rakyat Malaysia mengamalkan nilai berkenaan terutamanya
pegawai-pegawa kerajaan yang diletakkan harapan yang cukup tinggi untuk membina
negara yang tercinta. Belum reda perakapan di sana sini mengenai ‘Bersih, Cekap
dan Amanah’ di canangkannya pula agar Malaysia menganjakkan jarum jam di
Malaysia satu jam kebelakang. ‘Ini sudah agak gila…” kata setengah orang.
Rakyat
Malaysia ramai yang terkejut dan ‘pengsan’ mendengarakan saranan demikian. Bagi
yang tidak pernah berada di luar negara ( ramai rakyat Malaysia pada ketika itu
yang belum pernah ke luar negara) tentulah amat hairan dengan percubaan untuk
memutarkan jarum jam itu. Mereka tidak tahu bahawa setengah negara yang
mengalami empat musim sentiasa mengubah jarum jam mereka. Setahun sekali. Perkara
biasa. Tetapi bagi rakyat Malaysia itu merupakan satu perkara yang luar biasa.
Arwah bapak aku adalah seorang yang ‘berdegil’ dan ‘ingkar’ arahan Dr.M itu.
Seingat aku lah, hanya selepas setahun baru dia mengubah jarum jamnya mengikut
‘kehendak’ Dr.M.
Mungkin
agaknya sengaja Dr.M berbuat begitu, semata-mata untuk memberikan ‘kejutan’
kepada pemikiran rakyat Malaysia yang kebanyakannya masih ‘ tidur lena’ dengan
‘khayalan’ yang berbagai-bagai. Mungkin begitu dilihat oleh Dr.M mengenai
masyarakat Malaysia pada ketika itu. Mungkin!
Apa
tidaknya. Selepas ‘memusingkan’ jarum jam ke belakang, Dr.M memperkenalkan pula
berbagai-bagai dasar yang sungguh ‘ memeningkan’ kepala rakyat Malaysia ketika
itu. ‘Memandang ke Timur’, ‘Buy British Last’ adalah antara dasar-dasar yang
diperkenalkannya tanpa diberikan penjelasan. Beliau seolah-olah membiarkan
konsep berkenaan ‘tergantung’ tanpa diberikan penjelasan lanjut olehnya. Beliau
mahu agar rakyat sendiri yang mentafsirkan dasar-dasar berkenaan.
Dan
muncullah berbagai tafsiran mengenai konsep ‘Memandang ke Timur’. Kadang-kadang
menggelikan hati aku juga kerana aku juga turut memberikan pandangan aku
menerusi beberapa artikel yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian/Berita
Minggu pada ketika itu. Dr.M telah membuatkan rakyat ‘sibuk’ memikirkan masalah
negara. Disamping itu beliau telah menunjukkan ‘kehebatannya’ pula dengan tidak
menghadiri Persidangan Komanwel, sesuatu tindakan yang tidak pernah berlaku
sebelum ini. Beliau ‘ingkar’ dengan arahan British. Dr.M ‘ bermusuhan’ pula dengan Great Britain
dengan dasar ‘Buy British Last’nya ekoran daripada tindakan Margaret Thatcher
menaikkan yuran university di sana.
Banyak
lagi tindakan-tindakan Dr.M yang membuatkan rakyat Malaysia begitu yakin akan kepimpinannya.
Yakin bahawa Malaysia sedang menuju kesuatu matlamat yang belum pernah
dirasakan oleh rakyat negara ini sebelum ini. Innovatif dan kreatif disamping
membuka minda bangsa Malaysia supaya berfikir secara rasional dan tidak
berfikiran ‘membabi buta’ dan ‘dicuuk hidung’.
Aku
sebagai manusia kerdil yang menumpang buat sementara di negara ini mengharapkan
sesuatu yang begitu dari kerajaan baru pimpinan DS Najib. Dan aku rasa rakyat
terbanyak pun mengharapkan begitu. Apatah lagi kita sedang menuju ke tahun
2020. Wawasan kita adalah bermatlamat ke tahun berkenaan. Maka perlulah ada
sesuatu yang konkrit dan mantap bagi merealisasikan harapan rakyat yang mula
tersemai pada tahun 1991 melalui ‘Wawasan 2020’ itu. Harapan dan impian rakyat
yang terlalu tinggi itu perlu direalisasikan. Sekarang……
Malangnya
sehingga kini belum pun ada sesuatu yang boleh dibanggakan yang diketengahkan
oleh samada DS Najib atau pun oleh mana-mana anggota Kabinet yang baru
dilantik. Yang aku nampak setakat ini adalah beberapa kenyataan yang dibuat
oleh Menteri Dalam Negeri yang baru mengenai tindakan tegasnya ke atas sesiapa
sahaja yang mengadakan perhimpunan haram. Dan amaran beliau kepada sesiapa
sahaja yang mempersoalkan mengenai kesahihan keputusan PRU 13. Sesiapa yang
tidak sesuai dengan keadaan di negara bolehlah berpindah ke negara lain
katanya.
Ada
juga lah beberapa orang menteri lain yang membuat beberap kenyataan. Ada yang
berhasrat untuk menurunkan harga kereta. Entah bila tak tahu lah. Ada yang akan
memperkenalkan GST. Katanya akan menambahkan lagi pendapatan negara. Menteri Sukan
pula bercadang untuk memajukan sukan negara. Bagus juga ler. Menteri Penerangan
pula mengatakan bahawa beliau akan memberikan kebebasan bersuara kepada rakyat
Malaysia dengan cara memberikan peluang rakyat menyuarakan pandangan menerusi
sosial media. Kawalan tetap ada. Kepentingan negara diutamakan katanya. Bagus
juga ler….
Namun
jikalau aku bandingkan dengan ‘gegaran’ yang dibuat oleh Dr.Mahathir pada
ketika beliau dipilih menerajui negara dulu, aku ibaratkan keadaan yang ada
sekarang adalah seperti, “ JAUH PANGGANG DARI API’
Abuhassanadam
21
Mei 2013
No comments:
Post a Comment