Saturday, May 25, 2013

MENAGAPA MEREKA KE 'JALANRAYA'

MENGAPA MEREKA KE ‘JALANRAYA’

Bulan lepas aku berada di Vietnam. Ho Chi Minh City. Dulu namanya Saigon. Orang lama-lama macam aku lebih sedap memanggil tempat ini sebagai Saigon. Samalah sepertimana ada kawan-kawan aku yang masih memanggil Teluk Intan ( kini) sebagai Teluk Anson. ‘Tercengang’ ( terpinga-pinga) anak-anaknya apabila beliau memanggil Teluk Intan sebagai Teluk Anson. Sememangnya dulu namanya Teluk Anson. Ikut nama orang putih – Colonel Anson.

Apabila aku berada di Saigon,yang agak menghairankan aku ialah ramai pemuda Vietnam yang aku ketemui lebih suka memnaggil tempat ini sebagai Saigon. Aku cuba menyebut ‘Ho Chi Minh City’ tetapi mereka akan menyebut ‘ Saigon’ juga. Aku tak tahu apa sebabnya. Ada juga aku mennanyakan soalan demikian kepada mereka, namun jawapan yang aku terima ‘ kabur’, tak jelas. Apatah lagi apabila mereka menjelaskan kepada aku dalam bahasa Inggeris. Tahu sajalah penguasaan bahasa Inggeris mereka!

Aku berpeluang melawat perkampungan Cu Chi  ketika berada di Vietnam. Lebih kurang 100 km dari Saigon. Dalam kampung. Perjalanan mengambl masa lebih kurang tiga jam. Pelawat-pelawat dari Eropah dan Amerika ramai ke situ. Semacam tak sah lawatan mereka ke vietnam sekiranya tidak melawat perkampungan Cu Chi. Mesti lawat punya. Yang  ‘dipamerkan’ di  perkampungan Cu Chi ini ialah terowong-terowong yang berbagai bentuk yang digunakan oleh Guerila Vietnam untuk menentang tentera Amerika pada masa Perang Vietnam pada awal tahun-tahun 1960an dulu. Disamping itu ‘dipamerkan’ juga berbagai senjata yang digunakan, perangkap-perangkap untuk memerangkap musuh, makanan ubi rebus yang merupakan makanan guerila Vietcong ketika berperang, ‘ kilang’ membuat ‘slipper’ yang diperbuat daripada getah dari tayar-tayar kereta kebal yang terbuang.

Memang mengkagumkan……

·      Bukan sahaja dari segi kepandaian mereka membuat terowong tetapi dari segi strategi yang digunakan agar segala terowong mereka tidak dapat dikesan oleh musuh.
·      Bagi aku Guerila Vietcong amat kreatif. Apa tidaknya.  Tayar kereta kebal kepunyaan musuh ( yang ditawan mereka) yang tidak terpakai  dignakan oleh mereka untuk membuat ‘slipper’. Amat dibanggakan oleh mereka dan dipakai oleh mereka ketika berperang. Kadang-kadang perang Vietnam ini juga dipanggil ‘Slipper Vietnam War’.
·      Begitu juga besi-besi tajam yang digunakan pada perangkap samar adalah dari besi bahagian-bahagian kereta kebal musuh yang ditawan oleh mereka.

Pada pandangan aku yang menjadi pendorong ke arah perjuangan yang sebegini adalah semangat. Orang Vietnam sedar bahawa bukan mudah untuk mengalahkan tentera Amerika Syarikat yang terkenal dengan kecanggihannya berbanding dengan tentera mereka yang amat daif jika ditinjau dari sudut mana pun. Namun berbekalkan semangat yang amat kental dapat mereka menewaskan sebuah kuasa besar dunia. Mungkin semua orang merasakan bahawa ‘ impossible’ bagi rakyat Vietnam untuk mengalahkan tentera Amerika berkenaan. Tetapi bagi orang Vietnam telah dapat mengubah perkataan itu kepada ‘ I am possible’.

Pokoknya ialah semangat. Jikalau ditinjau keadaan yang wujdu di Malaysia kini, maka pokoknya juga ‘semangat’.

·      Ramai yang sanggup menghadirkan diri di Perhimpunan ‘Black 505’, walaupun terpaksa bersusah mengahadapi kesesakan lalu lintas, walaupun sanggup berbasah kuyup, walaupun sanggup berjalan berbatu-batu untuk sampai ke tempat ceramah, walaupun terpaksa menghadapi risisko kereta berkemungkinan di calar, namun falsafahnya ialah ‘ bertongkat paruh ku pergi jua’. Kerana semangat…
·      Ramai yang sanggup pergi ‘memasang lilin’ di Jinjang daan di Pulau Pinang semata-mata untuk menunjukkan simpati kepada Adam Adli, Tian Chua, Harris Ibrahim, Tamrin Ghaffar, disamping ‘ menyatakan hasrat’ kepada pihak bertanggungjawab yang perbuatan mereka tidak dipersetujui ramai – majority rakyat Malaysia. Mengapa mereka sanggup berbuat demikian. Jawapannya masih lagi kerana ‘ SEMANGAT’..

Dan aku rasa pihak berwajib perlu merenung peristiwa-peristiwa yang berlaku kini melalui kacamata dari berbagai sudut. Pihak kerajaan tidak harus memandang dan menempelak pihak-pihak yang berkelakuan sebagi negatif. Pihak kerajaan kena mencari puncanya. Mengapa majority rakyat  bersikap demikan. Mengapa?. Mengapa? Jangan sentiasa mencari kesalahan orang lain.

Personaliti-pesonaliti tertentu yang berada dalam kerajaan kena berani menyatakan sesuatu yang benar berdasarka keadaan yang ada. Jangan sekali-kali kita hanya menjadi Pak turut semata-mata untuk mencari sesuap nasi untuk menanggung keluarga tercinta. Berdoasa. Haram rezeki yang dimakan. Dan apakah merupakan ‘dosa besar’ benar pada kerajaan yang memerintah sekiranya seseorang pegawai kerajaan itu samada polis atau pegawai SPR atau sesiapa sahaja menyatakan sesuatu yang benar?

Aku mengajukan soalan-soalan demikian disebabkan mesti ada asasnya mengapa rakyat majority sanggup berarak ke jalan raya. Sanggup bersusah. Sanggup ditahan polis. Dan berbagai-bagai ‘sanggup’ lagi ler. Mesti ada kebenarannya tindakan mereka itu.

Punca yang menyebabkan keadaan menjadi begini adalah disebabkan tidak ada ketelusan dari pihak-pihak tertentu. Tidak ada keikhlasan dalam memberikan penjelasan. Persoalan yang dibangkitkan lain, tetapi jawapan yang diberikan lain.maka tentulah tidak akan terjawab segala permasalahan. Dan tentunya tidak akan selesai masalah yang dihadapi. Dan apabila segala permasalahan tidak boleh diselesaikan secara aman dan tertib maka jalan yang ada terbuka kepada rakyat ialah ‘ ke jalan raya’.

Pihak kerajaan pula menyalahkan kumpulan yang berarak ke jalan raya. Kerajaan menyarankan agar diadakan rundingan terlebih dahulu. Dirundingkan secara aman dan tertib. Tetapi pokoknya agensi-agensi kerajaan yang betanggungjawab semacam tidak menunjukkan keikhlasan dalam menyelesaikan isu ini. Tidak menjawab secara telus dan terus terang. Tidak berusaha untuk menyelesaikan secara bijak dan telus.

Bagi aku penyelesaian secara kekerasan bukan satu tindakan yang bijak.

Abuhassanadam
25 Mei 2013


No comments:

Post a Comment