PAKATAN RAKYAT MENELURKAN BANGSA MALAYSIA TULIN
Selepas
55 tahun merdeka, barulah aku dapat lihat erti perpaduan sebenarnya seperti
yang dipamerkan oleh rakyat dalam perhimpunan ‘ Suara Rakyat Suara Keramat ‘
yang diadakan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei 2013. Memang hebat. Bagi aku
jumlah yang hadhir sememanggnya hebat tetapi kehadiran semua kaum dalam suasana
yang sedmikian memberikan lebih bermakna. Luar biasa kesannya.
PRU
13 adalah ‘watershed’ dan juga merupakan
‘landmark’ dalam sejarah Malaysia dari segi perpaduan kaum di Malaysia.
Perpaduan yang wujud di Malaysia kini bukan lagi‘ superficial’, dibuat-buat,
dilakon-lakonkan oleh pelakon-pelakon politik yang handal. Perpaduan yang wujud
kini adalah perpaduan rakyat dalam ertikata yang sebenarn-benarnya. Tulin. Hasrat
yang datang dari hati yang suci murni rakyat Malaysia.
Aku
pun kadang-kadang hairan bagaimana keadaan sebegini boleh terjadi. Dan tentunya
aku gembira melihat keadaan dimana anak-anak muda berganding bahu, menongkah
kejayaan sebagai satu bangsa Malaysa. Bukanlah aku mahu menidakkan usaha
kerajaan yang berusaha ke arah perpaduan ini. Ada usaha yang bersungguh-sungguh
ke arah itu. Aku nampak. Tetapi kesan tidak seberapa. Semacam tidak nampak
perpaduan yang ikhlas. Berbanding dengan keadaan yang aku lihat dengan mata
kepala aku sendiri di Kelana Jaya.
Tentu
ada juga yang mempertikaikan kenyataan
aku. Tentu masih ada lagi golongan yang merasakan negara ini Melayu yang punya
dan kaum lain hanya sebagai kaum yang menumpang. Masih ada lagi saki baki yang
merasakan demikian, walaupun yang berkata sedemikian itu hidup dalam keadaan
miskin melarat dan papa kedana berbanding dengan orang yang menumpang. Golongan
sedemikian sedemikian sentiasa ‘memujuk’ hatinya dengan mengatakan ‘ negara ini
aku yang punya’ walaupun kehidupanya hidup melarat.
Aku
orang Melayu. Aku amat sedar dari kampung mana aku datang dan siapa emak bapak
aku. Orang Melayu tulin. Bukan Bangla, Bukan Indon. Bukan Nepalese. Orang
Melayu. Mungkin datuk nenek aku dulu orang asli yang kehidupannya berpindah
randah mencari sesuap pagi dan sesuap petang. Mungkin.
Bagi
aku sekiranya orang Melayu mahu mengejar kemajuan seperti kaum-kaum lain di
Malaysia, orang Melayu mesti berganding bahu dengan kaum-kaum lain. Bertanding
dan berlumba dalam semua lapangan. Tentunya mengejar kemajuan secara sihat. Tak
perlu pertolongan daripada kerajaan. Tidak perlu ‘tongkat’ sebab kadang-kadang
ada ‘tongkat’ yang membawa rebah, kata orang tua-tua.
Keyakinan
aku kepada kebolehan orang Melayu adalah berdasarkan kepada pemerhatian aku
kepada keadaan-keadaan tertentu,
·
Ramai orang Melayu yang berjaya dalam
berbagai lapangan dan hidup dengan senang lenang di luar negara. Aku jumpa
orang Melayu yang berjaya di Washington, Los Angeles, Melbourne, London.
Mengapa mereka boleh berjaya di negara orang yang tidak menyediakan DEB. Apakah
mereka mendapat bantuan daripada kerajaan-kerajaan negara berkenaan? Tidak.
Mereka berusaha sendiri dan berjaya. Itu yang dikatakan sebagai ‘ the survival
of the fittest’. Mungkin mereka sungguh-sungguh berpegang kepada falsafah Nabi
Muhammad s.a.w. yang menyarankan bahawa
kita perlu berhijrah untuk berjaya. Mungkin…..
·
Kebolehan dan kejayaan anak Melayu ( kampung
) pada zaman penjajahan selalu ‘menggamit’ apabila aku mahu mengemukakan hujah
dalam hal sebegini.. Mengapa ramai anak Melayu Kampung ( yang miskin ) pada
zaman penjajahan mampu bersaing dengan anak kaum lain dalam bidang pelajaran
misalnya. Dan ada anak Melayu yang mendapat keputusan cemerlang di University
Cambridge pada ketika itu. Tahun-tahun 1950an.
Pakatan
Rakyat ( PR ) telah dengan sengaja atau tidak sengaja telah menyatukan rakyat
Malaysia dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Mungkin tidak terdetik di hati
DS Anwar Ibrahim atau DS Haji Hadi atau YB Lim Kit Siang yang PR yang dipimpin
oleh mereka begini jadinya. Maksud aku rakyat Malasyia betul-betul boleh
bersatu hati, memperjuangkan sesuatu. Mungkin mereka tidak terfikir begitu.
Ataupun mungkin itu merupakan matlamat mereka.
Perhimpunan
‘ Suara Rakyat Suara Kera Keramat’ yang diadakan di Kelana Jaya pada 8 Mei 2013
telah menelurkan apa yang dihasrat atau yang tidak dihasratkan oleh pemimpin
PKR. Bagi aku ia terjadi dengan sendirinya. Tidak dirancang. Pemimpin PR pun
aku rasa tidak terbayang yang keadaan rakyat Malaysia begini jadinya. Perpaduan
yang cukup mantap kearah memperjuangkan sesuatu.
Dan
orang Melayu yang hadir dalam perhimpunan dan yang telah membuat ‘kejutan’
dalam PRU 13 baru-baru ini telah seolah lupa bahawa mereka adalah orang Melayu
yang pada fikiran golongan yang befikiran lama ‘memiliki’ negara ini. Namun
golongan yang hadir ini telah membuat anjakan pemikiran yang berlainan dengan
pemikiran lama yang masih lagi menguasai pemikiran segelintir orang Melayu di
Malaysia.
Dan
yang bukan Melayu yang hadir pula seolah-olah faham dengan ‘pengorbanan’ yang
telah dibuat oleh orang Melayu
(reformist) ini demi kepentingan
kemajuan bangsa Malaysia yang tulin. Justeru terjalinlah satu kefahaman yang cukup
mantap antara kaum-kaum di Malasyia. Satu keadaan yang diimpikan oleh pejuang-pejuang
kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan Sambanthan. Pastinya
mereka amat gembiran melihatkan keadaan perpaduan kaum yang sebegini.
Hendaknya
janganlah ada batu penghalang yang cuba menyekat perkembangan yang sihat ini.
Hendaknya para pemimpin janganlah menggunakan isu kaum demi untuk kepentingan
politik masing-masing. Keputusan PRU 13 telah menelurkan satu keadaan yang
diluar jangkaan. Ramai yang tidak terfikir bahawa disebabkan kegagalan PR
membentuk kerajaan telah membawa kepada perpaduan yang cukup erat antara
kaum-kaum di Malasyia.
Pada
pandangan aku majoriti rakyat Malaysia mahukan Pakatan Rakyat menerajui
pemerintahan negara ini berdasarkan undi popular yang diperolehi. Namun
sekiranya sudah menjadi ketentuan bahawa BN-UMNO masih menerajui pemerintahan
negara, maka harapan rakyat Malaysia tentunya agar BN-UMNO faham tentang
kehendak rakyat Malayisa kini. BN-UMNO hendaklah memikirkan sesuatu yang
terbaik untuk rakyat Malaysia sesuai dengan zaman dan aspirasi rakyat.
BN-UMNO
semestinya harus bersedia untuk menukar
paradigma.
Abuhassanadam
10
Mei 2013
saya sokong sepenuhnya pendapat saudara abu hassan.
ReplyDeletetahniah
ReplyDeletesstu tulisan & pemerhatian yg baik , dgn mata hati yg ikhlas
kedua
- ini adalah permulaan bagi fasa 2 kpd sistem 2 parti di malaysia
- insyaallah , dalam fasas 3& 4 , pru14 & 15 lambatt laun , ia akan menjadi realiti
- ketika itu , telah ramai rakyat yg matang , tidak dipengaruhi lagi olehh secara membabi buta oleh umno
- bermula 1998 , era reformasi , ia menjalani tempoh pramatang selama 10 tahun , pru 1999 & 2004
- 10 tahun kedua , pru 12 & 13 , berlaku kebangkitan berganda , umno dlm realiti nya tewas , MCA , MIC & GERAKAN hancur & pupus
- 10 tahun ke-3 , pru 14 & 15 , BN akan tersungkur , insyaAllah