ORANG MELAYU MASIH DIRASUK ‘SAWAN TAKUT’
Walaupun tak ramai bilangannya, namun masih ada lagi saki-baki orang
Melayu yang dihinggapi penyakit ‘ sawan takut’. Semenjak zaman Kerajaan Melayu
Melaka, jiwa hamba yang dimilki oleh orang Melayu itu sentiasa dihinggapi
‘sawan takut’. Dalam zaman pemerintahan Raja-Raja Melayu, orang Melayu takut
kepada pengikut sultan. Takut anak dara mereka diambil oleh sultan dijadikan
sebagai isteri ( ramai juga yang suka menjadi bapa mertua Sultan). Takut kepada
hulubalang Sultan yang suka merompak hasil pertanian mereka. Takut kalau-kalau
anak dara dirogol oleh hulubalang sultan. Macam-macam takut yang dihidapi oleh
orang Melayu sampailah ke Pru 13. Orang Melayu masih takut. T….A…..K…..U….T. Ta
Alif Ka Wau Ta…….
Tak habis-habis dek takut. Pelik betul aku mengenangkan nasib orang
Melayu ni. Apabila aku menceritakan keadaan orang Melayu maknanya aku
menceritakan hal aku juga ler. Aku ialah orang Melayu. Orang Melayu tulin.
Orang Melayu totok dari kampung. Tapi bezanya aku agak aku dah berubah. Kalau
tak seratus peratus pun, sikit sikit ada perubahan. Dah tak penakut seperti
segelintir orang Melayu hari ini….…….
Apabila negeri Melayu dijajah oleh British, maka orang Melayu
takut kepada British pula. ‘Sawan takut’ terus merasuk orang Melayu. Hanya
segelinitir orang Melayu yang berani kehadapan menentang British. Malangnya
bagi penentang British ini, British pandai pula menggunakan Sultan untuk
menghapuskan orang Melayu yang menentang British itu. Lihat apa yang telah
terjadi kepada Tuk Janggut di Kelantan dan Haji Abdul Rahman Limbung di
Terengganu. Sekiranya pihak istana tidak campurtangan, maka pasti pihak British
tidak dapat menumpaskan pemberontakan Tok Janggut di Pasir Putih Kelantan dan
Haji Abdul Rahman Limbung di Terengganu. Orang Kelantan dan Terengganu amat
hormat dan takut kepada Sultan. Dan disebabkan dirasuk oleh ‘sawan takut’ itu
jugalah maka British dapat memerintah Terengganu dan Kelantan. Negeri-negeri
Melayu lain pun begitu juga.
Selepas Merdeka, pemerintah Melaya Merdeka menggunakan ‘sawan
takut’ juga untuk mempengaruhi orang Melayu supaya menyokong UMNO-PERIKATAN dan
menolak parti pembangkang. Orang Melayu ditakutkan sekiranya Persekutuan Tanah
Melayu jatuh ke tangan parti lain maka
besar kemungkinannya negara PTM akan kembali seperti zaman pendudukan Jepun.
Orang Melayu amat takut kepada keadaan ‘seperti zaman Jepun’
Sememangnya zaman Jepun merupakan zaman derita dan sengasara
dibawah pemerintahan tentera Jepun. Untuk mendapat makanan dan pakaian adalah
terlalu susah. Pada masa itulah ramai penduduk Malaya yang mati kelaparan. Orang
Melayu amat takut kembali kepada zaman berkenaan.
Tetapi yang menghairankan ialah mengapa orang Melayu pada tahun
50an dan 60an tidak pula terfikir bahawa mereka pasti tidak akan kembali ke
zaman sedemikian berdasarkan keadaan yang wujud pada masa itu. Tidak mungkin
lagi Jepun akan kembali menjajah PTM. Dan sekiranya pemerintahan PTM berpindah
tangan kepada parti lain selain daripada PERIKATAN,besar kemungkinannya PTM
tidak akan menderita seperti zaman pemerintahan Jepun. PTM telah merdeka dan
telah banyak perubahan yang berlaku. Mengapa orang Melayu masih tidak mahu
berfikir sedemikian. Orang Melayu terus menerus dirasuk oleh ‘sawan takut’
Setelah puas menakutkan orang Melayu dengan ‘keadaan zaman
pemerintahan Jepun’ orang Melayu ditakutkan pula dengan keadaan zaman Komunis.
Orang Melayu ‘dirasuk sawan takut’ lagi. Takut kembali kepada zaman dimana
pengganas Komunis hampir-hampir memerintah di Malaya. Apabila kerajaan
PERIKATAN memerlukan sokongan orang Melayu, terutama apabia menghadapi pilihan
raya, maka kerajaan akan menggunakan isu ‘pemerintahan komunis 14 hari’
untuk menakutkan orang Melayu. Orang
Melayu ‘dirasuk dengan sawan takut’ lagi. Ditakutkan dengan ‘pemerintahan Komunis
selama 14 hari’
Memang betul orang Melayu tersiksa semasa Komunis memerintah selama 14 hari di Tanah Melayu ia itu semasa
ada kekosongan pemerintahan selepas kekalahan Jepun dan menunggu ‘ketibaan’
semula British untuk memerintah semula Tanah Melayu. Komunis mengambil
kesempatan untuk memerinath Tanah Melayu dengan kejam. Pada ketika inilah ramai
orang Melayu telah dibunuh dan disiksa dengan kejam. Peristiwa inilah
diulang-ulang untuk menakutkan orang Melayu. Lantas orang Melayu akan terus
menerus mengikut ‘arahan’ pemerintah. Tidak berani langsung untuk menentang
pemerintah yang ada walaupun dihalalkan menerusi pilihan raya.
Selepas 13 Mei 1969, setiap kali pilihanraya diadakan maka isu
pergaduhan itu dijadikan isu untuk menakutkan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga
orang bukan Melayu, Cina dan India. ‘Undi dengan bijak supaya tidak berlaku
peristiwa 13 Mei lagi’. Itulah antara
‘slogan-slogan’ yang digunakan oleh BN_UMNO untuk terus menerus memerintah
negara ini. Orang Melayu dan bukan Melayu juga terus menerus ‘dirasuk sawan
takut’ sehinggalah sekarang.
Dalam PRU 13 ini pun isu peristiwa perbalahan kaum 13 Mei masih
digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat Malaysia terutamanya kaum Cina. Kaum
Cina yang sentiasa saja memikirkan tentang perniagaannya akan memberikan
perhatian yang cukup serious apabila sampai waktu dan ketika untuk membuang
undi nanti. Mereka sentiasa memikirkan apa akan terjadi sekiranya berlaku lagi
peristiwa 13 Mei. Rakyat Malaysia kadang-kadang menjadi biul, bangang dan sudah
tentunya menjadi bodoh tidak ketahuan apabila disebut 13 Mei.
Rakyat Malaysia sudah kehilangan arah dan tidak boleh berfikir
secara rasional apabila disebut Peristiwa 13 Mei. Dan pihak kerajaan BN-UMNO
pula akan terus memainkan isu berkenaan dan berharap akan dapat menakutkan
rakyat supaya dapat mereka terus mengekalkan pemerintahan dalam PRU 13 nanti.
Orang Melayu pula terus menerus ‘dirasuk oleh sawan takut’.
Bilangannya tentulah tidak ramai. Namun begitu masih ada lagi saki bakinya yang
bersikap demikian . Yang masih berada ‘
dibawah tempurung’. Sudah puas dijelaskan bahawa keadaan negara sudah amat
berubah dan seharusnya rakyat Malaysia menganjakkan paradigma berfikir mereka.
Namun begitu masih lagi mereka memikirkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya
mereka fikirkan.
Rakyat berkeadaan demikian kerana sentiasa ‘dirasuk’ oleh
‘hantu-hantu’ yang berkeliaran. Tetapi soalnya sampai bila baru rakyat Malaysia
boleh berfikir dengan rasional dan tidak terpengaruh dengan andaian yang karut
marut. Sampai bila?
Aku tak hairan sangat kalau masih ada orang Melayu di kampung yang
berfikiran demikian. Yang aku hairan dan aku pelik ialah masih ada golongan
intelek yang masih menyoal aku soalan-soalan yang aku anggap paling bodoh dan
tidak masuk akal. Mereka menyoal apakah akan terjadi pada orang Melayu
sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia nanti?.
Malas aku menjawabnya. Jawablah sendiri…….
Abuhassanadam
3 Mei 2013
Orang Melayu dan orang Indon kolongan Islam sangat takutkan "black Magic" Sikit-sikit nampak lain dari yang normal - itu lah hantu. Tetapi mereka ni langsung tak nampak TUHAN. Hantu saja nampak. Kesihan.
ReplyDeleteBerani kerana benar; takut kerana salah - itulah sepatutnya pegangan setiap umat maknusia; termasuk orang Melayu. Jadi kita nak tahu kenapa orang Melayu (yg semestinya berugama Islam) takut - nak dicari sebab2nya. Yang saya tahu orang yg amat penakut adalah orang amerika utara - masing2 mesti ada senapang; takut kena serang orang Islam Eluknya orang amerika tu - dia takut di serang dulu - bersiap sedia dgn senjata yg canggeh2. ..... Orang Melayu penakut DISABABKAN PEGANGAN ISLAM NYA (IMAN) SANGAT CETEK - tak berani nak lawan takut mati. Pada saya, sebagai hamba Allah yg patuh pada hukum2 Allah tidak takut mati kerana Shurga ada menunggu - dan shurga lebih baik dari Dunia. TAKKE?
ReplyDelete