Tuesday, May 7, 2013

PASCA PRU 13 - MEMBIMBANGKAN


PASCA  PRU 13 - MEMBIMBANGKAN

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana persaaan DS Najib Razak apabila melihatkan keputusan PRU 13 yang amat membimbangkan dilihat dari segi percaturan kaum. Majoriti yang menang kerusi  parlimen adalah UMNO dan sebilangan kecil dari MIC dan MCA. Maknanya kabinet DS Najib akan dipenuhi oleh ahli UMNO. Melayu. Dan kerajaan Malaysia akan dilihat sebagai kerajaan Melayu. Bayangkan kesannya dilihat dari berbagai-bagai sudut..

Ini bukan kehendak kepimpinan BN-UMNO dan kehendak siapa sahaja yang cintakan negara ini. yang faham akan situasi sekiranya keadaan negara sebegini, ditadbir oleh satu kaum. Mungkin ramai juga orang Melayu ( yang tidak berapa cerdik ) ketawa gembira melihatkan keputusan PRU 13 yang lalu. Mungkin. Tetapi aku yakin ramai  pemimpin negara ( yang merupakan pemimpin dalam erti kata yang sebenar-benarnya ) begitu runsing dan bimbang akan keadaan sedemikian.

Rakyat Malaysia rata-rata sebenarnya mahukan perubahan.Mereka mahu menukar kerajaan BN-UMNO yang ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Dengan sebab itulah apabila dilihat keputusan PRU 13, ternampak jelas tindakan yang dibuat oleh kaum Cina dan orang Melayu yang tinggal di bandar-bandar yang terdedah dengan berbagai maklumat. Yang menyelamatkan BN-UMNO adalah golongan masyarakat yang tinggal di kawasan luar bandar ataupun yang tidak terdedah dengan ledakan maklumat melalui sosial media.

Sekiranya diperincikan, PR sebenarnya boleh dikira menang dalam PRU13 diukur dari segi kerusi parlimen yang diperolehinya. Namun apabila ia gagal membentuk kerajaan telah menyebabkan kekecewaan yang bukan kepalang.Rakyat Malaysia umumnya begitu yakin yang PR akan membentuk kerajaan selepas PRU 13 berdasarkan beberapa faktor. Antaranya ‘mood’ dan ‘momentum’ rakyat yang begitu tinggi, yakin bahawa PR akan membentuk kerjaan baru. Rata-rata rakyat mengatakan bahawa mereka memerlukan perubahan. Itu yang menimbulan slogan ‘ubah’ yang selalu diteriakan oleh mereka.

Walaupun suasana menampakkan yang ‘mood’ sedemikian sampai ke kawasan pendalaman, di kampung-kampung namun hakikatnya apa yang disuara dan dihasratkan oleh kepimpinan PR itu tidak ‘meresap’ ke bawah. Berbanding dengan pihak pemerintah yang boleh menggunakan radio dan Tv mereka untuk menyalurkan maklumat ke mana sahaja yang diinginkan. Lantas itu merupakan satu ‘ advantage’ yang ada pada pihak kerajaan dan tiada bagi pihak PR. Ini yang dikatakan ketidakadilan dalam melaksanakan prinsip demokrasi – peluang yang tidak seimbang dan ketiadaan kebebasa bersuara.

Kesannya boleh dilihat bahawa PR gagal untuk mendapatkan kerusi baru dan banyak kerusi yang pernah dimenangi terlepas ke tangan BN. Tentulah banyak lagi faktor-faktor lain yang menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian. Namun amat jelas dan ketara bahawa penduduk luar bandar masih belum dapat menerima perubahan-perubahan yang cuba dibawa oleh pemikiran baru yang meledak masyarakat bandar di Malaysia.

Kini  rakyat telah menyuarakan hasrat mereka melalui keputusan PRU 13. Di sinilah pentingnya peranan SPR dalam PRU 13. Apakah benar keputusan PRU 13 itu membayangkan sebenarnya hasrat rakyat Malaysia? Sekiranya SPR menjalankan tugasnya dengan adil, telus maka keputusan PRU 13 itu memberikan gambaran yang sejelas-jelasnya tentang hasrat rakyat. Tetapi sekiranya SPR melaksanakan tugasnya dengan cara menipu dan ‘berat sebelah’ maka keputusan PRU 13 itu tidak boleh dijadikan asas sebenarnya hasrat dan pemikiran rakyat terbanyak. Sehingga kini ramai rakyat mempersoalkan kewibawaan SPR. Itu merupakan persepsi rakyat terbanyak. Dan SPR seharusnya berusaha keras selepas ini untuk menghilangkan persepsi ini demi kemajuan negara pada masa akan datang.

DS Najib pastinya ‘ pening kepala’ memikirkan banyak hal. Antaranya,

·      Menghapuskan persepsi rakyat terbanyak yang mengatakan PRU 13 tidak dijalankan dengan adil dan telus. SPR yang dipersalahkan.
·      Apakah formula yang akan digunakan untuk membentuk kabinetnya. Beliau tidak seharusnya sewenang-wenangnya membentuk kabinet UMNO-BN tanpa memikirkan hati dan perasaan kaum-kaum lain yang ada di Malaysia.
·      DS Najib mesti menukar pemikiran ahli-ahli UMNO-BN supaya tidak mengamalkan cara dan tindakan sepertimana yang telah diamalkan puluhan tahun sebelumnya. Ini bukan senang. Peribahasa Melayu ada mengatakan, ‘ anjing jikalau biasa makan tahi, jikalau tidak dimakan diciumnya juga’. Untuk menganjakann paradigma ini bukan senang. Dan punca yang menyebabkan rakyat terbanyak meluat dan benci kepada kerajaan BN-UMNO adalah berpunca daripada keadaan sebegini. Tanyalah siapa pun……

DS Najib Razak semestinya berunding dengan kepimpinan Pakatan Rakyat ( DS Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Aziz, YB Lim Kit Siang, Tuan Guru Haji Hadi Awang ) bagi menyelesaikan masalah yang amat rumit ini. Perbincangan seharusnya dalam suasana yang penuh ikhlas dan penuh dengan semangat pengorbanan. Lupakan perselisihan politik kerana perbalahan politik sudah tidak sesuai dalam keadaan negara sedemikian.

Selepas PRU 13, kesejahteraan rakyat adalah diutamakan. Kita bukan lagi bercakap mengenai orang Melayu, Cina, India tetapi kita memikirkan tentang bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia mesti dipertahankan dalam apa keadaan pun. Amat tidak sesuai rasanya apabila ada lagi pihak-pihak teretentu yang mempersoalkan tentang ‘ Tsunami Cina’ apabila melihatkan ramai kaum Cina memilih parti PR (DAP ) dalam PRU 13 yang lalu.

Sekali lagi aku ingin tegaskan bahawa bukan kaum Cina yang memenangkan banyak kerusi di bandar-bandar, tetapi sebenarnya masyarakat Malaysia yang terdedah dengan berbagai maklumat yang merasakan bahawa kerajaan BN-UMNO perlu diubah kepada kerajaan baru- Pakatan Rakyat. Ini termasuklah kaum  Melayu, Cina dan India. Itu hasrat rakyat.

Namun sebagai rakyat yang bertanggungjawab dan mematuhi sistem demokrasi harus pula mematuhi keputusan PRU 13 itu. Oleh kerana majority rakyat sudah membuat penentuan, maka kita harus bersatu dalam nenentukan kejayaan dan hala tuju negara dibawah kepimpinan DS Najib Razak.

Dan kerajaan baru yang dibentuk harus mengubah cara tindakan mereka dalam mentadbir negara yang tercinta.  Harus berubah.

Sekali air bah sekali pasir berubah.

Abuhassanadam
7 Mei 2013

7 comments:

  1. Saya sebagai rakyat berketurunan Cina terasa amat tersinggung bila asyik terbaca tentang Tsunami Cina. Tsunami Cina apa? Jika pihak PAS yang turun padang di tempat saya, memang saya akan undi PAS pun. Mengapa? Kerana kami sudah muak dengan keangkuhan pemimpin BN (UMNO,MIC,MCA) , juga muak dengan skandal seks (yang 'dibuat' atau dalam kes Dr CSL, yang 'terbuat') dan yang amat penting, budaya rasuah. Saya tidak ingin generasi muda terutamanya yang amat muda sekarang, menganggap budaya rasuah, 'bawah meja', 'dalam buku', 'duit kopi' sebagai perkara yang biasa. Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan aspek tertentu dalam ajaran Islam tetapi oleh kerana PAS tidak pernah bertukar haluan, saya percaya mereka akan memberi satu impak yang baik dalam menangani isu rasuah terutamanya. Sayangnya, kaum Melayu sendiri yang menolak PAS. Cukai yang kita bayar jika digunakan dengan bijak untuk semua rakyat tidak mengira kaum adalah sesuatu yang sangat kita relakan, tetapi bukan untuk memberi nikmat kepada orang yang diharapkan untuk menjaganya. Lepas merompak, tahu mengamuk bila rahsia terbuka. Bak kata pepatah - Harapkan pagar, pagar makan padi.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya yang terbaik boleh dilakukan oleh Najib ialah memberi beberapa jawatan menteri kepada wakil2 PR...ambil contoh pr presiden di US....bagaimana pihak lawan diberikan jawatan setiausaha negara!! jika ini dapat dilakukan...pasti sokongan rakyat terarah kepada kerajaan Malaysia...bukan kerajaan BN seperti hari ini...

    ReplyDelete
  3. Inilah akibatnya bila Menang cara menipu...sudah lupakah tentang HARI PENGADILAN...Sanggupkah anda memakan wang pendapatan/gaji sebagai ahli parlimen atau ahli dun hasil penipuan ini...sedarlah yg MUSLIM anda selamanya mungkin dalam 5 tahun ini atau sehingga PRU-14...wang itu jatuh hukumnya HARAM dimakan...sanggupkah kalian memakan dan menyuap isteri serta anak kalian dengan PENDAPATAN HARAM ini... Astagrifirullah mohon simpang dari Allah SWT. Jika anda tak sanggup dan berasa was2 ...saya sebagai seorang muslim menyeru para DUN atau ahli parlimen berkenaan sila letak jawatan ...Harta yg dimiliki hasil penipuan PRU-13 adalah haram dimakan...itulah betapa hebatnya islam...jika diamalkan ...pasti tiada kes ragut berleluasa...tiada penyebaran video lucah secara terbuka. yang takut hukum Allah adalah orang yg bersalah kalau tak salah buat apa nak takut hukum Allah...
    Buat para SPR @ POLIS @ JPN yg menipu rakyat....Maha Suci Allah ...anda sebenarnya telah bersubahat dan hasil pendapatan anda sekarang tergolong dalam pendapatan HARAM hukumnya. sila baca kitab Fikah. Semoga aku dijauhkan dari pendapatan sebegini.
    Sesungguhnya Allah SWT berjanji kepada umatnya...doa rakyat kebanyakan yg dizalimi adalah diangkat kesisi ALLAH SWT tanpa hijab....berjuta rakyat Msia telah dizalimi hak kami....sesungguhnya kekecewaan kami sebagai rakyat adalah suatu doa buat manusia zalim yg bersubahat dalam penipuaan PRU-13. INSYAALLAH BUAT YG TERLIBAT DALAM PENIPUAN PRU-13...KAMI RAKYAT M'SIA MENDOAKAN AGAR ALLAH SWT MEMBALAS KEMUNGKARAN MEREKA INI DALAM BENTUK YANG AMAT DAHSYAT. SEMOGA INI MENJADI IKTIBAR BUAT YANG MASIH HIDUP...BENARLAH KATA2 ALLAH ITU SESUNGGUHNYA ALLAH SWT ITU MAHA BENAR. AMEEN YA RABBAL A'LAMAEEN

    ReplyDelete
  4. saya rakyat malaysia berbangsa cina dan bukannya bangsa cina rakyat Malaysia. Jika dikaji perkataan tersebut mungkin ramai akan mengatakan ia membawa makna yang sama. Saya tidak bersependapat sedemikian kerana saya adalah rakyat Malaysia, anak Malaysia berketurun cina. Malaysian first, chinese second.

    Saya mendapat pendidikan saya di sekolah tabika kemas sehingga akhir zaman persekolahan saya di smk sri istana di Klang. Saya mendapat nama jolokan cina murtad di kalangan kawan kawan melayu dan india saya, Saya tidak kisah pun kerana nama tersebut hanya menperli saya yang saya ni lebih melayu dari cina di kalangan kawan kawan saya. Zaman persekolahan saya penuh dgn ingatan ingatan manis bersama rakan rakan melayu dan india saya. Kami bergaul, bermain dan bergaduh bukan kerana saya ni cina, ataupun dia ni india atau melayu. Tidak ada perasan prejudis. Pergalaman saya di sekolah mengajar saya untuk melihat dan menilai seseorang itu menjangkaui agama, kulit, bangsa dan bahasa. Sehingga hari ini saya masih boleh mengeteh dgn kawan melayu dan india tanpa perasan was was dan masih lagi boleh bergurau senda sambil perli menperli sesama kita.

    Kini anak sulung saya belajar di darjah satu. kawan baik dia adalah nik hazim, seorang anak melayu. Mereka belajar bersama, makan bersama dan tidur bersama di pusat jagaan selepas masa bersekolah.

    Tanggal 6 Mei merupakan hari yang menyedihkan, tapi apa yang menyedihkan lagi ialah perdana menteri kita menyalahkan kegagalan dia untuk mendapat mandat 2/3 parlimen adalah disebabkan Kaum Cina. Yang lagi best ialah dengan secara tidak langsung menbenar pihak utusan memcetak soalan yang berbau perkauman di muka hadapan surat khabar tersebut.

    Saya ingin memberitahu kepada pemimpin pemimpin UMNO-BN dan pemimpin PR yang undi saya bukan perpaksikan kaum, bukan perpaksikan satu bangsa sahaja. Undi saya, anak malaysia berketurunan cina adalah untuk untuk masa depan anak saya,untuk nik hazim dan anak anak malaysia yang lain. undi saya adalah undi untuk melihat anak anak malaysia menilai seorang insan menjangkaui agama, kulit, bangsa dan bahasa, undi saya adalah undi untuk melihat anak anak malaysia berbilang bangsa duduk bersama sama bergelak ketawa, Undi saya adalah undi untuk anak saya menikmati semangat seperkawan yang saya memiliki dgn bangsa bangsa lain dan bukan semangat perkauman. Undi saya adalah undi untuk masa depan malaysia yang sejahtera!

    Saya amat berharap agar tuhan dapat membuka mata dan hati pemimpin yang telah dilantik , pihak berkuasa (polis, tentera), pihak spr dan rakyat malaysia yang lain bahawa undi saya dalah undi untuk masa depan anak anak malaysia.

    Disini saya ingin memohn maaf jika kata kata saya ada menyinggung perasaan pembaca dan saudara abu hassan. Tidak ada niat didalam hati saya untuk berbuat demikian, cuma seorang rakyat malaysia meluahkan isi hati dengan ikhlas sahaja.

    ReplyDelete
  5. Host abu hassan n Albert khoo...FANTASTICALLY well said

    ReplyDelete
  6. memang setuju dengan semua komen di sini. Juga sependapat dengan analis Abu Hassan kecuali satu isu. Jika keputusan PRU13 disangsi, maka kita rakyat Malaysia berhak mendapat keadilan yang dirampas dari kita. Seperti dikatakan "ketidakadilan dalam melaksanakan prinsip demokrasi". Ini mesti diperbetulkan secepat mungkin kerana perasaan yang marah dek tertipu akan mendatangkan kesan yang buruk. Kalau menang seperti gentleman, kami tak kisahlah. Tapi menang main kotor adalah kemenangan yang kosong dan hampa. Kemenangan sebeginilah yang menyebabkan pihak BN/UMNO menyalahkan kaum Cina. Jika mereka sampai sekarang mempunyai mentaliti yang sebegitu cetek, bagaimana kita rakyat Malaysia boleh mengharapkan BN/UMNO mentadbir negara ini? Saya sangat kagum dengan Pakatan Rakyat kerana mereka mempunyai ramai pemimpin yang cerdik, tulus dan berilmiah. Tambahan lagi, ramai dari mereka adalah dari golongan di bawah umur 50 tahun. Inilah golongan yang masih mempunyai tenaga untuk memperjuangkan hak rakyat dan tahu apa yang kita mahu.

    ReplyDelete