KISAH MAGSAYSAY DAN LOUIS TARUC BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR
Aku
tertarik membaca kisah Ramon Magsaysay ( 1907-1957) Presiden Filipina yang
ketiga. Seorang pemimpin yang mempunyai karisma yang begitu tinggi. Beliau
menjadi Presiden Filipina bermula pada
tahun 1954 dan berakhir pada tahun 1957. Beliau meninggal terbunuh apabia
kapalterbang yang dinaikinya terhempas di Pulau Cebu pada 17 Mac 1957. Membaca
kisah Louis Taruc, seorang pemimpin Komunis yang mengetuai perkumpulan Hukbalahap
juga menyeronokkan aku apabila beliau sanggup ‘sujud’ dan berdamai dengan
Magsaysay.( rujukan: Ooi Keat Gin dalam,” Southeast Asia: A Historical
Encyclopedia, from Angkor Wat to Timor”.
Secara
ringkasnya aku catatkan sejarah hidup Magsaysay.
·
Menceburkan diri dalam politik pada tahun
1946 dan menjadi ahli parlimen sebagai ahli Parti Liberal.
·
Amat disayangi oleh rakyat Filipina ketika
dilantik menjadi Presiden Filipina, kerana usahnya yang bersungguh-sungguh untuk
memajukan kehidupan rakyatnya. Segala rancangan yang diaturnya adalah
semata-mata untuk memajukan kehidupan rakyat Filipina dari segi ekonomi dan
sosial. Beliau amat sedar tentang kesusahan yang dialami oleh sebahagian besar rakyat
Filipina pada ketika itu dan lantas berusaha ke arah memajukan mereka.
·
Beliau merupakan Presiden Filipina yang amat
kuat menentang kegiatan komunis ketika berlakunya Perang Dingin. Menjalinkan
persahabatan yang akrab dengan Amerika Syarikat tetapi mempunyai fikiran
terbuka yang boleh beekerjasama dengan pihak Komunis juga.
·
Sebelum menjadi Presiden Filipina beliau
juga merupakan pemimpin guerilla ketika berlakunya Perang Pacific. Seorang
wakil kongres dan juga sebagai Menteri Pertahanan pada akhir-akhir tahun 1940an
dan awal 1950an semasa pemenerintahan Presiden Elpidio Quirino . Pada ketika
itulah berlaku pemberontakan Komunis ( Hukbalahap) yang diketuai oleh Louis
Taruc.
·
Dengan kecekapan dan diplomasi Magsaysayyang
licin dan pintar, pemberontakan Hukbalahap dapat dibenterasnya. Louis Taruc,
pemimpin kumpulan berkenaan telah menyerah diri kepada Magsaysay pada bulan May
1954, selepas Magsaysay menjadi Presiden Filipina.
Peristiwa
bagaimana Magsaysay memujuk Louis Taruc supaya memberhentikan pemberontakannya
amat menarik perhatian aku. Lebih kurang ceritanya begini. Magsaysay telah
menulis surat kepada Louis Taruc yang beralamat di “ in the fields of Central
Luzon’ tentang hasratnya untuk berjumpa dan berunding dengan Taruc. Louis Taruc
bersetuju dan bersedia untuk hadir di Istana Malacanang di Manila. Namun
Magsaysay menjawab semula mengatakan bahawa beliau sendiri akan berjumpa dan
menemui beliau di ‘ in the fields of Central Luzon’. Maknanya Magsaysay akan ‘
mencemar duli’ dan berjumpa dengan Taruc di kawasan persembunyiannya.
Apabila
sampai tarikh dan waktu yang ditentukan, Magsaysay dan beberapa orang
pegawainya telah menepati janji untuk bertemu Louis Taruc. Beliau ditunggu dan
diberikan penhormatan sebagaimana seorang pembesar negara. Misalnya apabila
sampai waktu makan tengah hari, Louis Taruc telah menghidangkan makanan yang
lazat-lazat di dalam pinggan yang begitu mahal harganya. Magsaysay menolak
hidangan sedemikian sambil berkata,’ aku mahu menikmati makanan yang kamu makan
ketika berada dalam hutan…..”
Dipendekkan
cerita, peristiwa itulah antara sebab yang
menyebabkan Louis Taruc ‘menyerah diri ’ kepada Magsaysay. Pada anggapan
Louis Taruc inilah gelagat dan sikap Presiden yang ditunggu-tunggu oleh rakyat
Filipina. Seorang Presiden yang amat mengambil berat tentang kebajikan rakyat
jelata dan yang sentiasa berusaha untuk memajukannya.
Terpanggilnya
aku untuk menulis kisah Presiden Magsaysay ini adalah didorong oleh hasrat
untuk melihat agar para pemimpin kita di Malaysia juga melakukan sesuatu untuk
memajukan rakyat dari semua kaum terutamanya selepas terbentuknya kabinet baru
DS najib. Tidak pula aku menidakkan apa yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan sebelum ini. Tetapi sekurang-kurangnya dengan mendedahkan coretan yang
sebegini akan memberikan inspirasi dan dorongan yang lebih kuat lagi untuk
bergerak ke arah itu.
Kisah
tindakan pihak kerajaan terhadap Adam Adli mengusik juga perasaan aku. Pada
pandangan aku ramai lagi ibu-bapa di negara ini yang mempunyai anak seperti
Adam Adli. ‘Nakal’ tetapi berilmu. Pada pandangan aku sekiranya anak muda itu
tidak ‘nakal’, maka bukanlah anak muda namanya. Sebaliknya jikalau orang tua
pula nakal, melakukan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh orang tua, maka
bukanlah orang tua namanya. Dan tentulah ramai lagi anak muda di luar sana yang
‘nakal’ seperti Adam Adli. Dan sekiranya tidak ditangani dengan cara berhemah
dan berhati-hati ‘kenakalan’ mereka mungkin tidak terbendung. Sebaliknya jika
kena cara dan tindakannya pula golongan muda yang ‘ nakal’ ini akan ‘sujud’ dan
‘cair’ juga.
Anak
sungai lagi berubah, inikan pula hati orang.
Dengan
sebab itulah aku kemukakann kisah Louis Taruc. Kisah seorang ‘budak nakal’.
Namun kenakalannya dapat juga dibendung oleh seorang yang amat faham dan
mengerti kehendak ‘kenakalan’ mereka. Bagi aku kejayaan Magsaysay boleh ‘menjinakkan’
Louis Taruc merupakan satu kejayaan kemanusiaan yang bukan kepalang.
Aku
rasa kita juga boleh belajar dari peristiwa demikian.
Abuhassanadam
20
Mei 2013
No comments:
Post a Comment