Saturday, May 4, 2013

KEBANGKITAN RAKYAT - LUAR BIASA!.......


KEBANGKITAN RAKYAT – LUAR BIASA!......

Bagiku kebangkitan rakyat Malaysia kini luar biasa. Memang luar biasa. Belum pernah lagi aku tengok kebangkitan rakyat sebegini di Malaysia. Boleh aku katakan sebagai kebangkitan–ala Malaysia. Seluruh negara bangkit. Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak dll. Tua, muda, lelaki, perempuan semuanya dalam mood ‘ kebangkitan rakyat’.Aku dapat laporan dari seluruh negara mengatakan begitu. Kebanyakan yang melaporkan kepada aku ( kebanyakannya bekas student yang belajar di United Kingdomm ) merasa hairan melihat fenomena sebegini.

Aku pernah hadir satu dua ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat untuk mendengar penjelasan dan hujah mereka. Aku tak perlu pergi ke ceramah BN-UMNO sebab penjelasan mereka boleh aku dengar melalui TV/Radio. Setiap masa. Oleh itu untuk mendengar hujah Pakatan Rakyat aku terpaksa pergi ke ceramah-ceramah umum. Ke mana saja aku pergi disekitar Lembah Kelang aku dapati memang ramai rakyat yang hadir. Dan apabila ada berita yang mengatakan keadaan sedemikian bukan sahaja berlaku di Lembah Kelang tetapi diseluruh negara maka yakinlah aku bahawa rakyat sedang bangkit. Bukan memberontak tetapi menyatakan tidak bersetujunya mereka dengan perjalanan pentadbiran BN_UMNO sekarang.

Berdasarkan kepada jumlah kehadiran di ceramah-ceramah umum, maka jelas menunjukkan bahawa BN-UMNO akan tewas dalam PRU 13 ini. Tetapi itu bukan penentunya. Yang akan menentukan kalah menangnya ialah pengundian yang akan dijalankan pada 5 Mei 2013 nanti. Itu keputusan yang sebenar-benarnya. Di situ lah rakyat yang akan membuat penentuan samada BN-UMNO dapat mengekalkan pemerintahan mereka selama lima tahun lagi ataupun menyerahkan pimpinan kerajaan ini kepada kerajaan baru – Pakatan Rakyat. Sama-sama kita tunggu hari penentuan itu.

Namun begitu satu perkara yang perlu difahami dengan sejelas-jelasnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) ialah rakyat mahukan PRU 13  dijalankan dengan adil dan saksama. Pendek kata jangan sekali-kali SPR cuba melakukan apa saja bentuk penipuan terhadap PRU 13 ini. Kesannya amat buruk. Aku berkata demikian berdasarkan kepada pemerhatian aku bahawa rakyat Malaysia sebenarnya telah pun membuat keputusan ia itu mereka mahu Pakatan Rakyat menggantikan pemerintahan Barisan Nasional.

Mungkin tidak kena caranya aku membuat andaian sedemikian tanpa menjalankan kajian terperinci dan akademik. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh beberapa pihak termasuklah universiti mengatakan bahawa akan berlaku perubahan pemerintahan di Malasyia. Mengikut kajian mereka yang menggunakan beberapa kaedah yang tertentu. Kaedah saintifik tentunya.

Namun begitu ‘kaedah’ yang aku gunakan yang menyebabkan aku membuat kesimpulan bahawa rakyat mahukan perubahan adalah berdasarkan pemerhatin orang  tua yang telah melalui beberapa pilihan raya semenjak zaman kemerdekaan lagi. Dan melalui perbincangan dan pergaulan dengan rakyat dari golongan muda, aku dapati mood mereka adalah ke arah  menukar kerajaan. Apabila mereka memuji dan memuja Rafizi Ramli dan Nurul Izzah maka dengan sendirinya aku dapat mengetahui kecondongan politik mereka. Yang menarik perhatian aku pula ialah bukan sahaja golongan muda dari keturunan Melayu sahaja yang memberikan pujian melambung kepada kedua-dua tokoh muda ini, tetapi yang bukan Melayu pun begitu juga.

Berdasarkan episod ini aku yakin bahawa Malaysia akan menuju ke zaman yang amat cemerlang dari segi usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan politik baru di Malasyia yang mana tidak lagi memberatkan kepada persoalan kaum. Malaysia akan bergerak ke arah membahagiakan semua kaum di Malaysia. Hasratnya ialah tidak ada satu kaum pun yang akan ketinggalan dalam mengharungi pembangunan di Malasyia di bawah pemeritahan  Pakatan Rakyat.

Aku merasa amat bimbang sekiranya keputusan PRU 13 nanti tidak memihak kepada Pakatan Rakyat. Namun begitu dalam mengharungi proses demokrasi kita harus patuh kepada apa juga keputusan PRU13, dengan syarat PRU itu dijalankan oleh SPR dengan adil. Sekiranya rakyat yang membuat penentuan dalam suasana pengundian yang aman dan telus dan tidak dipengaruhi oleh kegiatan penipuan, maka rakyat dengan penuh iklhas akan menerima keputusan berkenaan dengan hati yang terbuka.

Begitulah hendaknya berakhirnya PRU 13 nanti. Walaupun rakyat seolah-olah mahukan perubahan dan memberika peluang kepada Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim menerajui negara ini dalam masa lima tahun yang akan datang, namun sekiranya rakyat pula membuat keputusan yang sebaliknya melalui pengundian yang dijalankan pada 5 Mei 2013, sudah pasti keputusan pengundian diterima.

Kita tidak mahu ‘ rumah siap pahat berbunyi’. Untuk mengelakkan keadaan sedemikian berlaku, pihak SPR mesti menentukan proses pengundian besok dijalankan setelus-telusnya. Sudah mula terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa terdapat usaha-usaha penipuan yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu. SPR sepatutunya menyiasat dengan segera dan mempastikan segala tuduhan sedemikian tidak semestinya wujud. Dan sekiranya betul-betul berlaku penipuan sedemikian, maka SPR perlu mengambil tindakan segera dan membetulkan keadaan itu.

Kesan positif yang boleh kita lihat selepas ini sekiranya SPR menjalankan PRU dengan telus ialah,
·      Rakyat akan memberikan kepercayaan dan keyakinan yang tidak berbelah bagi kepada  SPR.
·      Parti yang menang dan parti yang kalah akan dapat bekerjasa dengan erat untuk memacu negara Malaysia ke arah zaman yang gemilang. ‘ Biduk lalu kiambang bertaut’
·      Apabila pemimpin parti kerajaan dan pembangkang dapat berkerjasama dengan erat, maka rakyat juga akan bertambah erat antara satu dengan lain

Aku berpendapat hasrat yang sedemikian bukan igauan orang tua seperti aku. Aku yakin boleh dicapai. Aku yakin impian itu akan terlaksana dengan syarat semua pihak bekerjasama dan menentukan arah tuju negara kita.

Aku hanya mampu berdoa.

Abuhassanadam
4 Mei 2013


1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Mohon pihak tuan menghubungi rafizi serta rakan calon lain agar
    semua wakil pakatan membawa lampu suluh serta emergency lamp..ada kemungkinan tempat pengiraan undi akan gelap seketika...waktu ini mungkin peti rahsia akan muncul dalam gelap...mohon diberi PERHATIAN SERIUS...di pekan, pahang terbukti gelap seketika sewaktu pengiraan undi...BERSAMA MENANGANI KEMUNGKINAN...Ameen, InsyaAllah PR menang ini kalilah...andai ditakdirkan kalah...SesungguhNya Allah SWT maha mengetahui apakah yang terbaik untuk kita umatnya....Walau ditipu mcmana pun baik ada import voter all over the world ...janji Allah diakhir surah Yaasin..Apabila BELIAU mengatakan jadilah...maka jadilah ia...tak mustahil biar yg import voter undi D tapi Allah boleh ubah tanda tu ke P...InsyaAllah yg penting Jujur Ikhlas Hanya Untuk Menegakkan Islam dimukabumi ini kerana kita lah khalifah-Nya....itulah janji kita kepadaNya sewaktu ditiupkan roh ke jasad ini....Kita Jumpa di Puncak Kejayaan,,,,Ameeen Ya Rabbal A'lameen

    ReplyDelete