Wednesday, May 29, 2013

KEBEBASAN BERSUARA ala MALAYSIA

KEBEBASAN BERSUARA ala MALAYSIA

Semalam aku dengar berita mengatakan beberapa orang rakyat Malaysia ditangkap kerana menghasut. Dan ada juga yang ditangkap kerana menganjurkan perhimpunan haram. Dan katanya ramai lagi yang akan ditangkap kerana ‘kesalahan-kesalahan’ yang sama ia itu samada menghasut ataupun menganjurkan perhimpunan haram.

Apa nak buat…..jikalau begitu undang-undang dan peraturan yang ditetapkan di negara ini.  Nak buat macam mana lagi. Terima sajalah….Namun begitu aku nampak dan aku lihat tidak semua negara-negara di dunia yang mengamalkan apa yang diamalkan di negara kita. Ada juga negara-negara di dunia yang mengamalkan apa yang kita amalkan sekarang. Ada. Aku dengar khabar, negara Zimbabwe pun macam di Malaysia juga. Aku dengar khabar begitu lah.

Secara kebetulan pulak aku terbaca sebuah buku yang ditulis oleh Ivan Hare, James Weinstein berjodol,“ Extreme Speech and Democracy’. Mengikut beuku itu,

“There is no democracy without public disourse and no public discourse without freedom of speech, freedom of the media and freedom of information. And only if it contains both the active and pasive side – freedom to express one’s own opinion and freedom to learn about the opinion of others – does the right constitute a comprehensive freedom of communication”

Lebih kurang kata Ivan Hare ialah,

·      Tidak wujudlah demokrasi dalam sesebuah negara itu sekiranya tidak ada debat umum dan tidak wujudlah perdebatan umum sekiranya tidak wujud kebebasan bersuara, kebebasan media dan kebebasan untuk mencapai maklumat.
·      Kebebasan bersuara adalah merupakan hak seseorang untuk menyatakan sesuatu, kata Ivan Hare. Jadi sekiranya hak bersuara dan menyatakan sesuatu pendapat secara tidak terkongkong tidak diamalkan, dimanakah letaknya kebebasan seseorang itu.

Aku baca sebuah buku lagi. Keith Werhan pulak menulis berjodol,” Freedom of Speech: A Reference Guide to the United states Constitution”

“ The linkage among the ideas of democracy, popular sovereignity, and freedom of speech is as old as those ideas themselves, and they are very old indeed.. Freedom of speech was a constitutent element of the world’s first democracy, that which prevailed in Athens during the Classical Era ( 508BC-323 BC). Classical Athenians believed that authentic public debate was a prerequisite for the creation and refinement of public policy in a democracy.They nurtured a political culture that encouraged common citizens not only to participate fully in political institutions, but also to speak forthrightly on issues of public concern”.
Lebih kurang kata Keith Werhan begini,

·      Pertalian atau perhubungan  antara konsep demokrasi, kedaulatan rakyat dan kebebasan bersuara sudah wujud begitu lama. Malah konsep kebebasan bersuara itu adalah merupakan initisari atau pra-syarat kewujudkan konsep demokrasi itu sendiri yang bermula di Athens dalam zaman era kelasikal ( 508 BC-323BC).
·      Masyarakat Athens pada ketika itu berpendapat bahawa perdebatan umum adalah sebagai syarat untuk membentuk dasar-dasar awam dalam sebuah masyarakat yang mengamalkan demokrasi. Dengan demikian akan membolehkan rakyat menyuarakan pendapat mereka secara bebas tanpa rasa takut dan gentar. Maknanya kebebasan bersuara.

Buku ini mengatakan  juga bahawa, masyarakat Athens mengamalkan dua jenis konsep kebebasan bersuara ia  itu ‘Isegoria’ dan ‘parrahesia’.

·      Isegoria bermaksud memberikan peluang dan kebebasan kepada setiap wakil yang dipilih ke parlimen menyuarakan pendapat dan pandangan mereka yang berkaitan dengan dasar-dasar yang membabitkan setiap warga Athens. Memberikan peluang kepada setiap wakil samada kaya atau miskin untuk menyuarakan pendapat mewakili penduduk Athens. Macam yang diamalkan oleh ahli parlimen Malaysia ler. Ini kita juga amalkan di negara kita.
·      Parrahesia pula bermakna memberikan peluang setiap rakyat Athens, tua, muda, miskin, kaya untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apa juga perkara yang mereka ingin bangkitkan walaupun kadang-kadang isu yang dibangkitkan menyentuh perasaan dan peribadi seseorang.
·      Ini bermakna juga bahawa tidak terhad kepada ahli parlimen semata-mata. Rakyat umum, siapa sahaja boleh menyuarakan pendapat dan pandangan. Kalau mengikut loghat negeri Perak berbunyi begini, “ lantaklah..tampil lah… ikut suka kamu ler nak kata apa pun…kamu nak puji kerajaan ke…kamu nak menghentam kerajaan ke..lantaklah…..”

Konsep “Parrahesia’ ini tidak diamalkan di Malaysia secara sepenuhnya. Ada juga yang memburuk-buruk dan mengutuk kerajaan kita. Melalui internet. Tetapi secara terang-terang macam masyarakat Athens atau  macam yang berlaku di bawah Obama di Amerika Syarikat masih tidak dibenarkan. Jikalau dilakukan juga maka akan menerima nasib seperti yang dialami oleh beberapa orang yang ditangkap itu. Maknanya persepsi aku mengatakan bahawa belum cukup matang lagi demokrasi yang kita amalkan di Malaysia kini. Mungkin untuk menjaga keselamatan  negara agaknya….

Di Amerika Syarikat pernah juga memperkenalkan Akta Hasutan pada tahun 1798. Sedition Act of 1798.  Apabila  telah diputuskan bahawa kebebasan bersuara harus dipertahankan berasaskan bahawa rakyat semestinya dibenarkan bersuara dan menyatakan pendapat dan pandangan masing-masing dalam sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi sepertimana yang diasaskan di Athens, maka rakyat Amerika akur.

Aku berharap dan aku mendoakan agar terbukalah hendaknya hati dan persaan pihak-pihak tertentu di Malaysia supaya bersikap seperti manusia yang memiliki peradaban seperti mana manusia di Athens, dua ribu tahun yang lampau.

Abuhassanadam
29 Mei 2013


No comments:

Post a Comment