‘BLACK 505’ - SEPERTI AIR SUNGAI
YANG MENGALIR
Bagi
aku gerakan ‘Black 505’ adalah seperti air sungai yang mengalir. Mengalir dan
terus mengalir. Tidak akan dapat ditahan atau disekat. Sekiranya diempang dan
disekat. kesannya empangan akan pecah. Namun air akan terus mengalir dan
mengalir sehinggalah sampai ke destinasi akhirnya – ke laut. Cuma yang dapat
dilakukan ialah mengurangkan kederasan air yang mengalir. Itu saja.
Begitulah
ibarat gerakan ‘Black 505’ yang berlangsung semenjak dua minggu yang lepas. Ada
juga yang meramalkan bahawa gerakan ‘Black 505’ akan terhenti selepas
berlakunya perhimpunan di Stadium Kelana Jaya. ‘Hangat-hangat tahi ayam’ kata
mereka’. Mereka tidak yakin yang gerakan ini mendapat sambutan hangat masyarakat di luar Kuala Lumpur khususnya
masyarakat luar bandar. Mereka tidak yakin langsung. Mereka begitu yakin
perhimpunan ‘Black 505’ akan gagal di Kedah atau di Perak atau di Terengganu.
Namun rupa-rupanya sambutan yang diberikan oleh majoriti rakyat adalah dalam
keadaan luar biasa. Apatah lagi apabila diadakan di kawasan Lembah Kelang
seperti yang diadakan di Petaling Jaya semalam.
Akhbar
Sinar Harian ada melaporkan bahawa,” Veteran UMNO mendesak pihak polis supaya
menahan lebih ramai ‘pengacau’ keamanan negara termasuk Ketua Umum PKR, Datuk
Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tanpa kompromi’ Sekali
imbas kenyataan ini menampakkan kedangkalan persepsi kumpulan veteran UMNO ini
yang tidak dapat memahami keadaan yang wujud sekarang, terutama dalam zaman
Kurun ke 21. Atau sebagaimana yang selalu disebut-sebut zaman global. Dari satu
sudut lain pulak memberikan gambaran kepada aku bahawa sekiranya beginilah
sikap kumpulan Veteran UMNO ini, maka Malaysia akan hancur dengan kadar yang
lebih cepat lagi.
Sehingga
kini aku memberikan penghargaan yang tinggi kepada pihak polis kerana bertindak
secara waras dalam menangani perhimpunan ‘Black 505’ di Petaling Jaya semalam.
Sehingga kini. Aku tak dapat meramalkan apa akan terjadi pada hari esok, lusa,
tulat dan seterusnya. Bagi aku polis bertindak bijak – dari segi menangani
perhimpunan ‘Black 505’ di PJ. Tidak
sepertimana yang disarankan oleh Veteran UMNO itu. Telahan aku agak
tepat. Berbeza dengan pendapat kawan aku yang mengatakan bahawa ramai yang akan
ditangkap pada malam semalam.
Aku
bersyukur kerana tiada tangkapan. Sehingga kini!……..
Bagi
aku nasihat kumpulan Veteran UMNO amat ketinggalan zaman. Aku teringat satu
pelajaran yang aku pelajari di Manila beberapa tahun yang lampau mengenai ‘ management’.
Pelajaran itu lebih kurang begini,
“ Ali demam. Emak dia beri sebiji
panadol. Ali demam lagi. Emak dia beri
tiga biji panadol. Ali terus demam. Emak dia beri sepuluh biji panadol lagi. Ali kemudiannya meninggal’
Maknanya
Veteran UMNO dan ‘manusia’ yang seangkatan dengan kumpulan ini sentiasa mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan
sesuatu perkara yang serumit ini. Mereka seolah-olah tidak langsung mahu
mengkaji sedalam-dalamnya mengenai ‘Black 505’. Yang paling menyedihkan ialah
masih ada kumpulan sedemikian yang masih terus menerus menyalahkan orang lain,
tanpa melihat kesalahan diri sendiri.
Dan
mereka harus sedar bahawa keadaan kini ( Kurun ke21) amat berbeza dengan
tahun-tahun 60an,.Kumpulan yang aku rasakan seperti ‘Dinosaur’ ini seharusnya
mengkaji sedalam-dalamnya mengapa anak-anak muda itu sanggup berarak dan menunjuk
perasaan. Mereka mengatakan yang mereka ada bukti yang SPR telah menjalankan
penipuan dalam PRU 13. Sepatutnya kumpulan Veteran UMNO menggesa agar SPR
membuktikan bahawa apa yang dikatakan oleh anak-anak muda ini adalah salah.
Buktikan dengan penuh keyakinan bukan seperti melepaskan atu ditangga. Hanya
tahu menyalahkan pihak lain.
Menangani
keadaan sekarang tentunya amat berbeza dengan tindakan yang dilakukan pada
tahun-tahun 1960an dan 1970an dulu.
·
Masyarakat kini khususnya kumpulan anak muda
adalah kumpulan yang celik huruf dan bukan seperti zaman-zaman sebelumnya
dimana masih ramai yang buta huruf ataupun yang tidak terdedah kepada keadaan
yang berlaku di dunia kini. Anak muda kini bukan lagi kumpulan ‘Yes men’ yang
akan mengangguk apa saja yang dikatakan. Mereka adalah kumpulan yang mendapat
pendidikan tinggi. Ramai diantara mereka yang telah pun menjejakkan kaki ke
University dan kolej. Merek tahu dan sedar apa yang berlaku disekeliling
mereka. Mereka bukan lagi kumpulan yang boleh diperbodohkan. Mereka adalah
kumpulan yang berani mempertahankan sesuatu yang benar. Ini adalah ekoran
daripada pelajaran dan pengajaran yang diterima oleh mereka ketika di pusat
pengajian tinggi ataupun melalui pembacaan mereka yang luas.
·
Dan sesuatu yang luar biasanya kini ialah
penglibatan anak muda dari semua kaum. Ini yang membanggakan. Dan ada juga yang
amat bimbang dengan perkembangan ini walaupun ‘mereka’ sentiasa mewar-warkan
slogan 1 Malaysia. Penglibatan anak muda Melayu, Cina dan India secara
bersungguh-sungguh itu merupakan satu fenomena yang belum pernah berlaku di
Malaysia. Dan ini tentunya perkemabngan yang amat positif.
·
Ledakan sosial media dan internet
betul-betul membawa perubahan yang begitu drastik dalam banyak aspek terutama
dari aspek politik. Veteran UMNO kena fahama bahawa anak muda kini mendapat
maklumat hanya dihujung jari mereka sahaja. Mereka tidak lagi bergantung kepada
surat khabar dan Radio/TV sebagai sumber berita. Sumber berita demikian sudah
lama diketepikan oleh mereka.
Semangat
perjuangan anak muda kini tidak mudah dipadamkan. Tindakan yang perlu dilakukan
oleh pihak kerajaan untuk menangani gerakan ini perlulah berhemah dan
berhati-hati, apatah lagi apabila terbukti sudah bahawa perhimpunan yang pernah
diadakan sebelum ini telah berjalan dengan lancar dan tidak timbul sedikit pun keadaan
yang tidak diingini. Anak muda kini faham bahawa mereka hanya memerlukan
ketelusan dan keikhlasan dari pihak kerajaan.
Anak
muda amat sedar bahwa negara ini dan masa depannya adalah di tangan mereka.
Abuhassanadam
26
Mei 2013
No comments:
Post a Comment