Saturday, May 18, 2013

ANWAR MEMBINA HARAPAN - RAKYAT MENGERATKAN PERPADUAN


ANWAR MEMBINA HARAPAN – RAKYAT MENGERATKAN PERPADUAN

Ikhlas aku katakan yang aku tidak pernah lagi lihat perpaduan yang sebegini dikalangan rakyat Malaysia. Melayu, Cina, India dan jikalau di Sabah dan Sarawak pula tentulah ditambah dengan Iban, Kadazan, Bidayuh dll. Pendek kata ternampak sesuatu yang cukup meyakinkan kita bahawa sebenarnya Bangsa Malaysia telah wujud. Bukanlah hanya cakap-cakap kosong yang selalu kita dengar mengatakan eratnya perpaduan antara kaum-kaum di negara ini.

Aku tertarik dengan kenyataan daripada J. Steen dari Blog Anilneeto.com  bertarikh 17 Mei 2013 . Aku sertakan petikannya,

“ I was at the JB rally. The atmosphere was simply incredible. This rally witnessed the true spirit  of one Malaysia in action. I have never seen a more rousing rendition of our national anthem than the one sung at the end of this rally. People of all races, young and old, drenched, some perched on rooftops and trees singing loudly in unison. The incessant blare of the vuvuzelas is still ringing in my ears. Blackout tee shirts were being sold like hot cakes from the 25 plus stalls. BN, you have been duly put on notice. The Rakyat is  not taking the election results blindly”

Maknanya suasana yang wujud di Perhimpunan ‘Black 505’ sungguh hebat dari banyak segi. Telah wujud semangat satu Malaysia dalam ertikata yang sebenar-benarnya. Bukan hanya slogan dan ‘rhetoric’. J.Steen begitu kagum dengan gelagat hadirin pada malam itu apabila melihatkan mereka menyanyikan lagu kebangsaan ‘Negara ku’. Yang menyebabkan beliau kagum ialah apabila melihatkan hadirin dari berbagai kaum, yang basah kuyup dan yang bukan sahaja berada di jalan-jalan raya tetapi yang berada di atas atap rumah, yang berada di atas pokok ( disebabkan kawasan terlalu padat sehingga ramai yang terpaksa berada di atas pokok untuk bersama-sama di majlis berkenaan) beramai-ramai menyanyikan lagu Negara ku. Menyanyikan dengan kuat dan penuh semangat.

Menyanyikan lagu ‘Negara-ku” dengan cara sedemikian betul-betul menunjukkan penghormatan yang tinggi dan ketaatan yang bukan kepalang terhadap negara ini. Pernah kita melihat rakyat Malaysia menyanyikan Negara-ku di majlis-majlis rasmi. Namun apa yang kita perhataikan ialah mereka yang menyanyikan lagu kebangsaan semacam ‘ hendak tak hendak’ sahaja menyanyikannya. Seolah-olah ‘terpaksa’. Berbanding dengan majlis perhimpunan ‘Black 505’ ini samada di Kelana Jaya atau di Batu Kawan atau di Pahang, ternampak jelas semangat satu Malaysia di hati hadrin. Aku rasa ini satu pencapaian Pakatan Rakyat yang cukup membanggakan. Tercipta Bangsa Malaysia sebenar-benarnya.

Aku tidak menafikan peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam menyatukan kaum-kaum di Malaysia. Aku tahu sejarah bermulanya kegiatan perpaduan ini dikalangan rakyat Malaysia. Ia bermula dengan slogan ‘Muhibbah’. “Muhibbah’ sana, ‘Muhibbah’ sini. Kerajaan mula sedar tentang hakikat bahawa belum wujud perpaduan sebenar dikalangan rakyat Malaysia ia lah apabila berlaku Peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan baru sedar bahawa sebenarnya perpaduan kaum di Malaysia sebenarnya belum wujud. Walaupun tercatat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tentang betapa pentinganya perpaduan itu, namun pada dasarnya tidak dipraktikkan.

Kepimpinan negara sehingga kini masih menekankan tentang perpaduan. Konsep 1 Malaysia yang dipopularkan oleh DS Najib itu menunjukkan ‘serious’nya DS Najib mahukan perpaduan rakyat betul-betul dihayati. Namun disamping itu wujud pula PERKASA, HINDRAF, persatuan-persatuan dan organisasi-organisasi yang hanya memperjuangkan pendidikan kaum masing-masing. Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini, kadang-kadang menampakkan yang mereka seolah-olah tidak peka dengan hasrat dan aspirasi DS Najib dan kerajaan Malaysia yang mahu mewujdukan perpaduan yang mantap dikalangan rakyat Malasyai.

Bukan itu saja. Kenyataan-kenyataan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan BN-UMNO kadang-kadang menyinggung perasaan dan mengguris hati kaum-kaum yang mendengarnya. Dapat dilihat bahawa setengah pemimpin itu seolah-olah tidak peka dan memandang ringan aspek perpaduan yang dicanangkan oleh DS Najib dalam 1 Malaysianya. Disinilah menampakkan percanggahan yang cukup jelas antara hasrat DS Najib dengan ‘pengikut-pengikut’nya. Diharapkan hal sebegini tidak akan berlaku pada era Pasca Pru 13. Harapnya begitulah.

Berbanding dengan Pakatan Rakyat yang sentiasa menitikberatkan tentang perpaduan di sepanjang kempen yang mereka adakan. Pepraduan adalah initisari kempen Pakatan Rakyat samada dari PKR atau PAS mahupu DAP. Walaupun agak sukar pemimpin ketiga-tiga parti ini untuk menaja sesuatu yang amat sukar itu, naum disebabkan perasaan keikhlasan tulin yang mahu melihat perpaduan bangsa Malasyia agaknya, maka telah menghasilkan sesuatu yang konkrit.

Perkara-perkara yang selalu ditekankan oleh DS Anwar Ibrahim dalam ucapannya adalah seperti,

·      Anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Iban adalah anak saya……..anak rakyat Malaysia…..
·      PR bukan sahaja akan memberikan pertolongan kepada orang Melayu tetapi juga kepada orang Cina, orang India, orang Iban…..tidak kira bangsa dan kaum…..Kita akan bantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan…..
·      Soal Bahasa Kebangsaan tidak boleh dipertikaikan. Apa saja yang tercatat dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia tidak harus dipertikaikan.

Nampaknya rakyat Malaysia boleh terima. Menerimanya dengan sepenuh hati. Buktinya ialah PRU 13 dan sambutan-sambutan yang diberikan oleh rakyat apabila diadakan kempen PR dan juga apabila diadakan Perhimpunan ‘BLCK 505’ yang diadakan di merata-rata tempat di seluruh Malaysia.

Walaupun Barisan Nasional dapat menubuhkan kerajaan selepas PRU 13, namun Pakatan Rakyat juga boleh dikatakan memenangi PRU 13 ini.

·      Majoriti rakyat Malayisa memihak kepada Pakatan Rakyat berdasarkan undi popular.
·      Pakatan Rakyat telah berjaya menyatukan dan mewujudkan Bangsa Malaysia dalam ertikata yang sebenar-benarnya.

Samada dipersetujui atau tidak terpulanglah……..Ini pandangan aikhlas aku…….

Abuhassanadam
18 Mei 2013

2 comments:

  1. Well said saudara...keep it up with your inspiring and enlightening write up...

    ReplyDelete
  2. sy sgt setuju dgn pandangan saudara,PR pada ketika ini sgt berjaya menyatukan pelbagai kaum di negara kita yg tercinta ini,kita boleh lihat menerusi siri2 ceramah n perhimpunan PR yg diadakan di seluruh negara, sebaliknya ds najib yg melaung-laungkan 1 malaysia masih lagi memainkan isu perkauman seperti menyebut keputusan pru13 yg lalu sebagai tsunami cina, jelas umno n bn adalah parti yg rasis..

    ReplyDelete